7

43.3K 1.8K 78
                                    

there's a weird pleasure of loving someone who doesn't love you..

___________________

"WAIT. WAIT. Kenapa dia nak jumpa saya pula? And.. And why do I need to act like I'm her mother? Dia anak kandung ke anak angkat awak? " bertalu -talu soalan yang aku ajukan buatnya. Dah itu yang berlegar dalam fikiran aku.

"I'm sorry. Saya tak boleh beritahu awak sekarang. " jelasnya.

Menanti dia untuk menyambung kata. Walaupun sudah semestinya aku agak kecewa sebab dia tak nak beritahu.

Andai kata kalau dia dah jadi ayah kandung orang, maknanya dia memang betul-betul dah kahwin!

Oh my Allah.

Mudanya kalau umur 27 dah ada anak. Tapi bila fikirkan balik, normal je sebenarnya. Tengok zaman lah.

"So, please Fahira. I'm begging you, dear. " dia merayu.

Bersungguh betul. Sanggup jumpa aku untuk tunaikan permintaan anaknya.

Seronoknya kalau bakal suami aku nanti macam ni. Bukan aku je bertuah. Bakal anak-anak aku nanti pun turut sama.

Semuanya yang si isteri dan anak mahukan, dituruti walau apa jua halangan yang mendatang.

"Tsk. Chill lah. No need to begging me too much. Okay. Saya akan tolong awak tapi.. You know. Ini bukan sebab ikhlas ke tak, tapi memang prinsip hidup saya. " aku berkias.

Prinsip ke? Aku pun tak tahu. Cumanya, ianya memang perkara yang aku selalu lakukan kalau orang minta tolong aku.

Berkira ke orang kata, aku tak kisah. Lantak kau lah.

My life. My rules.

"Alright. What is it? " tanya Fayyad walau pada mulanya aku lihat dia agak ragu - ragu.

"Bought me.. "

Belum sempat aku habiskan ayat aku lagi, dia dah laju memintas.

"Urgh. Please, Fahira. Buat something tu tolong ikhlas, boleh tak? " ujarnya dengan wajah berkerut tak puas hati.

Baru je nak cakap, dia dah mengeluh. Memang tak nak tolonglah kalau macam ni.

"Okay. Tak nak tolong. "

Terus dia tegakkan badan. "Hey, don't. Okay. What do you want ? "

Aku senyum puas hati. "I want a pair of an earing. Simple. "

Benar. Sepasang subang. Itu saja. Tak banyak pun. Dan tak susah pun. Mahal pun tidak aku nak. Asalkan cantik.

Macam pelik saja tiba-tiba mahu subang, bukan?

Tapi aku sudah lama inginkannya. Jadi ada kesempatan ini, haruslah digunakan.

Aku tahu ianya kedengaran sangat sederhana tapi itulah yang aku mahukan sebabnya pelan aku, kalau dia beri sepasang dan ianya tak cantik, aku akan tolak dan menyuruhnya untuk membeli yang lain hingga kena dengan cita rasa aku.

Bijak tak? Mestilah bijak. Lawyer kut.

Ceh! Walaupun macam tak ada kena mengena aje dengarnya.

Kita tengok nanti berapa pasang subang yang dia bakal belikan untuk aku. Tak mungkinlah sepasang saja kut. Mana cukup!

Terangkat sebelah alis miliknya. "Just a pair of an earing? Okay. Easy. " bibirnya turut melakar senyum lebar.

Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBITWhere stories live. Discover now