2. Dua

564 14 2
                                    

"Thaqiff, hang ingat kepala hang dah cukup keraih ka? Nak ugut - ugut orang tu lagutu. Hang ingat dua puluh nam taon tu cukup hebat ka nak jadi gangster?" Fikry campak beberapa keping gambar seorang gadis di atas meja Thaqiff. Thaqiff angkat sebelah kening memandang Fikry, lalu gambar - gambar itu diperinci satu persatu."

"Dah kenapa kau bagi aku gambar awek kau?" Thaqiff masih kurang faham, kenapa sahabat baiknya itu marah-marah dan apa pula kaitannya dia dengan gadis dalam gambar itu.

"Hang dah rosakkan dia, lepastu hang ugut dia pulak? Hang pedajai aku pulak lepas dah ugut dia. Hang ni pasaipa?"

"Eh, aku memang tak berapa baik. Tapi takdelah sampai aku nak caras awek member sendiri. Kau jangan buat lawak Fik. Ini benda serius ni!" Thaqiff bangun dari kerusi. Dia rasa tuduhan ini sangat melampau. Dia tidak pernah berbual dengan gadis dalam gambar itu walaupun gadis itu adalah pekerjanya. Sudahlah Fikry sendiri katanya baru berkasih dengan perempuan itu sebulan dua, tiba - tiba hari ini datang pula menuduh Thaqiff merosakkan kekasihnya.

Lampu tiba - tiba terpadam, dan terbuka kembali lima saat kemudian.

Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to Thaqiff!!
Happy birthday to you!

Semua warga kerja di syarikat itu bersorak dan bertepuk tangan saat lagu "happy birthday dihabiskan. Beberapa staf yang agak berusia membawa dua biji kek ke meja Thaqiff.

Thaqiff diam, dipandang seorang demi seorang yang berdiri di hadapannya. Salah seorang yang gembira bersorak adalah ibunya sendiri, Datin Nafisa. Wajah Thaqiff masam mencuka, seolah tidak gembira walau diraikan.

"Mana satu perempuan dalam gambar ni?" Thaqiff melayang - layangkan gambar yang diterima daripada Fikry sebentar tadi.

Perlahan-lahan, gadis dengan tag nama AMANDA itu keluar sambil mengangkat tangannya.

"Saya boss." Amanda senyum paksa.
"You're fired." Thaqiff angkat kening.
"Hah?" Amanda terkejut. Dia memandang Fikry, mahu pembelaan.

"Eh awatlaa Thaqiff. Kami gurau ja kot. Tu mak hang pun ada tu. Saja la prank hang kot muka tu ada ceria sikit sebab hari ni birthday hang." Fikry serba salah. Tak memasal kekasih dua bulannya Si Amanda jadi mangsa kena pecat.

"Kau pun aku pecat. Aku taknak tengok kau tercegat depan aku lagi. Dah. Aku taknak tengok muka korang kat sini. Pergi buat kerja masing - masing."Thaqiff peluk tubuh. Suara berbisik - bisik mula kedengaran memenuhi ruang pejabat yang agak luas itu.

Fikry telan liur. Rasa kesal pula dengan tindakan Thaqiff yang tak boleh dibuat lawak. Tapi dia lagi kesal kerana idea sambutan hari jadi ini asalnya datang dari dia.

Saat semua mahu mengundur diri, hatta Datin Nafisa sekalipun tidak mahu menganggu Thaqiff, Thaqiff menarik bahu Fikry.

"Kejap." Panggil Thaqiff. Fikry menoleh.

Serentak itu, Thaqiff mengambil krim kek lalu disapu ke muka Fikry.

"Hahahhahaha! Cuak ye muka memasing. Sapa prank sapa sekarang hahaha." Thaqiff ketawa berdekah. Geli hati melihat wajah - wajah pucat yang mahu beredar ke tempat duduk masing - masing.

Mereka jadi seperti anak kecil. Berlari sana sini mencari mangsa contengan muka dengan krim kek. Datin Nafisa berlari mahu masuk ke biliknya untuk menyelamatkan diri, sebelum ditarik Thaqiff lalu wajahnya disapu kek.

"Terima kasih mommy, kerana lahirkan Aqiff ke dunia ni. Aqiff sayang mommy."

"Aqifffff!!!! Habislah makeup mommy!"

Peganglah CintakuWhere stories live. Discover now