AMIRUL KAIRA | 39

5.5K 208 1
                                    

Laju sahaja kaki panjang Thaqif melangkah untuk masuk ke dalam gudang lama yang sudah menjadi markas untuknya. Muka bengis yang ditayangkan olehnya membuatkan kesemua anak buahnya menundukkan kepala.

Kaki digerakkan ke arah sebuah bilik. Pintu bilik itu dibuka sebelum matanya melilar ke segenap ruangan itu.

"Max!" Bergema kuat suara Thaqif memanggil salah seorang anak buahnya. Laju lelaki bernama Max itu berlari mendekati Thaqif. Badan ditundukkan sedikit tanda hormat.

"Ya tuan."

"Mana perempuan tu?" Soal Thaqif. Mata hitamnya tajam memandang Max yang terkejut itu.

"C-cik Nathalia?" Soal Max tergagap-gagap. Jujur dia takut dengan tatapan tajam tuannya itu. Kalau lah mata tu boleh membunuh, mungkin sahaja dia sudah mati tika itu.

"Habistu perempuan mana lagi kalau bukan dia!" Kuat suara Thaqif menjerkah Max.

"Saya tak tahu tuan."

Perlahan Max bersuara. Dia menundukkan kepalanya. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki dihadapannya itu.

"Bodoh!" Kaki Max ditendang kuat. Kaki naik memijak dada milik Max sehingga lelaki itu mengerang kuat.

"Perempuan seorang pun tak boleh jaga ke sial!"

"Ma-maaf tuan- ugh!"

"Aku nak kau cari perempuan tu sampai dapat. Kalau tak nyawa kau yang melayang. Faham." Dada Max ditekan kuat dengan kakinya.

"Faham tak!"

"Faham tuan." Laju sahaja kepala Max mengangguk. Sakit didadanya ditahan.

"Blah!"

Max pantas bangun sebelum beredar dari tempat itu. Keluhan kasar dilepaskan apabila kelibat orang suruhannya itu hilang. Kotak yang berada di hadapannya itu ditendang kuat melepaskan amarah.

"Bodoh! Kerja senang pun tak boleh buat."

"Kau tunggu nasib kau Nathalia!"

°•❁•°

"Abang." Amirul yang tadinya fokus pada komputer riba pantas menoleh ke arah pintu bilik kerjanya apabila mendengar suara seseorang.

Kaira perlahan berjalan mendekati Amirul. Sampai sahaja dihadapan Amirul, terus sahaja lelaki itu menarik pinggang Kaira agar gadis itu duduk di atas ribanya.

"Kenapa bangun ni? Kan aku suruh rehat je dalam bilik?" Amirul memandang tepat muka Kaira. Rambut yang menutupi wajah gadis itu diselitkan ke belakang telinga.

"Kenapa abang tak tidur lagi?" Amirul hanya diam, tidak menjawab. Wajah pucat Kaira diusap lembut.

"Sebab tadi ke abang taknak dekat dengan Kaira?"  Soal Kaira lagi menyebabkan usapan Amirul pada wajahnya terhenti.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Abang macam mengelak." Kaira berkata perlahan. Dia memandang Amirul dengan pandangan lemah.

"Aku cuma nak bagi kau masa je. Rehat. Tengok keadaan kau sekarang. Nampak lemah sangat." Amirul berkata jujur.

Kepala Kaira ditarik lembut agar terlentok di atas bahunya. Pinggang gadis itu ditarik agar merapatinya sebelum dia bertindak mengusap lembut belakang badan milik gadis kesayangannya.

"Kaira boleh sembuh ke abang?"

"InsyaAllah boleh, sayang. Allah ada. Dia takkan sesekali biarkan hambaNya terseksa." Kaira angguk perlahan. Mata dipejam rapat apabila sakit kembali menyerangnya.

"Ka-Kaira takut. Sakit." Amirul memeluk erat badan kecil Kaira. Bibir dirapatkan ke telinga gadis itu sebelum dia perlahan-lahan mengalunkan surah yang diberitahu oleh Encik Wazim.

"Pa-panas." Kaira cuba menolak badan Amirul namun Amirul makin mengeratkan pelukan pada badan kecil itu.

"Abang sakit." Kaira merintih lemah. Sungguh dia tidak tahan apabila kendengar ayat yang dibaca oleh Amirul.

Beberapa surah serta alunan zikir dibaca berselang-seli. Badan Kaira yang menggigil serta berpeluh itu diusap.

Melihatkan Kaira yang sudah menangis itu, Amirul lantas memberhentikan bacaannya. Badan Kaira yang semakin lemah itu ditolak perlahan.

"Kau kuat sayang. Isteri aku kuat." Amirul berbisik perlahan.

Wajah pucat Kaira ditatap sayu. Dia tahu isterinya kini sedang berlawan dengan apa yang dilaluinya tika itu. Air mata Kaira yang mengalir laju dilap dengan tangan.

"You need some rest, sayang. Tidur. Jangan fikirkan sangat tentang semua ni." Kaira mengangguk lemah. Dia betul-betul tidak bertenaga tika itu.

Kepala kembali dilentokkan pada bahu Amirul. Mata yang sudah semakin memberat itu ditutup.

"Kaira minta maaf kalau dah susahkan abang." Ucap Kaira perlahan di tepi telinga Amirul.

"Kau tak susahkan aku pun sayang. Kita anggap je ni ujian untuk kita, untuk rumah tangga kita. Okay?"

Kaira angguk lemah. Tangan naik memeluk leher Amirul.

"Kita cuba ikhtiar. InsyaAllah semua akan kembali macam dulu."

"Kaira sayang abang."

"Aku pun sayang kau." Bibir lembut Amirul menyapa ubun-ubun Kaira. Badan Kaira ditepuk lembut seolah mendodoi gadis itu supaya tidur.

"Everything will be fine, soon."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now