there's a weird pleasure of loving someone who doesn't love you..
__________________
USAI PEMBACAAN Yasin tadi berakhir, aku meminta kak Fatin untuk meletakkan Audhia di biliknya untuk berehat kerana sepanjang pembacaan Yasin, matanya sudah ingin terlelap.
Kaki melangkah ke meja makan yang menghidang dengan pelbagai juadah. Laju saja tangan mencapai pinggan untuk mengambil nasi dan lauk yang tersedai. Percuma je aku dapat makan malam hari ni.
Kemudian selesai saja mengambil, aku duduk bersila di tempat yang agak kosong dan tiada orang. Bukan tak suka bergaul, cuma malas. Dah memang sifat aku. Bukan aku yang minta.
Sedang aku sedap menyuap makanan ke dalam mulut, bahuku ditepuk oleh seseorang dari belakang sebelum dengan sipi mata aku melihat ada orang duduk bersila di sebelahku.
"Seorang je ke Cik kak? " sapa suara itu.
Semestinya aku kenal kalau dah hampir setiap hari suara itu saja yang menyelit dalam hidupku.
"Kenapa datang sini? Lelaki duduk dengan lelaki. " mendatar aku berkata.
"Biarlah. Takkan nak biar perempuan cantik macam kau ni seorang je. Nanti ada yang menggatal, kau juga yang tak suka. " balasnya lalu menyuap makanannya ke dalam mulut.
Air sirap dalam gelas kaca dihirup. Diteguk hingga separuh sebelum diletakkan ke atas lantai semula.
"Kau kata aku cantik? " soalku dengan riak biasa. Sebab ianya memang tak dapat dinafikan lagi.
"Cantik di mata orang lain lah. Bukan aku. " balasnya datar. Seolah tiada perasaan.
Bola mata menjeling menyampah. Nak cakap, jujur ajelah.
Diam menjamu selera dengan ditemani oleh Fayyad di sebelah. Hanya kami berdua saja. Hinggalah sudah habis, aku bangun dari bersila untuk membasuh tangan.
Pili air ditutup sebaik tangan sudah dibersihkan.
Tanpa sebarang amaran, tanganku direntap oleh satu tangan dari belakang hingga terdorong ke belakang dengan mulut ditekup dengan sebelah lagi tangan. Meronta-ronta aku minta dilepaskan.
Dah macam dalam drama je kena tarik ni. Tapi ini bukan drama!
Jantung berdetak laju. Tambahan apabila aku dibawa ke tempat yang gelap dan tiada orang. Air mata sudah bertakung dan tunggu masa saja untuk keluar.
Jeritanku tidak dihiraukan walaupun kedengaran sipi-sipi saja.
Tiba-tiba tubuhku ditolak kuat ke sesuatu yang keras. Disandarkan di situ. Dan saat itu jugalah, mataku ditutup dengan sesuatu yang aku tidak pasti apa. Jadi aku tidak dapat lihat gerangan yang menarik aku itu.
Tangan pula sudah diikat dengan kain. Masa bila pula di ikat, aku tidak perasan dan terasa langsung.
Tak guna betul! Macam yang Fayyad katakan, orangnya licik!
Mulutku sudah tidak ditekup. Terus aku menjerit. "Kau tak payah nak tiru drama lah! "
Kedengaran tawa besar. Juga seperti ketawa jahat seorang lelaki.
"Siapa cakap aku nak tiru drama,
hm? " pipiku terasa dielus dengan benda yang agak kasar."Habis yang kau buat ni, apa?! " tengkingku.
"Hey, slow down your voice. Bingit telinga aku dengar. Kau ingat ada orang nak selamatkan kau ke, perempuan? " aku menjerit kuat apabila terasa pipi dihiris dengan sesuatu yang tajam.
YOU ARE READING
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT
Romance[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulu...