Edeline-04

1K 109 6
                                    

Emyr termenung sendiri memikirkan apa yang dikatakan oleh mamanya tadi. Perbincangan mereka baru sahaja berakhir sekejap tadi. Ini pun dia yang minta mamanya untuk sambung esok kerna dia sudah tak mampu nak dengar bebelan mamanya.

Apa yang dikatakan oleh mamanya tadi sangat-sangat buat dia tak senang nak bernafas.

Emyr hanya memandang jari jemarinya membiarkan mamanya mengeluarkan segala ketidakpuas hatinya.

"Emyr bohong mama!" kata Puan Juliana.

"Mama memang beri kebebasan Emyr untuk pilih sendiri wanita untuk dijadikan isteri Emyr tapi kenapa Emyr pilih wanita yang lain agama dengan kita? Kenapa Emyr? Dalam banyak-banyak perempuan yang ada di muka bumi ni, kenapa mesti Edeline?" soal Puan Juliana dengan geram.

"Mana lah Emyr tahu. Perasaan tu datang tanpa dipinta." Balas Emyr dengan perlahan.

"Mama tak nak tahu hubungan ni Emyr perlu tamatkan." Nyata apa yang dikatakan oleh mamanya mampu membuatkan kepalanya terangat. Kini, mereka berdua saling berbalas pandang.

"Tak mungkin ma. Macam mana Emyr nak putuskan hubungan ni kalau Emyr dah cinta mati dengan Edeline." Emyr menggelengkan kepalanya. Ini adalah arahan yang sukar untuk dia patuhi.

"Tak kisah lah Emyr, nak cinta mati atau cinta apa pun. Salah tetap salah!" Puan Juliana juga bertegas dengan apa yang dikatakan.

"Ma, Ede kan boleh masuk agama kita." Emyr mula merendahkan suaranya. Nak memujuk mamanya dia tak perlu nak tengking-tengking.

"Mama tahu itu perkara paling baik kalau Edeline masuk islam tapi Emyr pernah fikir perasaan keluarga Edeline? Emyr pernah bincang dengan mereka yang Emyr nak ambil anak mereka? Ha?"

Emyr terdiam di tempatnya. Kata-kata mamanya memang betul. Mummy Edeline.

"Emyr.." Puan Juliana masih nak bersuara namun anaknya pantas mencelah.

"Ma, kita stop dekat sini. Bagi Emyr masa." Air mata Emyr mula bergenang memikirkan hubungannya.

Puan Juliana memandang kesian anaknya. Dia tahu perasaan Emyr. Rasa kehilangan orang yang dicintai. Suaminya pergi disaat dia belum bersedia dan Emyr dalam keadaan itu.

Suara Puan Juliana hilang serta merta apabila ada suara deringan yang kuat memekik di biliknya. Ternyata telefonnya berbunyi dan tertera nama Edeline di skrin telefonnya.

Emyr terus sahaja menyambut panggilan tersebut. Kedengaran suara lembut Edeline memanggil namanya membuatkan dia tersenyum.

"Emyr.." panggil Edeline.

"Kau dah sampai rumah ke?" soal Emyr.

Edeline menggigit bibir bawahnya. Takut pula nak bagitahu tentang keberadaan sekarang.

"Sebenarnya, I dekat tempat kerja Liyyan. Dia minta I temankan dia makan." Beritahu Edeline dengan gugup. Dia dah janji dengan Emyr untuk tak singgah mana-mana tapi Liyyan ajak dia makan pula. Memandangkan perutnya pun dah berkeroncong hebat jadi dia terima sahaja ajakan tersebut.

Emyr tersenyum mendengar nada suara Edeline yang kedengaran sedikit bergetar.

"Tak apa sayang. Lepas kau temankan Liyyan makan, terus balik. Jangan singgah mana-mana tempat lagi." Dia tak marah pun kerna dia tahu Edeline pasti lapar.

Kedengaran nafas lega di corong telefon namun hanya sekejap apabila dia terasa ada yang aneh dengan kekasihnya.

"You okey ke Emyr? Kenapa suara you lemah je I dengar?"

EMYR EDRA Where stories live. Discover now