END

93 17 13
                                    

"Awak, maaflah..."

"Tadi awak cakap apa dekat saya? NO. N.O, NO!" Aku ulang semula ungkapan yang dia cakap masa dia reject hasil buah fikiran aku sejak 2 bulan lepas. Mentah mentah dia reject. Bukannya dia tak nampak penat lelah aku fikir idea sampai tak tidur malam

Laju langkah menapak masuk ke dalam rumah mertua aku. Aku dah cakap! Aku nak report! Biar dia kena marah! Dahlah appa bagi dia kerja dekat syarikat dia! Pastu buat perangai!

Sempat juga aku tekan loceng rumah tadi sebelum masuk bagi memberi petanda menantu kesayangan diorang ni sampai

Eomma biasanya dekat dapur. Appa pula ada dekat bilik kerja dia

"Jiyoungie balik? Ada apa ni?"

Tu kan dah keluarrr!!! Appa menapak di tangga

"Appa tadikan--- Mmphhhh!!" Mulut aku ditekup daripada belakang oleh Jaehyun

"J-janganlahhh" Rengek dia separa berbisik

Hilang Jaehyun depyonim. Ni siapa tak tahu

"Jaehyun! Kenapa buat Jiyoung macam tu?" Eomma muncul daripada dapur sambil cekak pinggang. Tak lupa senduk kayu yang dia sedang pegang

"Eomma-- ARK!" Disebabkan aku hampir mati lemas dalam tekupan Jaehyun, aku siku perut dia sekuat hati

Senak perut member

"Appa! Jaehyun reject draft Jiyoung lagi!" Laju aku beritahu sebelum dia tekup dan culik aku keluar pulak lepas ni

"Again? Lee Jaehyun!" Appa mula bercekak pinggang

Yey dia kena marahh!

"T-tak appa! Mana ada jaehyun reject draft dia!"

"Ye awak reject!"

"Tak! Saya cakap No je!"

"Ouh muluttt!!! Suka putar belit ayat!"

"Ha gaduh lah dua dua! Hangit nasi aku layan dua budak bertuah ni!"

Bebelan eomma menghentikan pergaduhan singkat kami

"Tak mungkin Jaehyun reject draft Jiyoung..." Appa bersuara buat aku mencebik. Jaehyun disebelah sudah tersengih lebar

Iyalah. Ayah dia backup dia!

"Tapi..."

"Sebab sebelum ni dia memang suka baca novel penulisan daripada Jiyoung. Jadi tipulah kalau dia reject" air muka Jaehyun terus berubah. Wajah dia memerah dengan muka tak percaya

"Hah? Kejap... lelaki baca novel?" Itu yang aku terkejut. Jarang ditemui lelaki baca novel

"Iya dia baca novel. Tapi cuma novel penulis Jiyoung saja dia baca. Yang lain dia tak sentuh" Nampak dah muka pasrah Jaehyun

Rahsia dia dah terbongkar!

"Kalau tak percaya, kamu tengoklah dekat bilik dia. Penuh almari dengan buku buku kamu sebab dia nak naikkan jualan"

Bila dengar apa yang appa cakap, terus aku buka langkah

"Y-yah Jiyoung!" Tak sempat dia nak tangkap aku sebab aku laju daripada dia

Selama ni dia tak bagi aku masuk bilik dia! Ni appa dah bagi greenlight. Berani dia nak halang?

Tangga didaki dengan pantas. Berlari naik ke atas sambil Jaehyun mengejar di belakang

Sampai saja di bilik Jaehyun, aku terus rempuh masuk ke dalam

Masuk masuk sahaja, ruang bacaan mini di tepi yang mempunyai rak aku pandang dahulu

"Uwahhh! Penuh rak!!" Ujar aku teruja melihat banyak buku hasil penulisan aku disitu

Disebabkan aku masih muda, aku baru terbitkan 2 buku hardcopy. Selebihnya, manhwa dan wattpad di dalam online sahaja. Tapi Jaehyun, aku rasa dia pergi borong buku aku banyak banyak

Aku pusingkan tubuh menghadap dia dengan senyuman

"Kenapa awak buat macam tu?" Dia menarik nafas sebelum dihembus berat

"Sebab... Saya suka awak? Jalan cerita yang awak tulis tu, saya bayangkan kita" Terus melebar senyuman aku hingga nampak gusi

"Really? Habis tu kenapa awak reject draft saya?"

"Sebab sad ending. Saya taknak bayangkan sad ending antara kita" Katanya perlahan sebelum tunduk malu

Alahhh! Laki siapa ni? COMELNYE EKDCIEKSOAKDIGJRK

"How about... Saya hantar happy ending draft dekat awak tapi terbitkan sad ending?"

"No" Balas dia sepatah buat aku berdecit

"Kelainan lah sikit. Asyik happy ending je"

"Readers awak ramai Jiyoung. Perasaan diorang entah entah sama dengan saya?"

"It's just imagination. Bukannya real pun" Aku cuba melawan

Akhirnya, dia mengalah

"Yelah... Eyes On You akan diterbitkan dalam bentuk manhwa" Aku tersengih

"Yey~!" Tubuh dia aku dakap dengan erat

"Jihyun sayaaa~" Kata aku sambil geselkan pipi pada dada dia

"Saya Jihyun? Habis tu awak?"

"Hyunjae. Sebab awak crush dekat saya macam Jihyun crush dekat Hyunjae. Sampai sanggup penuhkan rak dengan buku saya" Jaehyun eratkan pelukan

Sempat dia mengucup perlahan dahi aku lembut

"Saya harap, tak ada ending antara kita. Either happy or sad..."

"Aaww I love you too~"

≪•◦ END ◦•≫

≪•◦ END ◦•≫

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ehehehehe. Tamat gitu jaaaaaaa

Short story by me~♡

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now