Fathi Gabrielle: 2

5.6K 696 36
                                    

FATHI membelokkan keretanya ke arah sebuah kedai kek. Niatnya ingin membeli sebiji kek buat Aisya sempena kejayaan sang kekasih dalam mendapat dekan.

Dompet dicapai dan pintu kereta dibuka. Dia berjalan ke arah Kedai Kek Souka. Setelah dia membuat sedikit research, dia tahu bahawa kedai kek ini agak terkenal dengan Kek Carrrot Walnut. Kek ini merupakan salah satu jenis kek yang disukai oleh Aisya.

'Pak.'

Barangan berselerak di lantai. Tak perasan pula dia bahawa ada orang di hadapan. Sampai terlanggar dia dibuatnya. Itulah. Siapa suruh khusyuk sangat memerhati ke arah kedai kek tersebut. Teruja sangat gamaknya ingin membeli sebiji kek kepada Aisya sehinggakan terleka sebegini.

"Sorry." Fathi mengungkapkan maaf sebelum dia bertinggung. Barangan yang sudah terhampar di hadapan mata dikutip satu persatu. Banyaknya barangan yang berwarna merah jambu. Sah sah individu yang dia langgar tadi ialah perempuan. Dia pun tak perasan lelaki ke perempuan yang dia langgar.

Dia bangun dari tinggungan lalu dia hulurkan barangan gadis tadi. Satu senyuman dihulurkan sebagai tanda permohonan maaf.

"Maaf, saya tak perasan," ungkap Fathi sekali lagi. Mata gadis itu bundar memandang ke arahnya. Alamak, gadis itu tak puas hati dengan dia ke?

"Sorry ya cik," ulang Fathi apabila si gadis masih diam memandang ke arahnya.

"It's okay. I pun tak perasan juga tadi. Busy borak dekat phone." Suara si gadis genit itu mulai kedengaran.

Fathi menganggukkan kepalanya. Setelah itu, dia meminta izin untuk berlalu dari situ. Lambat lambat nanti, takut habis pula kek yang diingini.

"Saya minta diri dulu ya. Maaf sekali lagi." Senyuman kembali bergayut di wajah Fathi buat kali kedua. Langkah kembali dibuka setelah dia meminta izin.

Si gadis hanya mampu melihat Fathi berlalu. Tangan si gadis naik memegang dada yang masih lagi berdegup dalam irama yang laju.

Belakang Fathi yang berbalut dengan kemeja masih lagi dipandang sehinggalah Fathi hilang di sebalik pintu kedai.

Sah! Dia sudah mulai jatuh hati dengan lelaki asing yang baru dia temui beberapa minit lalu.

Dia sempat menangkap tag nama yang tergantung pada tali leher lelaki tadi. Agaknya, lelaki itu seorang guru.

"Fathi," desisnya perlahan sebelum dia turut membuka langkah meninggalkan kawasan itu.

FATHI tersenyum lebar setelah dia melihat kelibat Aisya yang baru turun kondo. Sempat dia mengalihkan kepalanya ke bahagian penumpang belakang. Dipastikan dahulu kek serta hadiahnya tak kelihatan, barulah dia keluar dari kereta.

"Sayang," sapa Fathi dari jauh. Aisya berlari lari anak ke arah Fathi. Rindunya dengan kekasih hati! Dah hampir sebulan mereka tidak bertemu empat mata sebegini.

"Sayang!" Sapa Aisya pula. Fathi berjalan ke arah bahagian penumpang lalu dibukakan pintu buat sang kekasih hati.

"Silakan puteriku." Fathi meletakkan sebelah tangan di belakang. Gayanya bagaikan sedang mempelawa seorang puteri memasuki kereta.

"Terima kasih puteraku."

Fathi mengenyitkan matanya ke arah Aisya sebelum dia kembali merapatkan daun pintu. Setelah itu, dia kembali ke arah bahagian penumpang.

"Kita nak pergi mana ni sayang?" Aisya bertanya sambil menarik tali pinggang keledar.

"Rahsia. Nanti you tahu juga." Fathi melirikkan matanya ke arah Aisya dalam senyuman yang masih mekar pada bibir. Rindunya kepada Aisya mulai runtuh satu persatu. Gembiranya hati apabila melihat sang kekasih di hadapan mata.

Fathi Gabrielle: A Broken SoulWhere stories live. Discover now