Edeline-15

820 84 6
                                    

Sudah sebulan berlalu perasaan rindu masih saja tetap sama. Emyr terlalu rindukan Edeline sehingga dia termimpi akan wanita itu. Lagipun akhir-akhir ini mereka sudah jarang berhubung. Edeline dan Emyr masing-masing sibuk.

Sejak itu juga, Emyr sering lewat balik. Dia lebih banyak luangkan masa di tempat kerja berbanding di rumah kerna rumahnya sekarang hanya buat dia tambah tekanan. Ini kerna mamanya yang selalu paksa dia untuk menikahi Aisah dan lupakan Edeline.

Puan Juliana yang tahu akan waktu Emyr pulang ke rumah menunggu di sofa ruang tamunya. Dia perlu paksa Emyr untuk berkahwin dengan Aisah kerna hanya ini waktunya. Edeline sudah pergi jauh dan waktunya untuk dia kahwinkan Emyr dan Aisah.

Kedengaran pintu rumah dibuka dari luar memandangkan Emyr sudah balik. Dia berdehem kuat memberi tanda kepada anaknya bahawa dia berada di ruang tersebut.

Emyr perasan akan deheman tersebut. Suis lampu terus sahaja ditekan dan ruang tamu menjadi terang benderang.

"Mama? Kenapa belum tidur lagi ni?" soal Emyr dengan pelik.

"Tunggu Emyr lah." Datar sahaja suara Puan Juliana.

Emyr mengeluh berat. Mamanya memang tak kenal erti putus asa. Orang dah tak nak makin dipaksa pula.

"Ma kalau mama nak bincang pasal perkahwinan bodoh tu, maaf Emyr tak ada masa. Emyr penat, nak tidur." Kakinya laju sahaja mengatur langkah menuju ke biliknya.

"Berhenti! Mama kata, berhenti!" serta merta Emyr berdiri kaku mendengar arahan tersebut.

Puan Juliana berdiri dari tempat duduknya. "Sampai bila nak lari?"

"Sampai mama putus asa paksa Emyr untuk kahwin dengan perempuan tu."

"Nama dia Aisah Sofia, jangan nak kurang ajar panggil dia macam tu." Menyirap darahnya bila Emyr memanggil Aisah dengan panggilan yang tak elok.

"Emyr merayu dengan mama jangan buat Emyr naikkan suara. Emyr merayu ma." Pintanya dengan nada rendah.

"Kenapa Emyr ni degil? Sembilan bulan Emyr dalam
perut mama, mama bawa ke sana ke sini tapi nak suruh kahwin pun Emyr tak nak ikut." Puan Juliana mula bermain emosi.

Emyr meraup rambutnya ke belakang.

"Macam mana Emyr nak kahwin kalau Emyr tak cintakan dia? Perkahwina tu tak akan jalan sebab wanita yang Emyr cintakan adalah Edeline. Aisah tak akan bahagia kahwin dengan Emyr, mama nak macam tu ke?"

"Cinta tu boleh berputik lepas Emyr dengan Aisah kahwin. Mama yakin Aisah mampu buat Emyr lupakan Edeline." Dengan yakinnya Puan Juliana berkata sedemikian.

Mendengar kata-kata Puan Juliana membuatkan Emyr tergelak besar.

"Emyr! Mama tak buat lawak!" sekali lagi Emyr membuatk dia naik angin. Orang serius dia boleh bantai gelak.

Wajah Emyr berubah menjadi beku.

"Dalam mimpi mama. Aisah tak akan sesekali buat Emyr lupakan Edeline. Edeline cinta mati Emyr. Emyr lebih pilih untuk tak kahwin kalau pengantin perempuan tu bukan Edeline!" dengan tegasnya dia berkata.

"Apa yang ada sangat dengan Edeline tu? Sampai bila nak tunggu dia? Dia tak akan jadi pengantin perempuan Emyr."

"Mama tak nak dengar alasan, apa pun yang terjadi Emyr tetap akan kahwin dengan Aisah. Masalah Edeline, mama dah urus. Mama dah jumpa mummy Edeline."

"Ha? Kenapa perlu libatkan mummy Edeline?" dia terkejut bila mamanya dengan berani berjumpa mama Edeline. Mampus! Kalau dua wanita ini sudah berjumpa memang tak ada harapan untuk dia.

EMYR EDRA Место, где живут истории. Откройте их для себя