°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°
AKU terbaring macam orang tiada arah. Takda mood untuk melakukan apa-apa. Sekarang ni semua orang di rumah sedang sibuk dengan segala persiapan untuk majlis perkahwinan aku.
Mama dan papa bahagia menghiasi rumah untuk menyambut kehadiran bakal menantu. Saudara mara yang lain turut membantu apa-apa yang patut. Cuma aku sahaja yang masih berada di bilik. Aku tinggal di bilik tetamu kerana bilik aku sedang dihias untuk dijadikan bilik pengantin.
Seorang demi seorang menjenguk ke dalam bilik yang sedang aku duduk untuk melihat bakal pengantin. Pelik agaknya kenapa aku tak menunjukkan diri. Kot-kot sakit ke kan. Haah memang aku sedang sakit sekarang ni.
Aku rasa semak, rasa rimas. Aku takda mood untuk berjumpa dengan sesiapa. Silap-silap boleh kena mental aku macam ni.
Selepas kejadian di lapangan terbang kelmarin, berkali-kali nombor Zill didail namun dia langsung tak menjawab panggilan aku. Aku yakin dia dah sekat nombor aku. Aku sempat membaca beberapa potong mesej terakhir yang dihantar oleh Zill. Jujur setiap kali aku baca mesej tersebut air mata aku akan mengalir.
Abe Zill
Selamat pengantin baru Sara. Jangan risau tentang saya dan Danny. We're doing well here.Abe Zill
Maaf sebab kita terpaksa berpisah dengan cara macam ni. Terlalu banyak yang nak saya sampaikan tapi cukup awak tahu saya buat semuanya untuk kita.Abe Zill
Awak paling cantik bila senyum, tolong hadiahkan senyuman manis tu untuk Nafiz pada hari pernikahan awak nanti.Abe Zill
Tolong bahagia untuk saya and lastly, I'm sorry.Dan seterusnya ruang bualan kami sepi. Segala mesej yang aku hantar hanya dihiasi dengan satu tick. Dia betul-betul dah buang aku. Aku tarik nafas panjang. Untuk kali yang terakhir, aku pun nak meninggalkan luahan juga.
Me
Lusa saya bakal jadi isteri orang. Saya tunaikan hajat awak untuk tengok saya bersama Nafiz. Ini yang awak nak kan.Me
Saya akan lupakan awak Zill, walaupun sukar saya akan buat. Maaf sebab tak tepati janji saya untuk terus ingat awak. Awak juga Zill, lupakan saya. Tolong bahagia untuk saya, untuk Danny.Me
Terima kasih sebab pernah menjadi sebab untuk saya terus tersenyum. Saya bahagia selama kita bersama. Saya maafkan awak. Selamat tinggal.Aku menghantar mesej tersebut kepada Zill buat kali yang terakhir. Aku tahu berkemungkinan besar dia takkan dapat mesej ni tapi aku tetap berdegil untuk hantar.
Tolonglah, untuk kali yang terakhir, moga-moga pesanan ini selamat sampai kepadanya di sana.
Dengan berat hati butang blok aku tekan. Selamat tinggal Zill. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya. Saya akan lupakan segala kenangan bersama yang pernah kita bina.
Dahi berkerut apabila pintu bilik aku sekali lagi dibuka. Siapa lagi yang nak menjengah kali ni?
"Siapa tu nak apa?"
Janna muncul di muka pintu. Melihat wajahnya terus aku melepaskan nafas lega.
"Jannaaa..."
Janna senyum. "Kau okay?"
Aku menggeleng-geleng. Janna berlalu dan mengambil tempat di sisi katil. Masing-masing diam merenung lantai. Janna la satu-satunya orang yang aku boleh berharap sekarang ni. Dia ajalah yang menyokong tindakan aku walaupun aku rasa dia macam tentera pengaman. Mana-mana pihak dia setuju. Tapi sekurang-kurangnya dia ada tenangkan dan nasihatkan aku. Bukan macam orang lain yang kerjanya mengarah je.
