5. Lima

359 8 1
                                    

"Assalamualaikum."

Malikha merenung jam di meja belajar. 11.30 malam dan ada suara lelaki beri salam? Dia segera bangun menuju ke tingkap dan menyingkap langsir.

"Orang kaya mana pulak sanggup datang rumah kecik kita ni? Takde kerja ke?" Bebel Malikha sebelum keluar dari bilik. Malik terlebih dahulu sudah membuka pintu dan menapak ke pintu pagar rumah.

"Ye bang? Kenapa ye?" Malik gugup. Dia tiba - tiba risaukan kakaknya yang masih belum pulang dari kedai Ah Seng.

"Ni rumah Mira Marissa ke?"
"Ya bang. Dia kakak saya. Kenapa ye?" Malik telan liur.
"Macam ni. Kakak awak ada dekat hospital sekarang ni. Kena warded. Dia kena appendicitis. Kena buat operation segera sebab dah teruk conditionnya." Thaqiff berhenti. Dia tak rasa budak lelaki itu faham.
"Dia kat hospital mana abang? Saya boleh temankan dia and bawakkan baju dia." Malikha yang dari tadi hanya jengah kepala di balik pintu, segera keluar mendapatkan Thaqiff.
"Yes, itulah pointnya saya datang ni. Nak mintak waris dia teman and bawakkan baju dia. Lagipun esok cuti sekolah kan?" Malikha dan Malik mengangguk serentak.
"Okay pergi kemas dulu, saya tunggu kat kereta." Thaqiff senyum nipis sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Angah, kau percaya ke? Mana tahu tu orang jahat nak culik kita ke apa." Malik tarik tangan Malikha yang sudah masuk ke rumah mahu bersiap.

"Kau call Along. Kau kan ada telefon." Malikha naikkan mata ke atas, sebelum masuk ke dalam bilik untuk mengemas pakaian.

Lima minit kemudian Malikha keluar dari bilik. Dia hanya memakai sweater dan jeans biru tanpa jenama, di tangannya sudah tergantung duffle bag  warna hitam jenama Fila sederhana besar.
"Malik, jaga mama tau. Esok baru bagitahu dia yang Along masuk hospital. Btw kau dah call Along?"
"Dah. Dia dekat KPJ." Balas malik.
"Swasta?" Malikha kerut dahi.
"Siapa pulak nak bayarkan bill ni nanti?" Malikha garu kepala yang tak gatal.
"Takpelah. Aku pergi dulu. Kunci pintu ni!" Arah Malikha yang tua dua tahun banding Malik.

Malik hanya mengangguk. Dia sebenarnya ingat - ingat lupa pada lelaki itu. Rasa macam pernah nampak. Takkan di TV? Lantaklah. Malik garu kepala. Rasa bersalah pula menuduh lelaki itu mahu menculik mereka.

***
KERANA tak mahu keadaan rasa janggal, Thaqiff mula buka mulut bertanyakan Malikha yang hanya diam membisu sejak tadi.
"Umur berapa dik? Sekolah lagi kan?" Thaqiff kerling Malikha selintas, sebelum matanya fokus pada pemanduan.
"17 tahun. SPM tahun ni." Balas Malikha pendek. Sebenarnya kepala dia runsing memikirkan bil rawatan Mira. Siapa pula yang mahu membantu membayar bil sedangkan mereka sendiri hanya cukup - cukup makan?
" I see, parents ada lagi?"
"Macam mana abang boleh jumpa Kak Mira pastu camana boleh bawak dia ke hospital? You're clearly not someone from this community." Malikha tak mahu menjawab pertanyaan Thaqiff sebaliknya dia balas dengan soalan juga.
"Siang tadi saya nak jumpa orang, lalu shorcut sini. Kakak awak tu tiba - tiba melintas jalan and saya terlanggar dia. At that time, she seems okay and boleh berdiri semua. But I did ask her to call me if anything happen like rasa sakit ke apa ke. And around 9pm tadi dia whatsapp bagitahu sakit perut. Thats why saya hantarkan ke hospital. Walaupun turned out rupanya dia appendicitis and takde kena mengena dengan traumatic injury pun. But its okay, saya bawakkan je." Panjang berjela Thaqiff memberi penerangan.

"Tapi kenapa abang hantar ke hospital swasta bang? Runsing saya memikir macam mana nak bayar bill dia." Malikha sugul. Dia malu mahu berterus terang tapi dia terpaksa. Mereka tiada saudara mara yang peduli. Malah saudara maranya rata - rata hidup sederhana juga.
" Is it okay if tukar ke hospital gov?" Tutur Malikha lagi.

