8

58 13 0
                                    

' The truth untold '

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Kau dengan Jihyun ada apa apa ke?"

Perbualan semua orang terhenti setelah terdengan soalan daripada Hyunjae itu

Hyunjae berada di tempat lepak rakan rakannya. Sibuk bertukar cerita sesama sendiri

Tetapi selepas Hyunjae membangkitkan soalan itu, habis semua mata tertumpu pada dia

Mata Hyunjae pula, tertumpu pada Juyeon yang sedang terkebil kebil

"Hyung tanya aku ke?" Soal Juyeon sambil tunding diri sendiri

"Kaulah. Siapa lagi?"

"Kenapa hyung nak tahu?" Soal Juyeon semula. Senyuman menyakat diukir. Saja mempersoalkan soalan Hyunjae untuk mengorek suatu jawapan

"Dah kalau korang berdua berkepit je manalah aku tak tanya? Kau pun bukan nak cerita"

"Ouh... Ingatkan sebab hyung jealous" Hyunjae mencebik

"Kau tak jawab soalan aku lagi"

"Apa soalan hyung eh? Aku lupa" Tajam mata Hyunjae memandang Juyeon tidak puas hati. Lebih lagi melihat senyuman sinis Juyeon seakan akan saja mahu Hyunjae mengulang semula soalan tersebut

"Kau ada apa apa dengan Jihyun?"

"Kalau ya?" Pantas Juyeon membalas dengan wajah selamba

"Fuhhh!"


"Fishy fishy~~"

"Dalam diammmm!"

"Omo omo juyeonn"

Senyum penuh makna memandang wajah Hyunjae yang mati kata kata sementara yang lain sudah membuat bunyi di dalam zoo

Serius pandangan Hyunjae menikam anak mata Juyeon yang masih menguntumkan senyuman yang menjengkelkan. Gigi diketap geram

Ting!

Telefon Juyeon serentak itu berbunyi tanda satu mesej telah masuk. Skrin telefon yang menyala dipandang. Melihat si pemberi mesej tersebut. Lantas Juyeon tersenyum sebelum mata dialihkan pada Hyunjae semula

"Jihyun mesej. Kejap ya korang?"

"Hmm pergilahhh!!" Balas yang lain

Juyeon bangkit daripada sofa, menuju ke luar. Sempat dia menepuk bahu Hyunjae perlahan

"Jihyun tak suka aku. Dia suka orang lain"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now