3

2 0 0
                                    

Kedatangan Cik Imah, Encik Faiz, Pak Hasan dan juga Miss Seo ke rumah Mak Jah menjadi perbualan hangat orang kampung. Mereka ingat, tidak akan ada sesiapa akan datang ke rumah itu. Orang-orang kampung terkejut melihat kereta mewah yang berada dia hadapan rumah Mak Jah. Mereka berpakat untuk datang melihat dengan dekat.

"uish, kereta apa tu?"

"BMW, kan? cantiknya kereta"

"ada orang nak meminang sarah lagi ke? orang tu tahu ke sarah buat pekerjaan tak senonoh?"

"haah kan? kena bagitahu ni"

Miss Seo yang berdiri di tingkap melihat sahaja kelakuan orang kampung. Encik Faiz datang dan berdiri di sebelahnya. Dia menghulurkan tablet kepada Miss Seo.

"I've already heard anything"

"really? the man.... why would he stoop so low? how ridiculous"

"if he can't get what he wants, he'll become a dog if he wants too"

"haha, I'll agree with you, faiz. also, this girl, she doesn't seem like she's doing that thing. how strange"

"just look at those people, seo... they are just excited to come here and make a fuss again. this girl, sarah, she did nothing. i have been keeping an eye on her for a long time just like you told me to."

Miss Seo merupakan orang kanan ayah Anaqi, yang akan mengumpulkan maklumat seseorang dan menyampaikan perkara ini kepada bos nya. Jika ada apa-apa yang orang lain tidak tahu, dia akan tahu dahulu. Kehebatan Miss Seo dalam mencari informasi seseorang tiada tandingannya. Oleh itu, dia orang kanan ayah Anaqi dan jika Anaqi sudah sampai masanya untuk memiliki jawatan yang tinggi, Miss Seo akan bekerja dengan Anaqi. Mak Jah dan Cik Imah berborak tentang masa lalu mereka yang menjaga Anaqi waktu kecil. Sebelum Mak Jah kemalangan, Mak Jah lah tukang masak Anaqi. Anaqi sudah menganggap Mak Jah sebagai ibunya kerana mama Anaqi sendiri tinggal jauh darinya.

Pak Hasan menuangkan air ke dalam cawan. Dia menyuruh Sarah yang dari tadi termenung minum. Sarah melihat Pak Hasan. Dia tertanya, mengapa Pak Hasan dan Cik Imah datang ke rumah. Adakah mahu dirinya kahwin dengan seseorang?

"pak hasan datang ni nak ambil sarah. sarah nak bekerja dengan cik imah dekat rumah tuan muda?"

"si- siapa? tuan muda? siapa?"

Mak Jah pun memberitahu Sarah tentang kerja yang Mak Jah pernah lalui. Sarah terdiam. Dia tekad untuk tidak keluar dari rumahnya. Fatin datang dan memujuk Sarah. Baginya, adiknya harus keluar dari kampung ini. Setelah apa yang dikatakan dan dibualkan oleh orang kampung secara senyap, dia mahu adiknya mencari ketenangan di tempat lain. Sarah memandang kakaknya. Dia memeluk Fatin.

"sarah, kau kerja je eh dengan cik imah.... apa-apa kau boleh telefon kak long... takpe, kak long ada dengan ibu, ibu tak ke mana, dia okay je"

"kak long..."

"sarah, kau dengar cakap ibu ye, sayang... ibu nak kau keluar dari kampung ni, kerja dengan cik imah ye? ibu ni kak long kau ada, dia boleh tengokkan"

Sarah kembali mendiamkan diri. Dia melihat Cik Imah, berpakaian serba putih, kemas dan cantik. Dia bertanya soalan kepada Cik Imah.

"kalau saya kerja, berapa gaji saya?"

"hahaha, sarah, don't worry, tuan muda bagi gaji tip top! walaupun perangai dia trash, gaji you banyak! anggap je yang dia tolong you"

Miss Seo mencelah perbualan mereka. Sarah terfikir, jika gaji nya banyak, dia akan bekerja untuk ibunya yang selama ini terseksa, hidup tanpa suami. Setelah semua orang meyakinkan Sarah untuk bekerja, dia pun setuju. Sarah pergi ke bilik dan mula mengemas barangnya.

Anything For YouWhere stories live. Discover now