3. Tiga

627 15 2
                                    

Mira mengira - ngira baki duit yang ada dalam dompetnya. Ada dua puluh lima ringgit, tujuh puluh sen. Tapi dia lega kerana sudah membeli beras dan sepapan telur gred d. Ada juga seplastik kecil bawang merah dan bawang putih, segenggam cili padi, lima biji kentang dan sebotol kicap.

"Kak Long, pokok cili yang Malik tanam haritu dah panjang dalam 20cm. Lepas ni tak payah lagi kita bazir duit beli cili." Malik senyum bangga sambil menjinjit beg plastik berisi barang - barang yang mereka beli tadi.

"Kak Long tengok pokok cili Malik macam bantut je. Entah bila nak merasa hasil." Mira mengusik Malik yang sedang bersungguh - sungguh mahu membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

"Masa tu Malik takde ilmu lagi. Sekarang dah ada ilmu sikit. Cikgu kemahiran hidup baru ajar teknik bercucuk tanam." Malik sengih.

"Yelah Malik, terima kasih sebab sudi bantu Kak Long. InsyaAllah Kak Long akan balas suatu masa nanti." Mira jadi sebak. Dalam dia bergurau dengan adik - adiknya, jauh di sudut hati dia sangat lelah dengan keadaan keluarganya.

"Malik pun nak kita hidup senang sikit macam masa kecik - kecik dulu. Zaman sekarang kita boleh jadi kreatif dah Kak Long. Dah banyak platform untuk kita cari duit. Tiktok, Facebook, Instagram tu semua lubuk duit kalau pandai cari rezeki ikut saluran tu." Terang Malik panjang lebar sambil mengeluarkan telefon pintarnya.

Telefon yang sudah retak di sana sini itu dibelinya dengan hasil duit menjadi tukang sapu di sebuah restoran Cina di hujung taman perumahan mereka. Itupun teruk Mira membebel pada adiknya yang seorang itu kerana bekerja tanpa pengetahuan dia dan mama. Tahu - tahu saja, datang Nyonya Keat ke rumah menghantar beras dan barang basah kerana menghargai pertolongan Malik menyapu kedai makannya.

"Kenapa Kak Long tak bagi Angah dengan Malik kerja part time?" Soalan yang entah berapa kali ditanya dan sudah berbuih juga mulut Mira menjawab soalan tersebut.

"Sebab korang belajar sekolah lagi. Nanti dah habis SPM dipersilakanlah mencari rezeki untuk tolong Kak Long dengan mama. Faham?"

"Tak terganggu pun pelajaran kitorang. Angah dengan Malik tetap top student dekat sekolah."

"Keep up the good effort. Tapi ingat, belajar dulu sampai berjaya. Work comes later." Tegas Mira.

Malik mengeluh perlahan. "Yelah kakakku."

"Eh Malik. Kejap. Banyak lagi kangkung yang tak berpetik kat belah ni ye. Kejap Kak Long nak pergi menuai. Tak kisahlah korang dah jemu makan kangkung ke apa, janji kita dapat berjimat." Mira ketawa dan terus berlari anak menuju ke paya berhampiran. Dia nampak banyak pokok kangkung menjalar di sekitar paya itu.

Dengan langkah cepat tapi berhati - hati, Mira menarik beberapa batang kangkung yang paling hampir lalu dipetik tumbuhan paya itu. 'Dapat untuk dua hari ni.' Dalam hatinya bersorak gembira.

"Kak Long. Hati - hati. Karang tetiba crush lalu malu besar dia tengok akak tertonggeng - tonggeng petik kangkung dari longkang!" Malik ketawa mengusik Mira.

"Diamlah Malik. Kalau tolong takpe jugak."
"Alah tangan Malik penuh dengan barang ni." Malik memberi alasan.

Masin mulut Malik, bila tiba - tiba dari jauh dia terpandang kereta crush zaman sekolahnya, Haiqal menuju ke arah mereka. Laju saja Honda EK warna kuning milik Haiqal membelah hening petang mahu menuju ke entah mana.

"Alamak.. Alamak Malik. Tu bukan Haiqal ke?" Mira cuba cari jalan cepat supaya terhindar daripada Haiqal.

Gigih dia melangkah paya itu untuk ke seberang jalan sana. Dia mahu menyorok di taman permainan berhampiran, tidak mahu kantoi dengan Haiqal yang dia sedang mengutip kangkung dari paya.

