"tuan muda, saya tak rasa kita patut kahwin... mak awak tak pernah suka saya...." "takpe, selagi saya ada, takde siapa boleh hina awak, kutuk awak. biarkan diaorang nak cakap apa dekat awak, saya kan ada sarah? saya sayang awak" Anaqi tarik tangan Sarah lalu memeluknya dengan erat. Dengan status dirinya, yang dipandang tinggi oleh semua orang membuatkan orang meletakkan 'high expectation' terhadap seorang isteri yang akan mendampingi Anaqi; seorang yang cantik, latar belakang keluarga yang kaya raya dan juga mempunyai syarikat sendiri. Namun, bukan itu menjadi pilihan hati Anaqi Danial, yang sudah lama tertarik dengan pembantu rumahnya. Sarah Aminah, pembantu rumah yang akhirnya menjadi jodoh seorang lelaki yang kaya raya dan dirinya sendiri tidak memercayai perkara tersebut. Berkahwin dengan orang yang kaya, boleh disimpulkan, memiliki segala-galanya yang Sarah tiada adalah seperti kisah Cinderella yang dahulunya hanyalah orang gaji tetapi di akhir cerita, berkahwin dengan seorang putera raja. "bagi saya, kita berasal dari dua dunia yang berbeza... saya tak layak duduk dengan awak berdua-duaan dalam rumah ni, sebab.... saya ni maid awak je...."