1

29 8 3
                                    

3rd Person's

Di sinilah Raeni dan Yedam,sebelum masuk ke kelas mesti lepak.

"Rae,aku ada buat lagu ni tau. Cuba kau dengar" Yedam memberi telefon bimbit yang terdapat rakaman suaranya. Telefon bimbit itu bertukar tangan. Raeni menekan butang 'Play'

Perlahan lahan Raeni menutup matanya untuk lebih menghayati. Yedam melihat riak wajah Raeni. Menunggu feedback.

Sesudah saja muzik berhenti,Raeni membuka matanya "Tu je?"

Yedam mengangguk lalu mengambil semula telefon bimbitnya "Belum siap lagi. Nak lebih lebih bayar ah"

"Takde lah,tak puas dengar"

"Tu feedback negative ke positive?"

"Positive lah. Aku tak puas,aku nak dengar lagi sebab lagu tu sedap"

"Ouhhh" Yedam mengangguk.

"Kau taknak submit kau punya lagu kat mana mana company ke?"

Yedam menggeleng "Aku tak terfikir lagi nak buat macam tu. Oh btw kau kata nak collab kan haritu? Cuba nynyi sikit,aku nak tau suara kau tu sesuai dengan musik macam mana"

"Taknak lah,kat sini ramai orang!" Raeni melihat sekeliling.

Yedam tersenyum "Hmmm,jom lah! Nanti terlambat pula ke sekolah"

=

"Raeni!" Yedam berlari kearah Raeni yang hendak keluar dari kelas.

"Kau terus balik kan?"

Yedam mengangguk "Kau?"

"Aku kena pergi bilik seni kejap. Cikgu kelab kitorang nak cakap sesuatu"

Yedam mengangguk "Ohhh,baru nak ajak kau bincang untuk lagu collab kita" kata Yedam sambil menahan gelak,suka sangat lah tu menyakat rakannya.

"Ish kau ni! Lain kali lah! Aku pergi dulu"

Yedam mengangguk dan membiarkan Raeni pergi.

=

"Jadi,kita akan adakan pertandingan melukis pada bulan depan. Jadi sesiapa yang nak masuk pertandingan tersebut,sila angkat kaki- eh,angkat tangan" kata Mrs Jung.

Dengan laju Raeni mengangkat tangannya,bukannya tak tahu dia ni minat sangat dengan seni.

"Yang nak join,sila datang kedepan"

Raeni menjadi orang pertama yang beratur di hadapan Mrs Jung.

"Nama?"

"Bae Raeni"

Mrs Jung mengangguk lalu menulis namanya. "Kalau tak ada apa apa,Raeni boleh pulang ya"

Raeni mengangguk "Terima kasih"

309 words

𝙑𝙤𝙞𝙘𝙚 || 𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐄𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now