Edeline-14

561 63 1
                                    

Hari untuk Edeline berangat sudah tiba. Edeline akan terbang pada jam lima petang ini dan sekarang dia bersama Emyr sudah berada di lapangan terbang. Hanya Emyr sahaja yang menghantarnya. Maudy, Edeline tak benarkan keluar rumah. Mummynya tak sihat dan dia tak nak susahkan wanita itu.

Hanya berbaki beberapa minit lagi sebelum mereka berpisah dalam tempoh tiga tahun. Masin-masing diam tak keluarkan sepatah perkataan pun.

Edeline hanya memandang tiket penerbangannya. Berat sangat dia nak tinggalkan Emyr. Air matanya dia tahan sahaja dari tadi.

Emyr juga begitu. Terasa dia nak halang sahaja Edeline dan bawa lari wanita ini.

Disebabkan keadaan mereka yang sunyi, tangisan Edeline kedengaran. Dia tak mampu nak tahan air matanya.

"Emyr.."

Emyr meraup rambutnya dengan kasar. Tangisan Edeline buatkan dia tak nak lepaskan wanita ini.

"Tolong Ede, jangan nangis. Aku merayu," dia berusaha untuk tahan dirinya walaupun dalam hati dia sudah memberontak nak bawa Edeline lari.

Mendengar rayuan itu membuatkan Edeline sembunyikan esakannya. Dia tekup mulutnya tak nak bunyi tangisannya kedengaran.

"Mohon perhatian kepada semua penumpang penerbangan AirAisa AK976 tujuan ke Korea Selatan sedia berlepas melalui pintu G6. Sekian terima kasih."

Pengumuman sudah mula kedengaran. Orang ramai juga sudah berpusu-pusu untuk masuk ke tempat perlepasan.

"Ede, pergilah." Arah Emyr.

Edeline menarik nafas dengan panjang. Pemegang bagasinya dipegang dengan kuat memberi kekuatan untuknya. Dia berdiri diikuti juga dengan Emyr.

"Nanti telefon aku kalau dah sampai." Ujar Emyr. Edeline mengangguk.

"Ada masa aku pergi sana lawat kau." Sekali lagi Edeline mengangguk.

Air matanya dibersihkan lalu dia memandang wajah Emyr. Senyuman cuba diberikan walaupun dia berat nak memaniskan wajahnya.

"Buruknya kau nangis Ede," sengaja sahaja berkata sedemikian untuk ceriakan keadaan mereka berdua.

"Emyr..." Emyr tergelak kecil dengan raut cemberut yang ditayangkan.

"Ingat semua pesanan aku. Dekat sana belajar, bukan nak cari lelaki lain."

"Tahulah." Air mata yang masih menitis dihapus dengan kasar.

"Pergilah masuk, tak pasal nama kau diumum nanti."

Edeline dengan berat hati mula melangkah meninggalkan Emyr. Sekejap-sekejap dia akan pandang belakang untuk melihat wajah Emyr. Tiga tahun berpisah nanti dia rindu muka Emyr.

Emyr juga setia membalas pandangan Edeline. Tangannya pun tak henti melambai. Kelihatan sahaja dia tersenyum tetapi hatinya cukup menangis melihat pemergiaan Edeline.

Baru beberapa langkah, Edeline berhenti sebelum dia berlari mendapatkan semula Emyr. Tanpa minta izin badan Emyr dipeluk. Dia tahu Emyr pasti akan marah tapi hanya ini sahaja peluang yang dia ada.

Terundur satu tapak kaki Emyr bila badan Edeline tiba-tiba berada diatas badannya. Dia kaku dan dia langsung tak tahu nak bereaksi seperti apa.

"Sekejap je Emyr." Untuk pertama kalinya dia memeluk badan Emyr. Terasa tenang ditambah lagi dengan haruman Emyr.

"Ede.." badan Edeline ditolak dengan cara yang lembut.

"Maaf, tapi ini salah." Edeline tersenyum menandakan dia tak ambil hati pun dengan tolakan tersebut.

EMYR EDRA Where stories live. Discover now