4: MALU

13.3K 108 4
                                    

Hampir dua minggu kami tidak bertegur sapa. Kali ini bukan dia. Tapi aku yang menjauhkan diri. Semuanya gara-gara kejadian tempoh hari. Walaupun Kak Yana tidak berkata apa-apa, tapi aku berasa malu kerana terpancut sewaktu enak berkucupan. Jika waktu dapat diputarkan kembali, aku pasti tidak akan beria-ia tenyehkan zakar pada pahanya. Pasti sekarang dia mengganggap aku seorang yang cuma pentingkan kepuasan sendiri.

Sepanjang tempoh itu, Kak Yana juga tidak cuba mendekatiku. Dia seolah-olah faham bahawa aku cuba menjauhkan diri. Sesekali bertembung, kami cuma akan mengangguk dan bertukar senyuman tawar. Ketika perhimpunan atau mesyuarat, dia akan cepat-cepat mengalihkan pandangan apabila mata kami bertentang. Semakin hari, kami menjadi semakin jauh dan asing. Seolah-olah momen aku rebah di dalam dakapannya tidak pernah berlaku.

Sehinggalah pada suatu pagi Sabtu. Cuti penggal selama dua minggu baru bermula. Aku sedang melingkar di atas katil di rumah sewaku — leka meladeni media sosial di telefon. Aku bercadang untuk pulang ke kampung hari itu. Kami adik-beradik sudah merancang untuk mengadakan hari keluarga pada keesokan harinya. Disebabkan kampungku tidak terlalu jauh — sekitar 40 minit perjalanan — aku putuskan untuk bertolak lewat sedikit. 

Sedang leka  melayari media sosial, satu pesanan WhatsApp meluncur masuk. Perasaanku bertukar ceria apabila melihat nama Kak Yana. Bibirku meleret lebar apabila membaca pesanan itu.


KAK YANA

Assalamualaikum. Sanah Helwah buat adik tersayang. Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat-cepat bertemu jodoh. Muuuah! 😘


Aku tidak sangka dia peka dengan tarikh lahirku. Ucapan hari lahir itu, aku fikir agak romantik. Mencetuskan euforia di dalam hati. Namun begitu, aku perlu berlagak tenang. Tidak boleh nampak seperti sedang teruja. 


AKU

Thanks Kak Yana

Takde hadiah ke?

KAK YANA

Awak nak hadiah apa?

AKU

Nak akak boleh?

 😁

KAK YANA

🤣

Mengadalah awak ni

Akak tak tahu nak bagi hadiah apa

Belanja makan boleh?

AKU

Hehehe

Boleh je kak

Saya tak kisah

KAK YANA 

Awak nak makan apa?

AKU

Tak kisah

Apa-apapun boleh

KAK YANA

Okay

Bak sini alamat

Yana, Kaunselor GelapkuWhere stories live. Discover now