AMIRUL KAIRA | 46

4.6K 168 4
                                    

"Jom duduk situ." Amirul hanya pasrah mengikut langkah Kaira. Dari tadi lagi mereka tidak berhenti berjalan di persisiran pantai itu. Sekarang baru Kaira mengajaknya untuk duduk.

"Cantiknya bulan malam ni." Senyuman terbit pada bibir kedua-dua mereka apabila menatap bulan purnama itu. Sungguh cantik.

Cahaya terang pada bulan menyebabkan langit pada malam itu kelihatan sungguh cerah. Dapat mereka lihat cahaya bulan yang memancar ke atas air pantai di hadapan mereka.

Amirul dan Kaira masing-masing mendiamkan diri. Mata masih setia menatap bulan purnama yang indah itu.

"Cepat masa berlalu kan. Tahu-tahu kita dah setahun kahwin." Kaira mula bersuara.

Pita memori dalam kepalanya mula mengimbas waktu pertama kali mereka berjumpa sehingga lah hari dimana mereka disatukan sebagai suami isteri.

"Dalam setahun tu, banyak juga kan ujian yang kita kena hadap." Amirul pula membalas. Kaira menoleh memandang ke arahnya dengan senyuman tipis sebelum mengangguk.

"Banyak sangat. Sampai Kaira tak yakin sama ada masjid yang kita bina ni boleh bertahan atau akan runtuh."

Kepala Kaira kembali menoleh ke arah pantai itu. Jari menguis-nguis pasir pantai, ingin menghilangkan rasa kekoknya.

"Tapi Alhamdulillah. Allah masih selamatkan rumah tangga kita. Masjid kita masih kukuh walaupun macam-macam bencana melanda."

"Tu maknanya jodoh kita kuat sayang. Kalau tak, mungkin sekarang kita dah tak bersama lagi."

Kaira angguk mengiyakan kata-kata suaminya. Benar apa yang Amirul cakap. Mungkin sudah tertulis bahawa dia adalah sepenuhnya buat seorang Amirul Hafrez.

"Terima kasih abang. Sebab setia dengan Kaira walaupun macam-macam jadi dekat Kaira."

"Terima kasih juga sayang. Terima kasih sebab sayang kuat, sayang berusaha lawan sakit tu walaupun abang tahu isteri abang ni terseksa."

Pipi Kaira diusap lembut dengan ibu jarinya. Matanya menatap lembut mata Kaira. Seolah-olah berkongsi apa yang mereka rasa tika itu.

Dahi Kaira dicium lembut sebelum dia menarik badan kecil itu masuk kedalam dakapannya.

"Abang tak kisah kalau kena hadap apa-apa ujian berat lepasni. Cuma abang minta satu je dari Allah. Abang harap kita dah tak perlu hadap ujian macam ni lagi. Abang tak kisah kalau abang sakit, tapi bukan isteri abang."

Kaira senyum sahaja. Kepala diselesakan di dada Amirul. Belakang badan suaminya itu turut diusap. Biarlah bulan pada malam itu menjadi saksi cinta mereka.

°•❁•°

"Sayang." Panggil Amirul memecahkan lamunan Kaira. Mereka masih lagi berada di pantai tadi walaupun jam sudah hampir pukul 10 malam.

"Hm?"

"Ingat lagi tak waktu kita mula-mula jumpa?" Soal Amirul membuatkan Kaira pantas memusingkan badan menghadapnya. Kepala diangguk laju bersama tawa kecilnya.

"Ingat ingat. Dekat airport! Waktu tu Kaira nak merajuk dengan papa sebab tak datang jemput Kaira. Sekali dia hantar jodoh Kaira tolong jemput Kaira balik."

Terletus tawa Amirul mendengar tutur kata comel dari isterinya. Hantar jodoh eh.

"Abang ingat lagi orang tu, dulu bukan main benci lagi dekat kita ni. Tapi last last dia juga yang goda kita. Ajak kita couple."

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now