3

17 5 0
                                    

"Kau dah dengar lagu lagu yang aku hantar tu?" soal Yedam.

Raeni mengangguk "Tapi aku tak sempat dengar semua. Lagu yang kau hantar tu....banyak!"

Yedam mengangguk sambil menyedut susu pisangnya "Jangan lupa dengar yang lain"

Raeni mengangguk "Ye ye"

"Hmm,macam mana lagu tu? Ok?"

Raeni mengangguk lagi "Ok je"

Yedam melihat jam tangannya "Rae,aku pergi dulu!"

Raeni mengerutkan dahinya "Awal lagi?"

"Aku ada hal sikit. Guru kelab aku nak jumpa"

Raeni hanya meng'ohhh'kan perkataan Yedam. Kini dia bersendirian sambil minum susu pisangnya. Dia melihat jam tangannya,awal sangat nak masuk sekolah. Bosan lah.

=

"Raeni!" Yedam menarik lengan Raeni.

"Eh? Asal?"

"Tak tunggu aku pon" Yedam mencebik.

Raeni tergelak "Aku ada hal sikit ni. Kau tau lah kan business woman macam aku ni" Raeni mengangkat kedua keningnya.

Yedam menunjal kepala Raine. Terkeluar erangan dari mulut gadis itu "Banyak lah kau punya business woman!"

Raeni tersengih "Aku ada perjumpaan kelab ni. Aku pergi dulu ya!"

Raeni meninggalkan Yedam dan berlalu pergi ke bilik seni.

Yedam menjuihkan bibirnya,harini rehat sorang lah dia.

=

Yedam melihat teman sekelab dia menyanyi. Not bad lah. Kini dirinya mula risau,macam mana kalau dia tak menang nanti?

"Kenapa pandang aku macam tu?" bunyi gitar dan nyanyiannya terhenti sebaik sahaja mendapati Yedam memandangnya.

Yedam hanya menggeleng sambil menggusap lehernya "K-kau nyanyi sedap..." dia menunduk.

"Ohh,thanks!"

Yedam mengangguk perlahan.

=

Raeni memandang gambar permandangan didepannya. Dia harus melukis gambar itu semula. Dia sempat melihat kesebelah,rakannya yang lain.

Raeni mengangguk,not bad lah lukisan dia. Dia mula fokus semula. Nanti kalau tak fokus,dia tersalah lukis pulak. Macam mana.

=

"Yedam!" Raeni mengejar Yedam yang hendak keluar dari pagar sekolah.

"Aku ingatkan kau pergi bilik seni"

Raine menggeleng "Tak ada lah. Anyway,kau free tak?"

Yedam mengangguk

"Jom jadi model aku jap"

Yedam mengerutkan dahinya "Model apa?"

"Kau duduk je diam diam! Boleh lah,eh?"

=

Disinilah Yedam selepas ditarik Raeni,di cafe. Dia melihat Raine yang sedang mengeluarkan peralatan lukisnya. Ok,sekarang dia faham.

"Kau buat apa yang kau nak buat" kata Raeni.

"Ohhh ok" Yedam mula mengeluarkan iPad dan headphonenya.

Yedam yang mendapati Raeni yang melihatnya tadi hanya mengangkat kening.

Raeni mengangkat keningnya semula.

"Nak apa?" soal Yedam.

"Takde apa apa,buat je lah kerja kau cepat"

Yedam mengangguk perlahan lalu fokus kepada iPadnya.

'Buat lagu ler tu'

Selepas melihat Yedam yang fokus,Raeni mula melukis model yang berada di depannya sekarang ni.

=

"Rae,lama lagi ke?" Yedam soal sambil menghirup kopi yang diorder sejak 2 jam lepas.

"Sabar lah sikit,kau duduk je diam diam" jawap Raeni yang masih fokus dengan lukisannya.

"HA!"

Tersembur kopi Yedam. Tiba tiba pula minah ni menjerit "Kau kenapa?"

"Siap!" Raeni menunjukkan potret Yedam yang sedang fokus dengan iPad sambil memakai headphone dengan senyuman bangga.

"Ha elok lah tu,bagi aku" Yedam menghulurkan tangannya.

"Hah?"

"Bagi lah aku"

"Kenapa pula?"

"Potret aku,bagilah aku"

Raeni menggaru kepalanya. Sayang lah kalau nak bagi karya dia kat orang lain. Tapi apabila difikir fikir dia nak buat apa dengan potret Yedam ni. Nak tenung?

"Hmm,nah lah" dia menghulurkan potret tersebut ke tangan Yedam.

"Okie! Thanks Rae,cantik kau lukis" Yedam mula menggemas barangnya,begitu juga dengan Raine.

"Tak ada apa apa lagi kan?" soal Yedam. Raeni hanya menggeleng.

"Kalau macam tu aku pergi dulu tau"

Raeni hanya mengangguk dan membiarkan Yedam pergi.

551 words

𝙑𝙤𝙞𝙘𝙚 || 𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐄𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now