Fathi Gabrielle: A Broken Soul

18.7K 1.4K 106
                                    

Fathi Gabrielle: A Broken Soul
membuka tirai.

☆゚.*・。゚
A beautiful love story by nssignature

☆゚.*・。゚
Lagu tema:

Secret Love Song
by
Little Mix ft Jason Derulo

☆゚.*・。゚
"Mungkin bahagia itu wujud di kehidupan seterusnya."

☆゚.*・。゚
Sinopsis:

Benarlah kata orang. Jika kita bersedia untuk mencintai, kita juga harus bersedia untuk dilukai. Itulah perkara yang dirasai oleh Fathi Gabrielle pada ketika ini. Dia harus melepaskan Aisya pergi ke tangan lelaki lain walaupun bukan dengan kerelaan hatinya. Dia terpaksa dan dipaksa. Semesta terlalu kejam buat mereka berdua.

Clarissa Arabella. Nama yang indah, seindah tuannya. Jatuh cinta pada seorang jejaka melayu tulen adalah di luar keinginannya. Tidak pernah dia membayangkan bahawa dia akan jatuh cinta pada seorang lelaki yang bergelar kekasih orang. Namun, apabila hati sudah menginginkan; manakan dapat dia mencegah.

Sehinggakan satu hari, dia meminta kepada bapanya agar Fathi jatuh ke tangannya. Fathi jatuh ke tangannya jua pada akhirnya. Namun, adakah cinta Fathi buatnya? Atau hanya dia yang memuja begitu dalam?

"I hate you Clarissa. I really hate you. Jika kau fikir dengan mengahwini aku akan membuatkan kau menang, kau memang silap besar. Kau musnahkan seluruh bahagia aku. Kau hilangkan Aisya dari hidup aku. Kau memang kejam!"
- Fathi Gabrielle

Menghadapi kebencian seorang lelaki yang bergelar suami membuatkan Clarissa rapuh. Namun, dia takkan mengalah. Sejauh ini dia melangkah, mengapa perlu dia tersungkur di pertengahan jalan.

Tapi dia juga manusia. Terlalu banyak perkara yang mengasak dirinya. Dan pada akhirnya, dia sedar bahawa cinta Fathi tak pernah wujud buatnya walaupun untuk sedetik cuma. Lantas, dia membuat satu keputusan yang amat berat. Bahagia Fathi adalah yang terutama. Tambahan lagi, satu persatu insiden yang berlaku membuatkan dia sedar bahawa dunianya tak akan mampu bersatu dengan dunia Fathi lagi.

"Bella minta maaf jika sepanjang perkahwinan kita ini, Bella tak mampu jadi isteri yang baik untuk abang. Bella benar benar minta ampun. Ampunkan salah dan silap Bella kepada abang selama ini."
- Clarissa Arabella

☆゚.*・。゚
©NSSIGNATURE, 2023
ALL RIGHT RESERVED.

This is a work of fiction. Names, characters, places, and incidents either are the product my imagination or are used fictitiously. Any resemblance to actual persons, living or dead, events, or locales is entirely coincidental.

☆゚.*・。゚
Official date:
Start: 27/12/2023
End:

Fathi Gabrielle: A Broken SoulWhere stories live. Discover now