6

16 7 1
                                    

"Yedam..." panggil Raeni sebelum Yedam berlalu masuk ke dalam kelas.

Yedam menoleh lalu mengangkat keningnya

"Kau asyik buzy lately ni,bila kau free?" soal Raeni.

Yedam menghela nafas "Tolong lah faham,aku kena menang masa pertandingan tu nanti. Nyanyi ni kena banyak practice supaya suara dapat improve. Tak macam seni,conteng conteng je siap" kata Yedam lalu masuk kekelasnya.

Raeni mengerutkan mukanya. Perlu ke Yedam marah dia sampai macam tu? Lagi satu,tak payah lah sentuh tentang minat dia. Ingat seni ni tak perlu skill ke?

"Aduh!" Raeni yang terasa seseorang langgarnya memandang kebelakang "Hyunjin? Ni kali kedua kau langgar aku dari belakang. Mata tu bila jalan pandang lah depan,jangan asyik hadap telephone tu je"

"Oops,maaf lah" Hyunjin menyimpan telefon bimbitnya ke dalam jaketnya semula "Kau ni tercegat kat depan pintu kenapa? Masuk je lah jelas kau tu" Hyunjin menggelengkan kepalanya.

=

"Rae Rae Rae Raeni!" Hyunjin mengambil tempat duduk bersebelahan Raeni.

"Hmm" respon Raeni sambil menyedut susu pisangnya.

"Ha kau free lepas sekolah ni? Kalau free jom lah pergi bilik seni"

"Aku memang bercadang nak pergi situ,tapi kalau Yedam free aku nak keluar dengan dia la"

Hyunjin menyandarkan dirinya,lalu kedua tangannya diletakkan di atas kepala "Aku tak rasa dia free,aku tengok dia asyik dengan muzik dia je"

Raeni mengangguk,betul apa yang dikatakan Hyunjin.

"Aku pon taktau kenapa dia ralit sangat,suara dia dah sedap,nak improve apa lagi?"

"Biasalah tu,nak cari lagu apa yang sesuai dengan suara lah,note yang sesuai,key yang sesuai" jawap Raeni.

Hyunjin mengangguk,betul juga lah.

=

"Yedam,lepasni kau buzy?" soal Raeni sebelum Yedam keluar dari kelas.

Yedam mengangguk dan terus pergi tanpa berkata apa apa. Raeni mencebik,rakannya benar benar berubah.

=

"Raeni,fokus dengan lukisan kau" bisik Hyunjin disebelahnya. Dari tadi Hyunjin perhati gadis itu berangan dan tidak fokus langsung.

"Hyunjin,aku takde mood nak lukis" bisik Raeni.

"Nak balik?"

Raeni menggeleng "Nanti cikgu marah,aku tak siap lukis"

Hyunjin mengangkat tangannya "Mrs. Jung! Raeni kata dia tak berapa sihat,boleh kami pulang?"

Mrs. Jung mengerutkan dahinya "Yang tak sihat Raeni,kan? Kenapa kamu nak ikut pulang sekali?"

"Saya kena lah hantar dia balik,nanti kalau dia pengsan tengah jalan nanti,takde siapa yang tahu"

Mrs. Jung menggelengkan kepalanya "Ye lah,pergilah"

"Dah,jom" Hyunjin mencuit bahu Raeni.

Laju sahaja Raeni kemas peralatannya dan keluar dari bilik tersebut.

=

"Ada sesuatu yang ganggu fikiran kau ke?" soal Hyunjin selepas melihat kearah Raeni yang tiada daya.

Raeni mengangkat bahunya "Tak tahu,aku rasa takde semangat nak buat apa apa"

"Kenapa pula ni?"

"Aku rasa kosong,Hyunjin. Semangat aku hilang"

Hyunjin terdiam,dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Malas pula nak tanya lebih lebih

445 words

𝙑𝙤𝙞𝙘𝙚 || 𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐄𝐃𝐀𝐌Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