8

16 4 1
                                    

Raeni diam membeku. Apa yang dia nak lukis,dia tak fikir.

Raeni mencebik "Tolong lah,kenapa idea taknak datang waktu waktu sekarang"

Raeni cuba berfikir sebaik mungkin.

"Hmmm...aku ada idea"

=

Sebelum tiba giliran Yedam untuk ke atas pentas,dia melihat sekeliling dewan itu "Mana Raeni? Taknak support aku ke? Ck,tak guna" Yedam menunduk.

"Eh Yedam,chill betul kau. Tak nervous?"

Yedam menggeleng "Aku dengar cerita budak seni pon ada pertandingan" kata Yedam,dia tahu mesti Raeni akan join pertandingan tu.

Jeongwoo mengangguk "Betul lah tu"

"Bila diorang bertanding?"

"Aku rasa sekarang kot,diorang dah dipanggil untuk ke bilik seni tadi"

"Pertandingan tu dekat bilik seni?" Yedam mengerutkan dahinya. Jeongwoo mengangguk.

=

"Kalau korang taknak lepak sini,pergi lah dewan. Keputusan pon akan diberitahu sebentar lagi" kata Mrs. Jung. Laju saja pelajar yang berada di bilik seni itu keluar untuk ke dewan.

"Raeni? Taknak pergi dewan?" soal Mrs. Jung sebaik sahaja melihat Raeni yang tidak bangun dari kerusinya.

Raeni menggeleng "Nanti lah,saya malas lah"

Mrs. Jung mengangguk "Kalau macam tu,saya pergi dulu"

Selepas mendapat anggukan dari Raeni,Mrs. Jung terus beredar.

"Raeni? Kenapa kau taknak pergi dewan?" soal Hyunjin.

"Aku malas"

"Diorang nak umumkan pemenang tu. Mana tau kau yang menang ke"

"Biarlah,aku malas nak pergi. Kau pergi lah kalau kau nak"

Hyunjin menggeleng "Aku teman kau kat sini je lah"

=

"Dan pemenang bagi pertandingan melukis ialah...."

"Bae Raeni dari kelab seni"

Terdengar tepukan orang ramai sebaik sahaja mereka memperlihatkan hasil karya Raeni.

Pengacara majlis menunggu Raeni untuk naik kepentas,namun tiada bayangnya.

"Umm...Bae Raeni?"

"Bae Raeni ada disini?"

Tiada yang naik kepentas.

"Psstt! Encik,Bae Raeni ada di bilik seni" bisik Mrs. Jung.

"Ouhhh,HAHA! Mungkin Raeni berada di tandas atau bilik kesihatan ya. Tidak mengapa lah,hadiah ini tetap akan sampai ke tangan Raeni,jangan bimbang!"

=

"Mrs. Jung,tolong bawa piala dan hadiah ni untuk Raeni"

"Ah,nee" Mrs. Jung mengangguk.


Mrs. Jung tidak dapat melihat bayang Raeni lagi sebaik sahaja dia masuk ke bilik seni.

"Oh? Raeni?.."

Tiada respon.

"Hmm,dah balik kot"

Mrs. Jung meletakkan piala itu di atas meja guru "Hari ni dah lah hari last sekolah,habistu bila dia nak ambil hadiah ni? Hmm,biar lah"

=

1 bulan kemudian

HARI PEMBUKAAN SEKOLAH

Yedam melihat sekeliling kelasnya.

"Yes! Tahun terakhir!"

"Tumpukan perhatian semua! Jadi,saya guru kelas anda tahun ini,ya" kata Mrs. Jung sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas tersebut.

"Hmm? Raeni tak ada? Dia dah tukar kelas ke?"

=

"Uhmm...Mrs. Jung" Yedam memanggil wanita itu sebaik sahaja pelajar lain pergi rehat.

"Ada apa?"

"Mrs. Jung kenal Bae Raeni kan?"

Wanita itu mengangguk "Kenal,kenapa?"

"Mrs. tau dia kelas apa?"

Mrs. Jung mengerutkan keningnya "Rasanya Bae Raeni dah dilaporkan berpindah sekolah"

"Nee?"

"Sebaik sahaja kelas tamat pada hari last persekolahan tu,ibubapa dia ada datang dan lapor tentang hal ini"

"Oh,ye ke?" Yedam menunduk.

"Hadiah dia haritu pon ada kat bilik seni,dia tak ambil"

"Boleh saya pergi ke sana?"

Mrs. Jung mengangguk "Pergi lah,lukisan dia pon ada diletakkan dibelakang bilik tu"

Yedam mengangguk "Terima kasih Mrs"

510 words

𝙑𝙤𝙞𝙘𝙚 || 𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐄𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now