Kuat kedengaran bunyi ketawa Humaira dari ruang tamu rumah milik Encik Fatih. Tidak henti gadis kecil berusia 4 tahun itu ketawa dek kerana digeletek Amirul.
Encik Fatih dan Puan Yasmin hanya menggelengkan kepala melihat telatah manja anak bongsu mereka. Pantang ajak bergurau.
"Eee masam nya adik abang ni." Amirul mencium geram pipi Humaira. Hanya apabila bersama Humaira atau Kaira sahaja Amirul akan bertindak begitu.
"Suka lah tu abang gomol dia." Humaira sengih menampakkan gigi putih yang tersusun rapi kepada ibunya itu. Leher milik Amirul dipeluk erat oleh gadis kecil itu.
"Amboi. Awak peluk suami saya tu." Kaira yang baru keluar dari dapur memandang Humaira yang turut memandangnya. Dulang yang dibawa keluar tadi diletakkan diatas meja sebelum dihidangkan kepada Encik Fatih, Puan Yasmin dan Amirul.
Ruang sebelah Amirul didudukinya sebelum dia memeluk lengan lelaki itu.
"Kakak punya."
"No! Meya unya." Humaira menolak kuat tangan Kaira yang memeluk lengan Amirul. Muka garangnya ditunjukkan kepada Kaira.
"Eee saya punya lah." Amirul menggeleng melihat telatah Kaira. Makin Humaira menolak tangannya, makin erat dia memeluk lengan suaminya membuatkan gadis kecil itu mencebik.
"Umi." Humaira memandang Puan Yasmin yang dari tadi menjadi pemerhati bersama Encik Fatih. Gadis kecil itu mencebik dengan linangan air mata yang sudah memenuhi pelupuk matanya.
"Sini dengan umi. Biar je kakak ambil abang. Maira ada umi dengan papa."
Humaira terus sahaja turun dari riba Amirul sebelum dia berlari masuk dalam pelukan milik sang ibu. Muka disembamkan pada dada milik Puan Yasmin.
"Eee tak malu lah Maira ni. Dah besar pun nangis lagi- aww." Kaira menggosok pipinya yang baru sahaja dicubit oleh Amirul. Jelingan diberikan buat suaminya.
"Kau pun sama je. Dengan Humaira pun nak gaduh." Kaira mencebik. Tangan disilangkan di dada sebelum dia memalingkan wajah ke arah lain. Malas mahu melihat Amirul. Siapa suruh tak backup dia.
Amirul disebelah hanya tersenyum. Nanti lah dia pujuk. Bukan susah mana pun.
"Ni Mirul. Kamu berdua dah kahwin kan. Tak ada plan nak pindah rumah ke?" Soal Encik Fatih membuatkan pandangan Amirul terus beralih kepadanya.
"Maksud papa?" Soal Kaira.
"Papa bukan nak halau, tapi kamu berdua kan dah kahwin. Perlukan privacy. Tapi kalau kamu berdua tetap nak tinggal sini pun tak apa."
"Amirul ada terfikir juga pa pasal tu. Tapi nak bincang dulu dengan Kaira." Amirul mengerling Kaira sekilas sebelum kembali memandang Encik Fatih dan Puan Yasmin.
"Papa dengan umi izinkan ke?"
"Apa pula tak izin. Kamu tu dah jadi suami Kaira kan. Tak perlu dah mintak izin papa macam tu." Amirul tersengih sebelum mengangguk.
"Kitorang bincang lah dulu apa yang patut. Nanti Mirul bagitau papa dengan umi semula."
°•❁•°
"Buat apa tu." Amirul sedikit tersentak apabila Kaira tiba-tiba sahaja menyergahnya. Leher lelaki itu dipeluk erat dari belakang oleh isterinya.
"Kau ni buat aku terkejut je." Amirul menjeling Kaira. Tangan gadis itu ditarik agar berdiri di hadapannya.
"Sorry." Kaira berkata perlahan membuatkan Amirul senyum senget. Peha ditepuk lembut, memberi arahan agar gadis itu duduk di atas ribanya.
Kaira yang melihat perlakuan Amirul tadi tersengih sebelum dengan pantas dia duduk di situ. Terus sahaja Amirul memeluk pinggang ramping milik isteri tercintanya itu.
Kaira menoleh memandang laptop serta beberapa helai kertas yang terdapat di atas meja sebelum pandangannya beralih pada Amirul yang sedang menatap dirinya.
"Kaira ganggu abang buat kerja ke?" Soal Kaira.
"Haah. Kau ganggu aku kerja." Kaira mengemam bibirnya. Mata terkebil-kebil memandang Amirul yang turut memandangnya.
"Aku gurau jelah." Amirul tertawa kecil. Suka melihat wajah blur isterinya itu. Comel sangat. Geram je nak gigit pipi kemerahan gadis itu.
"Abang ni..."
"Kenapa tak tidur lagi hm? Dah pukul berapa dah ni." Amirul menyoal lembut. Belakang pinggang Kaira dielus lembut dengan ibu jarinya.
"Kaira tak boleh tidur lah. Nak tunggu abang, tidur sekali."
"Mengada. Sebelum ni boleh je tidur sorang." Kaira mencebik mendengar tutur kata Amirul. Tak sweet betul.
"Takpelah. Abang buat lah kerja abang tu. Kaira mengantuk. Kaira masuk bilik dulu." Amirul tersengih mendengar suara Kaira yang sedikit kendur. Tahu lah dia Kaira tengah merajuk dengan kata-katanya itu.
Baru sahaja Kaira ingin bangun, namun Amirul makin mengeratkan lagi rangkulan pada pinggang gadis itu. Bahu Kaira yang sedikit terdedah dicium lembut.
"No, tidur sini je. Teman aku buat kerja."
"Alah mengada. Selalu boleh je buat kerja sorang." Kaira memasamkan mukanya. Amirul dijeling tajam. Geram dengan perangai selamba suaminya itu.
"Uish dia balas balik."
"Okay okay. Tidur je sini. Aku nak siapkan sikit je lagi kerja aku. Nanti aku angkat kau masuk bilik, okay?"
Angguk tidak geleng pun tidak. Kaira hanya merenung wajah Amirul yang sangat dekat dengannya. Amirul yang perasan dengan renungan isterinya itu tersengih lebar sebelum memusingkan badan Kaira ke arahnya.
Kaki gadis itu dililitkan di pinggangnya sebelum dia menarik kepala Kaira agar terlentok di bahunya. Badan Kaira ditepuk perlahan.
"Tidur sayang. Aku tahu kau dah mengantuk. Sorry tak teman kau, aku cuma nak siapkan kerja ni cepat sebab taknak kacau hari esok." Panjang Amirul berkata. Rambut terurai Kaira dibelai lembut.
Kerusi dirapatkan semula ke meja bagi menahan belakang Kaira.
"Goodnight love." Bibir Amirul menyapa lembut pipi serta dahi Kaira.
"Goodnight abang." Ujar Kaira perlahan. Mata ditutupkan apabila terasa selesa dengan usapan Amirul pada belakangnya.
Selang beberapa minit, telinga Amirul menangkap bunyi dengkuran halus dari Kaira. Bibir Amirul menyenget. Tubuh Kaira dibetulkan sebelum dia menyambung kembali kerjanya yang terhenti tadi.
Sorry lama tak update. Too busy lah you. Next punya update InsyaAllah saya cuba secepat mungkin.
YOU ARE READING
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...