"Macam tak percaya kan aku dah nak kahwin..."
"Kita dah tua, anak aku dah nak masuk dua dah."
Aku menjeling Janna dan dia tayangkan senyuman senget. Takda nilai sentimental langsung.
"Zaman moden macam sekarang ni pun ada lagi kisah kena paksa kahwin. Dengan Nafiz pulak tu."
"Impian kau dulu hampir jadi kenyataan. Happy la sikit."
"Itu dulu.." aku senyum pahit. Dulu dan sekarang berbeza. Sekarang Nafiz bukan lagi lelaki yang aku puja-puja.
"Jodoh korang kuat. Sebab tu kau lari ke England sekali pun akhirnya kau tetap akan kembali ke sisi dia."
"Macam mana kalau hubungan kali ni pun tak menjadi Janna. Aku dah tak sanggup nak rasa sakit yang sama lagi.."
Janna menarik kepala aku supaya berlabuh ke bahunya. "Everything will be alright. Aku tahu kau terluka tapi untuk kali ni, tolong percayakan Nafiz."
Aku mendiamkan diri. Kami bakal berkahwin tapi aku masih lagi belum boleh terima dia. Apa yang perlu aku buat sekarang?
MALAM sebelum hari pernikahan, satu panggilan dari nombor yang aku tak kenali masuk ke talian. Malas-malas aku menjawab.
"Hello siapa ni?"
Senyap.
"Hello? Si..."
"Milia..." kali ini aku pula yang terdiam. Suara yang berada di hujung talian tu aku kenal sangat-sangat. Bila aku tahu siapa pemiliknya, hati mula rasa sakit. Tak sempat aku tamatkan talian, orang tersebut menghentikan tindakan aku.
"Jangan letak please. Awak tak perlu cakap apa-apa. Just hear me okay?"
Aku diam. Memberikan peluang kepada si dia meluahkan apa yang ingin diluahkan sebelum lafaz akad menghalalkan kami.
Lelaki itu menghela nafas berat.
"Saya mintak maaf terpaksa halalkan awak dalam keadaan macam ni. I know you're not willing to be mine. Sebab terlalu cintalah saya buat macam ni. Honestly tak ada apa yang berharga boleh saya hadiahkan. Apa yang saya boleh janjikan adalah sebuah kebahagiaan. Saya takkan ulang kesilapan dulu. Kali ni saya nak jaga awak betul-betul. Saya ikhlas Mil, saya nak selalu ada dan jaga awak macam dulu."
Aku diam menanti kata-katanya. Dia tak lupa pada janji lamanya tapi kenapa dia perlu tunaikan semuanya di saat aku tak rela?
"Saya harap awak boleh belajar terima saya. Tak sayang saya takpa." dia ketawa kecil. "Tapi tolong cuba. Saya nak hubungan ni berjaya kerana awak satu-satunya wanita yang saya cinta."
"Saya sayang aw..."
Aku matikan panggilan tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya. Tubuh aku baringkan ke atas katil dan memejamkan mata. Jujur hati aku sedikit terusik dengan kata-katanya. Tapi apabila minda teringatkan Zill automatik aku rasa nak menangis. Aku tak sempat nak luahkan betapa sayangnya aku pada lelaki itu. Dia yang menjaga aku selama aku berada di bumi asing. Selalu ada di saat aku memerlukan seseorang.
Aku ada terfikir untuk melarikan diri lagi tetapi aku dikawal ketat oleh mama dan papa. Nak ke halaman rumah pun aku diekori. Tolonglah, aku taknak semua ni. Selepas akad bukan kata jumpa, nak bercakap dengan Zill pun dah jatuh mustahil. Cinta yang aku pupuk untuk Zill akhirnya perlu aku kuburkan. Setelah sekian lama aku belajar menerima orang baru, akhirnya orang lama juga yang menjadi pasangan aku.
Allahu. Kenapa nasib aku begini...
🖤🖤🖤
God never allows pain without purpose💫
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...