Dalam keadaan memeluk kangkung sambil berlari, Mira tak sedar ada kereta lain yang sederhana laju sedang mara mendekatinya.

BAMMM!

Mira jatuh bergolek, kangkung yang baru dipetik sebentar tadi masih utuh dalam pelukan. Kereta Mercedes Benz A220 Yang dipandu seorang lelaki melayu itu berhenti betul - betul di hadapan Mira.

"Adoi. Yang awak berlari sambil bawak kangkung ni dah kenapa?" Lelaki itu keluar dari kereta dan cepat-cepat mendapatkan Mira. Namun Mira sudah berdiri, memeriksa diri sendiri sebelum memeriksa kondisi kangkung - kangkungnya. Semua baik - baik saja.

" Saya minta maaf banyak - banyak encik. Saya tak perasan ada kereta tadi. Tapi saya okay. Takde apa - apa injury. Maaf sekali lagi. Kalau kereta encik ada kerosakan, maafkan saya encik. Saya tak mampu bayar gantirugi." Mira tunduk hormat bagai residen Jepun, berkali - kali memohon maaf kepada pemandu A220 itu.

"Kereta saya ni tak apa. Tapi awak tu yang bahayanya. Jadi apa - apa yang tak diingini habis nak menjawab saya nanti." Ujarnya dengan wajah tegas.

"Maaf." Dari jauh, Mira nampak Haiqal perlahankan keretanya, membuka tingkap dan membuka cermin mata hitam Ray Ban copi-ori gred AAA nya. Haiqal pandang Mira atas bawah, lalu meneruskan pemanduan tanpa ada rasa mahu membantu walau sekelumit.

"Dah, kalau tak ada apa - apa saya pergi dulu. Saya pun nak cepat ni. Ingat, lain kali hati - hati. Mujur jalan ni jalan kecik je. Oh ye, ni nombor saya. Kalau sehari dua macam ada yang tak kena. Sakit ke apa ke boleh call saya." Kad nama bertukar tangan. Lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan meneruskan pemanduan.

MEREKA berdua meneruskan perjalanan ke rumah yang hanya berjarak beberapa ratus meter saja lagi. Dalam perjalanan itu, Malik tak henti - henti mentertawakan Mira yang masih tebal muka dengan kejadian yang baru saja menimpanya.

"Bedebah punya Haiqal. Dia sikitpun taknak tolong ke apa. Boleh dia tengok sekali lalu camtu je." Mira geram dengan Haiqal.

"Kak Long kena ingat, dia bukan boyfriend Kak Long tau. Kak Long minat dia pun, dia tak tahu kan? Dah, jangan nak salahkan Haiqal pulak." Malik sambung tawa.
Akhirnya, mereka sama - sama ketawa.

***

"Hello Baby. I'm so sorry couldn't make it on time. Forgive me sayang." Thaqiff geleng kepala. Dia sudah terlambat untuk bertemu kekasih hati, Catherina Samson namanya. Terdengar gadis Iban itu mengeluh perlahan.

"You pun tahu schedule I padatkan sayang? Ni pun I terpaksa delay satu sesi photoshoot sebab nak celebrate your birthday together. Why didn't you manage your time wisely ya?" Model itu membebel, namun dalam nada yang sangat lembut. Thaqiff senyum sendiri.

"I minta maaf. Tadi I lalu jalan shortcut, tiba - tiba terlanggar sorang budak perempuan ni. Tergolek budak tu depan I. Tu yang lambat tu." Thaqiff jujur menerangkan situasi sebenar.

"My God Aqiff. So you okay tak ni? Budak perempuan tu okay tak? Did you send her to hospital? Or at least call ambulans? Family dia ada sekali ke? Ada you minta maaf kat dia ke?"

"Wow wow relax sayang. Takde apa yang teruk pun. Kereta I okay, I pun okay, budak tu pun takde cedera apa - apa. Don't worry okay?"

"Risau I. Dahlah, cepat datang sini. Lagi sejam I ada another session ni. Kita ni sama - sama busy tau sayang? So make it quick." Catherina matikan panggilan.

Thaqiff buang pandangan ke luar. Pemanduannya lancar dan dalam masa lima minit dia akan sampai ke destinasi. Tapi fikirannya tak henti - henti memikirkan budak perempuan yang dilanggarnya sejam tadi. Apalah nasib budak itu agaknya?

Peganglah CintakuWhere stories live. Discover now