3

71 15 0
                                    

' You give me butterflies '

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Saya nak Hyunjae dan Jihyun bincang apa yang perlu kelab kita lakukan untuk tarik lagi ramai pelajar join kelab kita"

Terus tegak pinggang Jihyun setelah namanya diumumkan oleh guru kelab sosial

Daripada tadi dia duduk membongkok menulis segala isi perbincangan mesyuarat, setelah namanya dan Hyunjae disebut buatkan dia sedikit tersentak kerana terkejut

Narae yang sedar akan reaksi Jihyun terus mengetap bibir menahan senyuman. Dia pengurus kewangan kelab tersebut. Semestinya dijemput ke mesyuarat itu juga

"Baik ssaem. Kami akan cuba yang terbaik" Balas Hyunjae begitu profesional beserta anggukan kecil

Mata Narae terarah pada Jihyun yang duduk di sebelahnya. Kelihatan tenang sambil menulis catatan pada buku nota

"Ehehehe~" Tawa Narae sambil menyiku perlahan lengan Jihyun beberapa kali

Jihyun pandang kearah Narae lalu berkerut. Memberi isyarat supaya berhenti menyikunya

"Kalau dah tak ada apa apa, semua boleh bersurai" Ujar Yoon Ssaem lalu bangkit

Serentak semua ahli jawatan kuasa bangun dan tunduk pada yoon ssaem

"Terima kasih semua sebab beri kerjasama"

"Nae ssaem~" Apabila lelaki berumur dalam lingkungan 30 an itu keluar, kesemua ahli mula berkemas kemas barang. Bersedia untuk pulang

Jihyun mengeluh kecil. Tangan menyeluk poket blazer sekolah mengeluarkan sepaket choco pie

"Nak?" Pelawa Jihyun pada Narae menghulur choco pie tersebut pada Narae

Narae menggeleng kepala

"Kau makanlah. Kaukan hantu choco pie? Poket kau tu sentiasa ada je choco pie. Makanlah. Nanti time birthday aku hadiahkan choco pie banyak banyak" Jihyun mencebik lalu menggigit choco pie tersebut

"Aku nak perisa coklat. Perisa lain suka" Sempat Jihyun berpesan sebelum berjalan keluar daripada bilik mesyuarat

Narae mengejar langkah Jihyun sambil ketawa

"Itu yang aku pelik dekat dunia ni. Nama choco pie. Tapi ada perisa strawberi. Kenapa tak letak strawberi pie?"

"Manalah aku tahu. Aku tahu makan je. Perisa lain aku tak suka. Aku paling suka coklat. Only choco!"

Perbualan antara Jihyun dan Narae sempat ditangkap oleh Hyunjae yang masih di dalam bilik tersebut

"Suka coklat rupanya..."

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now