Bacaan Percuma- Bab 4 (II)

1.2K 152 23
                                    

"DEAR, you buat apa dekat sini?"

Amalina terkejut apabila dia secara tidak sengaja bertemu dengan Farhan betul-betul di depan bank. Dia baru nak keluar, Farhan pula baru nak masuk.

"I ada kerja sikit dekat dalam. You buat apa dekat sini?"

Farhan senyum sambil angkat fail nipis di tangannya. "Sama. Ada masalah sikit dengan paycheck staf. Dah nak balik?"

Amalina angguk.

"Lepas ni you ada meeting tak dekat ofis?"

Lambat-lambat Amalina geleng.

"Boleh tak kita keluar kejap? I nak cakap dengan you."

"Okey."

"SEKARANG, I cuma nak tahu sama ada you ada perancangan nak kahwin dengan I ke tidak. Itu sahaja, Farhan."

Amalina tak nak dengar pujuk rayu, kata maaf, atau apa sahaja kata-kata lain yang tak berikan dia makna dalam hidup. Dia cuma mahukan kepastian, bukan bayang-bayang masa depan.

Satu perkara tentang dirinya yang Farhan patut tahu, Amalina benci membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Sangat benci. Dalam setiap perkara yang Amalina lakukan, dia akan pastikan mesti ada hasilnya.

Dia pandang wajah Farhan dari jarak hampir semeter yang dipisahkan oleh meja. Jelas wajah lelaki itu kaget apabila dia lontarkan soalan serius seperti itu.

"Dear... you tahu kan..."

"Tahu apa? You sayang I? Farhan, semua orang boleh cakap macam tu. I pun boleh cakap dekat entah siapa-siapa yang I sayang dia. Tapi apa bukti yang you sayang I?"

Mulut yang jarang lekang dengan kata-kata manis itu kejap terbuka, kejap terkatup. Bagai ada perkataan yang tak terluah yang dia mahu beritahu Amalina. "Amalina, I ada plan nak kahwin dengan you."

"Tapi?"

"Tapi I tak sedia lagi."

Naik sebelah kening Amalina mendengar jawapan ringkas Farhan. Badan yang tadi menyandar selesa di badan kerusi kini sudah tegak menghampiri meja. Dengan mata yang mengecil, dia pandang wajah kacak itu.

Tak sedia? Sudah dua tahun mereka berkawan, kenal hati budi masing-masing. Nak kata ekonomi masing-masing tak stabil, itu alasan paling akhir yang mereka boleh bagi.

"Jadi bila you nak sedia?" Tenang Amalina menyoal.

"I tak tahu."

"Berapa lama lagi masa yang you perlu untuk sedia?"

"Mungkin lagi dua tahun?"

Amalina lepaskan ketawa kecil. Dua tahun...

Dia larikan hujung jari ke batang hidung, mengurut perlahan untuk meredakan denyutan yang tiba-tiba sahaja datang. Pening kepala mendengar tempoh masa yang Farhan minta.

Mereka sudah berkawan selama dua tahun, dan kini Farhan kata dia mahukan dua tahun lagi.

Dalam tempoh dua tahun itu, tiga kali Amalina cuba pertemukan dia dengan ibu dan bapanya, tapi tiga kali juga Farhan cari alasan untuk tidak hadirkan diri. Belum cerita entah tak terbilang berapa kali Farhan cuba mengelak apabila Amalina bertanya tentang ibu dan bapanya.

Okey... Amalina dah dapat jawapan yang dia mahu.

"Dear..."

"Kita putus, Farhan." Selamba Amalina tuturkan ayat itu tak beriak. Sejuring kesedihan pun tidak terlakar di wajahnya

"Amalina!"

"I tak boleh nak commit dua tahun tunggu benda yang tak pasti macam ni. Boleh jadi lagi dua tahun pun you tak ready lagi. Masa tu, berapa tahun lagi you nak suruh I tunggu? Kalau you betul-betul sayang dekat I, dari first time I ajak you jumpa dengan mak ayah I lagi you dah datang. Sorry, Farhan. I dah tak boleh tahan."

Dengan kata-kata itu, Amalina bangun. Kerusi disorong masuk ke dalam meja. Air coklat yang masih penuh di dalam cawan plastik pakai buang itu dia ambil sebelum melangkah keluar dari kafe itu dengan hati yang sangat lapang. Ragu-ragu Farhan, lawannya keyakinan Amalina.




Ps: farhan who??

Love,Yours | SUDAH TERBIT |Where stories live. Discover now