"Nobody said you guys need to pay anything okay? Dah. Rilex je. Saya yang settlekan. Awak jaga je kakak awak tu. Schedule operation dia jam 8 pagi esok. Buat masa ni she's on pain relieve medication dulu. Dia tengah fasting so pantau je dia okay?"  Thaqiff kerut dahi. Berlambak pula ambulans keluar masuk. Ada accident agaknya, getus hatinya.

"Thanks abang.. er abang.."
"Nama saya Thaqiff."
"Thanks abang Thaqiff sebab bantu Along saya. Jujur saya cakap, kalau takde bantuan abang memang kitorang tak tahu apa akan jadi pada Along. Along jelah harapan kami adik beradik. Takde orang lain dah." Malikha yang paling kuat bergaduh dengan Mira, rupanya ada hati dan perasaan juga.
"Mak ayah ada lagi?" Thaqiff mula diserang rasa ingin tahu yang membuak - buak. Kata - kata yang Malikha keluarkan sebentar tadi membuatkan dia rasa sesuatu.
"Mama ada, dia lumpuh hip to toe. So dia hanya mampu buat kerja ringan je. Papa pulak, takde." Malikha tak mahu teruskan perbualan. Menyebut nama 'bapak' itu sendiri buat kepalanya rasa kembang.
"Meninggal?"
"Tak tahulah bang. Dia tinggalkan kami sejak kami masih kecik lagi. Tak tahu masih hidup atau mati." Tutur Malikha perlahan.
"I see." Thaqiff diam seketika.
"Kak Mira ni kerja mana sekarang? Umur dia baru 21 tahun kan?" Thaqiff korek cerita tentang Mira pula. Dia tak berkesempatan untuk bertanyakan si tuan badan kerana Mira sendiri tadinya sudah macam sakit mahu bersalin aksinya. Mengerang sakit sampai merah lengan Thaqiff jadi tempat berpaut.
"22 tahun. Dia student lagi. Final year sekarang. Tapi memang dialah yang cari duit. Kerja part time sana sini." Malikha jujur.
"Nampaklah jugak muka dia penat." Thaqiff menambah. Tak semena pula dia mengelamun masuk ke dalam dunia Mira. Cuba menyelami nasib gadis itu yang serba kesusahan.

"Okay dik. Saya takleh nak naik ward dia dah sebab dah past 12 ni. Lagipun saya orang luar and lelaki takleh nak naik wad perempuan waktu macam ni. So nanti awak masuk ikut pintu depan tu, bagitahu nama kakak awak and minta dia tunjukkan bilik kat mana. Nanti ada apa- apa call saya. Esok lepas kerja or masa lunchbreak saya datang okay?" Thaqiff berhenti betul- betul di depan pintu masuk hospital. Malikha mengangguk faham.

"Thanks again, Abang Thaqiff." Malikha tunduk hormat dan keluar dari perut kereta. Thaqiff hanya senyum dan segera beredar kerana ada kereta lain yang sedang menunggu di belakang.

***
Mira hanya berbaringan memerhati siling bilik warna putih. Begini rasanya duduk di hospital swasta single bedded room. Tenang dan sunyi, dan sejuk dingin bagai duduk di dalam peti ais.

Dua jam tadi, dia bersama dengan lelaki yang sangat asing bagi dirinya dalam keadaan kesakitan yang amat sangat. Kini, dia berbaring di atas katil ditemani bau ubatan dan rasa sakit yang masih bersisa walau tidak sekuat tadi.

'Wujud lagi dalam dunia ni manusia baik macam ni.' Mira senyum sendirian.

"Along! Okay tak tu?" Malikha masuk dan terus menerpa Mira.
"Camnilah." Keluh Mira.
"Kenapa tak jujur je Along sakit? Siap tipu cakap nak pergi kedai Ah Seng lagi." Malikha kuatkan suara. Geram dengan Mira.
"Apa korang boleh buat kalau bagitahu korang?"
"Atleast kitorang boleh mintak tolong sesiapa." Malikha duduk atas sofa sambil memerhati sekeliling.
"Dah ada orang tolong ni syukur sangat dah. Tak expect akan dapat layanan macam ni." Suara Mira bergetar menahan sebak.
"Abang tu cakap ada pape nanti call dia."
"Dah cakap terima kasih kat dia ke?" Tanya Mira.
"Dah. Dia siap hulur seratus untuk duit makan." Malikha sengih. Mira pula rasa segan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Peganglah CintakuWhere stories live. Discover now