2

55.3K 2.3K 59
                                    

there's a weird pleasure of loving someone who doesn't love you..

______________


"SAYANG, are you alright? Lelaki tu ada buat apa-apa tak dekat you? " risau Syarif bertanya kepadaku.

Aku senyum nipis saja sambil menggeleng.

Walaupun dalam hati ni, hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau boleh, sekarang juga aku mahu pulang. Tak betah berlama setelah peretemuan aku dengan lelaki bernama Fayyad tadi. Tapi kerana Syarif, aku ikutkan saja.

"Kenapa you diam je ni? Sayang, say something. You buat I makin risau. " prihatin dia berkata.

Jika boleh aku menangis sekarang, memang aku dah menangis. Tapi kami cuma tunang.

"I.. I okay. You ada nak pergi mana lagi ke? " aku cuba kuatkan diri.

"No. I hantar you balik, okay? "

"Tak apa ke? Kita dah lah susah nak jumpa. " soalku serba salah. Kesian dia. Sudahlah pada mulanya, dia yang beria mahu kami berjumpa.

"It's okay. Your safety are more important. Malam nanti kita call, okay? " katanya lembut.

Aku hanya mengangguk perlahan. Langkahnya aku buntuti dari belakang. Nampak saja dia berpaling, aku mengangkat kedua belah kening.

"Kenapa jalan belakang I? Come, jalan sebelah I. " Syarif menggamitku untuk berjalan di sebelahnya. Risau betul. Tapi tidak mengapa. Aku lagilah suka. Kemudian aku hanya patuhi.

"If something bad happen to you, you bagitahu je I. " katanya sambil mereka menuju ke kereta miliknya.

"Okay. " jawabku sepatah.

Baru saja aku ingin membuka daun pintu, aku terdengar suara dari belakang yang menegurku.

"Miss Blue Dress! " jerit suara garau dari belakang.

Macam mana aku tahu dia panggil aku? Kerana aku seorang saja yang memakai blaus berwarna biru ketika itu yang berada di situ. Jadi sudah tentulah aku orangnya.

Aku menoleh.

Kelihatan nafasnya tercungap-cungap mencari oksigen. Tapi kan dia ni..

Bernafas pun handsome lah mamat ni. Nampak hot dan mengancam! Dengan dada bidangnya yang naik turun tu.

Aku angau sekejap.

"Ada apa ya, encik Fayyad? " soalku setelah lihat nafasnya sudah kembali teratur.

"Your bag. " beg tangan aku dihulurnya.

Baru aku perasan sejak tadi beg aku tiada di tangan. Tertinggal rupanya. Mujurlah Fayyad ni berikan.

Aku menyambut hulurannya. "Thank you. " balasku mendatar.

Kepalanya jatuh sekali sambil senyum kepadaku. "Can I know your name? Tadi tak sempat nak tahu. " katanya.

Aku ternganga kecil seketika. Nak beritahu ke tak? Nak beritahu ke tak? Kalau dia pun turut sama tercengang nanti bagaimana?

Sudah pasti karakter ku akan berubah sebaik aku beritahu namaku kepadanya.

"Tak boleh. Tunang saya dah tunggu. Saya pergi dulu. " pintaku lalu masuk ke dalam perut kereta Syarif.

Dia agak tercengang.

Tak menyangka aku akan menjawab sebegitu mungkin. Biarlah. Aku tidak mahu jumpa dia lagi. Lantaklah sekacak mana pun dia. Kalau dah tak suka, muka helok macam mana pun, aku dah malas ambil kisah.

Semoga ini pertemuan pertama dan terakhir antara kami selepas 13 tahun dijauhkan.

Kereta milik Syarif meluncur keluar dari kawasan itu. Kami hanya diam sepanjang perjalan hingga Syarif mula bersuara.

"Siapa lelaki tadi tu? You kenal ke
dia?" soalnya. Tebakanku, dia cemburu atau pelik.

Kepalaku menggeleng menidakkan dalam kebohongan yang disembunyikan darinya.

"Tak. Mamat mana entah, I tak tahu sayang. " jawabku.

"Ouh. Okay. Bukan ex you? "

"Hah? I mana pernah ada ex lah, yang. You lelaki pertama I suka tau. "

"Yeke? Habistu kenapa dia asyik kejar you je? "

"Asyik? Tu baru first time. Tadi dia bagi beg I. I tertinggal. "

Syarif diam. Sesaat, dia mengangguk.

"Okay. " balasnya pendek.

"Why? Are you jealous, hm? " tanyaku.

"Of course. I tunang you kut. Bakal suami you. So layak lah I untuk jealous, right? " dia pandang aku sekilas. Jawapannya menyatakan bahawa dia malas mahu berdalih.

Yalah. Dalam sesuatu hubungan, mestilah kena ada kejujuran. Nak luah, luah saja. Takut jika dipendam, nanti akan meletup. Aku tahu aku menipunya bahawa aku tidak kenal Fayyad.

Sebenarnya aku memang kenal Fayyad. Tapi itu hanya kisah lama. Kami pun memang tidak pernah ada hubungan yang istimewa. Jadi aku rasa, biarlah Syarif tidak tahu yang aku memang kenal tentang lelaki yang dia bertanya sekarang.

"Betul. Baguslah kalau you jealous. That means you still love me. " balasku.

"Cinta I pada you takkan berkurang walau sikit pun, sayang. Melainkan Allah yang mengubah perasaan kita pada satu sama lain. Tapi I harap sangat itu takkan berlaku antara
kita."

Agak tersentuh dan memang benar apa yang dikatakan oleh Syarif itu. Hati manusia, Allah yang pegang. Jadi bila-bila masa saja ialah boleh berubah mengikut kehendak-Nya.

"In Shaa Allah. Kita doa sama-sama semoga cinta kita pada satu sama lain, takkan berubah hingga akhir hayat kita berdua. " kataku.

"In Shaa Allah. " balasnya.




_______________




USAI SYARIF menghantar aku kembali ke pejabatku, aku dikejutkan dengan satu lagi kes yang perlu diselesaikan.

Fail kertas berwarna coklat yang mengenai kes pembunuhan diberikan kepadaku di atas meja oleh rakan sekerjaku, Farah.

"Nah, kes baru untuk kau. " katanya. Berdiri di bucu mejaku.

"Asal asyik aku je? Orang lain lah pulak. Aku banyak lagi yang nak kena settle kan. " balasku tidak puas hati. Kerja bertimbun pun tak habis lagi, dah tambah yang baru pula.

Farah gerakkan bebola matanya ke atas dengan senyuman kelat.

"Yelah. Kau kan lawyer yang berjaya. Almost all cases you can handle, Fahira. So this cases is for you. Good luck, dear! " katanya lalu berlalu dari situ.

Aku mengeluh lalu memusingkan kerusi membelakangi meja. Bersandar belakang tubuh pada kerusi. Memejamkan mata untuk direhatkan sebentar. Masih berbaki 2 ke 3 jam lagi untuk tiba waktu pulang.

Beginilah rutin hidupku. Kadang aku rasa ianya agak membosankan. Tapi aku harus sedar bahawa ini semualah yang aku telah lama dan selalu impikan sejak aku remaja dahulu.

Aku juga yang mahukan hidup dan kerjaya seperti aku hadapi sekarang. Aku juga yang mahu bercinta dengan lelaki yang aku idamkan. Pujaan hatiku. Syukur semuanya telah menjadi kenyataan yang aku tidak sangka akan terjadi.

Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBITWhere stories live. Discover now