Fathi Gabrielle: 3

4.7K 613 41
                                    

"TAHNIAH sayang sebab dah dapat dekan. I'm really proud of you."

Mata Aisya terkebil-kebil memandang ke arah Fathi yang sedang meletakkan sebiji kek di atas meja. Kek Lobak Merah kesukaannya.

"Apa ni, sayang?" Perlahan Aisya bertanya. Dia tidak menjangkakan semua ini. Kek? Untuk apa?

"A small celebration sempena you dapat dekan dalam semester lepas. Lagipun kita dah lama tak keluar macam ni kan? I rindu waktu kita selalu spent time sama-sama before this," balas Fathi. Kepalanya terangkat ke arah Aisya buat seketika ssbelum dia kembali memfokuskan matanya ke arah kek lobak merah. Bahagian tepi kotak dibuka dengan berhati hati untuk mengelakkan daripada terkoyak.

Hati Aisya terasa hangat dengan layanan Fathi. Demi Tuhan, lekaki ini memegang sebentuk hatinya. Tak akan pernah terganti dengan yang lain lagi.

"Tapi tak perlulah celebrate macam ni. Membazir duit Fathi je," rungut Aisya. Fathi terlalu memanjakan dirinya. Bagaimana jika satu saat nanti, Fathi memilih untuk berlalu pergi daripadanya?

"Sayang, berapa kali perlu I tekankan? Kalau perkara yang berkaitan dengan you, tak pernah sekalipun ada istilah membazir. Okey?"

Tidak dapat tidak, terpaksa jualah Aisya menganggukkan kepalanya. Apa yang perlu diperkatakan lagi? Bukannya Fathi akan mendengar kata-katanya.

"Sedapnya Kek Lobak Merah. Suka!" Mata Aisya bersinar-sinar sewaktu memandang ke arah Kek Lobak Merah yang sedang dipotong oleh Fathi.

Fathi tersenyum sebelum dia meletakkan potongan kek ke atas piring kecil lalu disuakan kepada Aisya.

"Confirm sedap. I dah check review dekat Google before bought it. Rata rata cakap sedap."

Aisya menarik huluran pinggan. Dia memotong sedikit menggunakan garpu. Potongan kecil kek itu dimasukkan ke dalam mulut. Hmm, sedap! Tak manis sangat.

"Sedap!"

"See!" Fathi teruja apabila tidak sia-sia dia mencari sedikit maklumat mengenai Kek Lobak Merah yang terkenal di kawasan Kuala Lumpur ini.

"Fathi makanlah juga. Rugi tak cuba. Sedap ni," tutur Aisya. Tangannya sudah bergerak mencapai pisau pemotong kek sebelum dia mengambil alih memotong satu potongan kek kepada Fathi. Potongan kek tersebut diletakkan di atas pinggan lalu dihulurkan kepada Fathi.

"Terima kasih sayang."

"Sama-sama." Aisya tersenyum manja sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi itu.

Fathi tersenyum melihat gelagat sang kekasih. Setelah kek dihabiskan, dia menarik sebuah beg kertas yang dia bawa bersama-sama dengan kek tadi. Aisya tidak perasan akan hal itu kerana Aisya tidak bertanya apa-apa kepadanya.

"Nah untuk you. Tahniah, sayang. Ini hadiah kecil daripada I sempena you dapat dekan."

Mata Aisya membulat memandang ke arah Fathi. Hah, hadiah lagi? Ya Allah, membazir jelah Fathi ni.

"Ya Allah, Fathi! Kenapa membazir sangat ni? Tak payahlah belikan itu ini kepada Isya. Lain kali, Fathi saving je duit tu. Cakap tengah buat saving untuk kahwin kan?" Aisya membebel. Fathi ini selalu begini! Kalau boleh tiap tiap bulan nak belikan hadiah buatnya. Sudah disuruh menyimpan, jawapan Fathi senang je.

'I memang dah menyimpanlah sayang. Ini duit yang I dah asingkan siap-siap.'

"Dah. Ada rezeki lebih kan? Apa salahnya." Senang betul jawapan Fathi. Sempat dia ketawa kecil apabila melihat tatapan tajam Aisya.

Fathi Gabrielle: A Broken SoulWo Geschichten leben. Entdecke jetzt