Bab 4

151 14 0
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°

         
AKU meneruskan kehidupan seperti biasa. Takda apa yang berbeza berbanding hari-hari yang lain. Bangun, solat, pergi uni, belajar, makan, solat, belajar, tidur.

Janna? Masih lagi panjang umur. Tapi bila terkenang balik peristiwa dulu rasa nak cekik je dia sampai putus nyawa. Aku tanya kenapa tinggalkan aku dan dia cakap saja-saja. Diorang sebenarnya tahu Nafiz ikut aku. Sebab itulah diorang sengaja tinggalkan aku tepi jalan dengan semua beg aku diorang angkut. Katanya nak bagi can dekat Nafiz mengorat . Apakah...

Membara sangat-sangat hati ni. Tak risau langsung kalau-kalau aku diculiknya. Kalau tak mengenangkan dah lama kami bersahabat memang aku dah putus kawan.

"Lepas ni taknak teman korang dating dah. Aku dah tolong teman, korang tinggalkan aku pulak."

"Sorrylah Milia. Kitorang nampak lelaki tu asyik follow kau je tau. Tulah kitorang kasi jalan sikit."

Tengok tu. Dorang ni memang tak sayang aku la. Dibuatnya Nafiz orang jahat memang jumpa kat sempadan la.

"Dibuatnya lelaki tu orang jahat, dia culik pastu jual organ aku macam mana? Kalau aku mati aku hantui hidup korang sampai anak cucu korang."

Budak Janna ni bukan makan saman. Bukan nak takut malah digelakkannya lagi aku ni. "Rileklah Lia. Masa kau masuk kedai, abang kau dah jumpa lelaki tu. Dia dah habis soal siasat dah. Lelaki tu sendiri cakap nak serius kenal kau. Abang kau okay. Dia pun nampak serius. Kira lepas la tu nak jadi bakal imam kau."

Begitulah kisahnya. Sakit hati aku dengar penjelasan Janna. Tak cukup dengan family sekat aktiviti aku. Jodoh aku pun diorang nak carikan jugak ke?




"PETANG ni kitorang nak keluar sama-sama. Ikut jom." Janna dengan tersenyum-senyum menyapa aku. Baru habis bergayut. Bahagia la tuh.

"Takpayahla. Serik aku ikut korang. Last last aku yang kena tinggal." Nak ajak teman dating? Kirim salam la. Member dah serik.

Janna ketawa. "Habistu kau nak balik ke?"

"Malas nak ulang alik. Aku duduk library jela. Nak tidur." Aku bersandar lesu di kerusi kafe uni. Bukan sebab malas tapi sebab aku rasa tak sedap badan.

Janna yang tadinya ketawa mula berwajah serius. "Kau tak sihat ke Lia."

"Selesema sikit. Aku nak tidur sekejap. Kepala rasa beratlah." Bukan nak mengada-ngada tapi memang betul aku rasa tak sedap badan. Dalam kepala sibuk berfikir aku ada salah makan ke?

"Kau tak payah masuk kelas la lepas ni. Aku bagitau madam kau tak sihat ea."

"Eh takpa." Aku lap hidung yang sedikit berair. "Aku okey. Cuma nak rest sekejap je. Nanti okay la ni."

"Kau buat apa sampai boleh demam ni Lia? Risaulah aku. Jom aku teman kau jumpa abang kau. Boleh tolong tengok-tengokkan"

Setakat demam sikit malaslah nak jumpa doktor. Walaupun itu abang aku sendiri. Rasa mengada-ngada sangat. "Taknak la. Aku okay." Aku memang jenis yang jarang sakit. Tapi kalau sekali demam memang teruk. Ianya boleh berlaku bila-bila je tanpa sebab. So please jangan tanya kenapa aku sakit. Dan aku harap janganlah aku demam harini.

"Hish kau ni degil. Jomlah aku teman kau pergi library. Cepat sikit makan tu. Aku nak keluar dengan abang kau ni."

Aku dengar je Janna bebel. Tak rasa nak melawan sebab rasa tak berdaya." Janna.. Nak dukung." Aku buat muka comel. Papa selalu cakap muka comel aku ni power bila nak pujuk pujuk orang ni.

Tapi nampaknya taktik aku tak berjaya. "Ni nak?" Janna tunjukkan buku limanya. "Cepatlah bangun... Nanti aku lambat la.."

Aku masih tak berganjak dari tempat duduk tadi. Aku nampak Janna marah dengan muka risau. Aku nak bangun tapi kepala rasa berat. Sudahnya aku hanya duduk.

"Aku tak boleh bangunlah wei. Tak larat.." Aku panggung kepala atas meja. "Kau pergi jela. Aku okay nanti aku jalan sendiri."

"Hish kau ni!!" Aku nampak Janna keluarkan telefon dia. Tak lama lepastu dia yang tadinya berdiri kembali duduk sebelah aku. "Aku dah cancel date kitorang."

"Kenapa? Pergi jela."

Janna cubit lengan aku kuat-kuat. "Kau tak okay. Aku risau tau. Kau ingat aku baru kenal kau ke?" Janna cekak pinggang.

Aku ketawa. Terharu sebenarnya. Perempuan ni sanggup batalkan date dia semata-mata nak jaga aku. "Aku okay la Janna. Pergi jelah. Kesian orang tua tu tunggu kau."

Janna dengan muka risau menyentuh dahi aku. Leher aku pun dipegangnya.  "Lantak dialah. Sekarang ni kau dengan dia, kau lagi penting. Kau tunggu sini jap. Aku pergi farmasi cari ubat."

"Takpayahla. Susah susah je." Bukan aku tak nak. Nak sangat sebenarnya. Tapi farmasi uni jauh. UM dahla besar. Tak sampai hati aku nak susahkan dia.

"Ala takpala. Kau tunggu sini jap tau. Aku pergi farmasi kat luar. Lepastu nak jumpa abang kau kejap. Kejap je. Kau tidurlah dulu. Dah sampai nanti aku kejut. Jaga diri tau. Aku pergi dulu. Bye."

Lepas je Janna pergi, tak tunggu lama aku terus letak kepala atas meja dan tidur. Selamat petang dunia.





AKU tersedar apabila rasa tak selesa. Rasa berbahang sangat badan ni. Aku angkat kepala. Dah pukul berapa ni? Aku lihat jam di pergelangan tangan. 2.45 petang. Ya Allah. Aku dah lambat ke kelas. Tangan pantas mengemas barang-barang di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg.

Sebelum bangun aku pegang kepala seketika. Kau boleh Milia. Aku bangun perlahan-lahan. Beg disangkutkan ke bahu dan aku mula melangkah. Aku berjaya sampai di persimpangan antara bangunan-bangunan universiti. Tapi tak sempat aku teruskan langkah, tiba-tiba kaki rasa macam jeli. Aku sempat berpaut pada dinding. Orang sekeliling yang memandang pelik aku hiraukan. Jangan buat hal la. Sikit je lagi nak sampai ni.

Tarik nafas. Kau boleh Milia. Baru selangkah berjalan, akhirnya aku rebah. Aku sempat terdengar seseorang menjerit memanggil nama aku dan samar-samar beberapa orang mengelilingi aku.

Beberapa saat kemudian pandangan aku kelam. Aku pengsan.

--🌟🌟🌟

Selalu AdaWhere stories live. Discover now