16

70 14 9
                                    

' The truth been told '

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Kau ada mulut ke tak ada ni?"

Jihyun langsung tak mengangkat muka memandang Hyunjae. Lantai marmar kelas itu lebih menarik perhatian daripada tenung wajah marah Hyunjae

Benar apa yang dikatakan Narae. Patutnya dia larikan diri tadi

Hyunjae bersandar pada meja guru. Jihyun pula sedang berdiri di hadapannya sedang tunduk sambil bermain dengan jari. Cuba untuk menenangkan jantung yang berdegup laju walaupun sebenarnya tak akan tenang

Setiap kali Hyunjae berdekatan, jantung Jihyun takkan pernah tenang berdegup

"Masalah takkan selesai kalau kau tak bukak mulut, Bae Jihyun" Tegas Hyunjae

"Sunbaenim... Saya minta maaf" Ucap Jihyun perlahan dengan nada bergetar

"Saya tak matang. Layan perasaan walaupun tak berkait langsung dengan tugas saya sampai tak pergi meeting dan aktiviti kelab... Saya minta maaf"

"Saya janji benda ni takkan ulang lagi" Janji Jihyun

"Aku nak dengar punca kau mengelak daripada aku. Bukan maaf kau" Dingin suara Hyunjae berkata

Jihyun menggeleng kepala

"T-tak ada apa apa..."

"Betul?" Teragak agak Jihyun mengangguk

"Masalah personal dengan aku?" Jihyun menggeleng kepala

Satu senyuman sinis diukir Hyunjae. Tangan disilangkan pada dada. Memandang redup gadis di hadapannya itu

"Kau tahu... Lee Juyeon tak pandai simpan rahsia?" Bulu roma Jihyun serta merta tegak berdiri. Pantas kepalanya terangkat memandang Hyunjae

Hyunjae tersenyum puas. Akhirnya dapat juga dia buat Jihyun memandangnya

"H-huh?"

"Sebab Yeuni, kan?"

Jihyun mengetap bibir. Wajah dia sudah mula bertukar merah. Tangan pula menggenggam tepi blazer dengan kuat. Sungguh dia berasa malu ketika ini

Dalam rasa malu, terbit rasa marah akan Juyeon. Tunggu saja masanya yang tepat untuk dia belasah Juyeon cukup cukup nanti

"Dia cuma bagitahu aku, dia suka aku sebab esoknya dia nak pindah jauh. Kami tak ada apa apa hubungan. Aku masih single dan handsome" Terang Hyunjae sebelum mengukirkan senyuman

"Dah? Nak mengelak daripada aku lagi ke?" Jihyun menggeleng kepala kecil

"Movie night tu nanti. Aku nak kau duduk sebelah aku" Wajah Jihyun bertambah merah

"Sebagai denda" Sambung Hyunjae. Daripada bersandar pada meja, Hyunjae bangkit berdiri tegak

Mendekati Jihyun secara perlahan sambil meletakkan tangan ke dalam poket

Apabila hujung kasut dia dan Jihyun bertemu, Hyunjae berhenti

Kedudukan mereka teramatlah dekat hingga buatkan Jihyun sukar untuk bernafas. Wajahnya sudah cukup merah ketika ini

Poket blazer Jihyun ditarik Hyunjae. Meletakkan sesuatu ke dalamnya hingga penuh kedua dua poket blazer milik Jihyun itu

"Jangan mengelak daripada aku pulak sebab dah kantoi. Kalau tak, aku gari tangan kau dengan aku. Biar kau tak boleh lari" Ugut Hyunjae

"O-okay..." Balas Jihyun suara angin

Hyunjae tersenyum lebar

"Kau dah tak perlu datang meeting. Sekarang kerja ahli lain pulak. Cuma malam tu, kau kena datang. Auditorium 2"

" Horror movie...?" Hyunjae mengangguk

"T-tapi saya tak boleh tengok horror..."

"Masalah aku atau masalah kau?" Sinis Hyunjae. Terdiam Jihyun dibuatnya

"Aku balik kelas dulu" Hyunjae undur selangkah ke belakang. Memberi ruang untuk Jihyun menghirup oksigen dengan tenang

Kemudian, dia beredar daripada kelas itu meninggalkan Jihyun keseorangan. Bila kelibat Hyunjae tidak kelihatan, Jihyun paut pada meja yang berhampiran. Kaki terasa seperti sudah bertukar menjadi jeli disebabkan tindakan Hyunjae. Hampir saja dia pengsan tadi

Jihyun tunduk melihat poket blazer. Mahu lihat apa yang diisi oleh Hyunjae hingga buat poket itu berat

"Chocolate?!" Jihyun menjerit teruja. Penuh coklat pelbagai jenama di dalam poket itu seperti Kinder Bueno, Ferrero Rocher, Hershey's kisses dan chocopie

"Arghhhh moveon mission fail!"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now