5

43.6K 2K 62
                                    

there's a weird pleasure of loving someone who doesn't love you..

___________________

"KAU DAH tau yang dia sekarang dah ada anak seorang?"

"Oh. Hari tu aku ada terserempak dengan dia dekat sebuah kedai runcit dengan budak kecil. Perempuan. Anak dia perempuan ke? " tanyaku balik.

Maknanya tebakan aku itu betul? Dia sudah ada anak? Anak angkat ke? Tapi mengapa dan untuk apa?

"Haah. Baru 5 tahun. "

"Dia kahwin dengan siapa? "

Airil jongket bahu. "Entah. Itu aku tak tahu. "

"Dia kerja apa sekarang? "

"Itu pun aku tak tahu. Aku tahu dia dah ada anak pun, kawan sekerja dia, kawan aku. Harif yang bagitahu sebab kita batchmate Fayyad dulu. " jelas Airil.

Aku hanya diam. Nak tanya dia ke tak? Tapi aku tak tahu dia kerja di hospital mana. Lagipun dekat hospital itu kan, bukan setakat doktor saja. Banyak lagi jawatan lain di sana. Itu sebab lah aku tanya.

"Kalau kau nak tau, kau pergilah jumpa Fayyad dekat hospital tempat dia kerja. " cadangnya seperti tahu apa yang aku fikirkan.

"Fayyad klien aku. " jawab aku.

Benar. Tentang sebab Fayyad datang ke pejabatku beberapa hari lepas itu, adalah kerana dia ingin meminta tolongku untuk menyelesaikan kes kesalahan yang dia dituduh membunuh pesakit.

Terangkat kening Airil. Terkejut. Juga seakan tidak menyangka.

"Klien kau? " soalnya lagi walau sudah tau jawapannya.

"Ya. "

Lihat dia hanya mengangguk.

"Aku tak sangka baru 26 dah ada anak seorang. Entah bila dia kahwin. " gumamnya perlahan tapi masih dapat didengari oleh aku.

"Dah jodoh dia sampai awal. " tokok aku pula.

"Yelah tu kut. " dia masih lagi termenung. Amboi. Dah kenapa tak percaya sangat? Ingat dia tu muda lagi ke? Nak masuk 30 dah pun.

"Anyway, masa kau jumpa dia tu. Dia masih ingat kau ke? " tanyanya.

"Tak. Aku dah bagitahu nama aku pun, dia still tak ingat. "

"Dia layan kau macam mana? Kasar macam dulu ke? "

Airil tahu bahawa Fayyad selalu bersikap dingin dan kasar denganku. Biasanya berbual pun enggan. Sampai je dekat kawan-kawan aku, elok je dilayannya.

Select betul mamat tu.

"Lembut je. Like friendly. Sopan. Macam cakap dengan stranger. " jawabku.

"I'm so sure once he know who you are, mesti dia akan layan kau macam dulu. "

"Okay. Aku pun rasa benda yang sama juga. He hates me so much. "

"And you too, right? " tambah Airil lagi.

Kemudian dia ketawa apabila melihat aku menangguk dengan senyuman herot di bibir.

Tahu pun.

Kerek. Sombong. Berlagak. Dia lah tu. Dia.

"Dahlah. Lupakan jelah. Aku dah ada tunang aku. " kataku.

Tak mahu ingat jantan dari masa lalu yang menyakitkan hati tu.

"Kau tak risau kalau dia tahu siapa kau? "

Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBITWhere stories live. Discover now