BAB 22

175 16 0
                                    

Huru hara pula hidupnya hari ini sebaik saja dia muncul dalam keadaan bersih. Wajah yang sudah tiada rambut-rambut halus itu menjadi santapan mata Sahak dan Tok We dengan begitu dalam. Itu belum lagi dia naik ke atas jemuran hendak bersalaman dengan Tok We. Kalau dia naik agaknya Sahak tak akan lepaskan muka dia.

Dia pusingkan tubuh ketika sudah berada di anak tangga.

"Eh, kau nak ke mana?"

"Aku salah rumah."

Sahak garu kepala.

"Salah rumah apa pula."

"Dah kau tengok aku macam tengok putera raja."

Akhirnya Sahak ketawa kuat. Dia pijak anak tangga dan mendapatkan Zahin di bawah. Tepuk kedua-dua belah bahu lelaki itu dan paut pinggang dengan kemas lalu bawa lelaki itu berhadapan dengan To We.

"Wahai putera yang indah bak bulan purnama, barangkali orang tuamu akan mati terkejut kerana tidak mengenali dirimu. Jika begitu salam dan kucuplah tangan orang yang telah membela dirimu semenjak kecil." Sahak bertitah bagaikan raja. Pantas saja Zahin bagi penumbuk dekat perut lelaki itu. Sahak tertunduk sakit. Dia mencengkam perutnya menahan gelora yang diberi lelaki itu.

"Kau tak payah nak berdrama sangatlah."

Zahin duduk bersimpuh di hadapan Tok We. Sahak juga ambil tempat hempaskan punggung di sebelah Zahin.

Tok We tersenyum panjang.

"Seminggu kau dekat Terengganu. Nampaknya macam ada anak penyu yang dah buat kau berubah begini."

"Anak penyu apa pula Tok We. Tu ha... budak pakai uniform putih tu yang dah ubah dia jadi macam ni. Tapi masalahnya budak tu tak nak pun dekat dia. Tuan dia je perasan lebih."

Kali ini Zahin cengkam rambut Sahak dan tarik kuat.

"Eh, kau ni macam budak lah," rungut Sahak dengan kepala sudah terteleng ke kiri.

"Siapa budak?" soal Zahin sebaik saja rambut lelaki itu dilepaskan.

"Kaulah. Aku nak bergurau pun tak boleh. Jadi sensitif pula sejak dah jadi handsome macam ni."

Zahin senyum nipis.

"Tak ada siapa pun Tok We yang buat Ing jadi macam ni. Sudah tiba masanya Ing bersihkan diri. Lagipun Ing nak balik kampung."

Mata Tok We pandang lama wajah lelaki itu. Sahak juga ikut sama memandang.

"Kau nak balik?"

Zahin angguk.

"Aku masih ada saudara yang perlu aku jumpa. Lagipun masih ada kerja yang perlu aku selesaikan sebelum aku mati."

"Wehhh... kau cakap pasal mati. Kau jangan."

Zahin pandang jauh ke depan. Kemudian kembali semula menatap wajah tua di depannya.

"Kalau Tok We tak keberatan Ing akan balik ke sana hujung minggu nanti. Mungkin akan ambil masa yang lama jugak. Jadi Ing serahkan tanggungjawab Ing pada Sahak."

Berderau darah Sahak dengan cerita lelaki itu. Kalau dah itu kata Zahin dia memang tak boleh nak ubah. Hatinya mula bimbang.

"Tunggu dulu, Ing. Aku rasa baik kau jangan balik kampung lagi."

Mata Zahin tepat memandang Sahak. Apa maksud lelaki itu.

"Biar aku setelkan dulu kerja aku kat zoo. Lepas tu aku serah pada pembantu aku. Kita balik sama-sama. Aku temankan kau."

"Tok We?"

Orang tua itu senyum.

"Jangan risaukan Tok We." Orang tua itu memujuk.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now