Chapter 6

82 4 0
                                    

" Bang, tengok apa tu ? " Tegur si adik apabila melihat abangnya memandang ke halaman rumah sambil tersenyum .  Si adik mengintai sedikit untuk melihat apa yang membuatkan abangnya itu tersenyum macam orang tak betul sahaja . Apabila mengetahui puncanya, Rayden mencebik . Tengok buah hati rupanya . Kelihatan Haira sedang bermain dengan Simba , satu - satunya kucing kesayangan mereka . 

Rayyan hanya memandang sekilas wajah adiknya itu . ' bukan nak bagi salam, terkejut aku ' desis Rayyan dalam hati.

" Dah dah lah tu pandang anak dara orang. Dosa. Kalau nak pandang lama lama, kau kahwin dengan dia. Habis cerita. " Cadang Rayden bila melihat abangnya itu seperti angaukan seseorang . Angaukan Hairalah , siapa lagi . Heh

Bukan dia tak tahu, abangnya itu sukakan Haira tapi tak nak mengaku. Banyak kali dah dia nampak abangnya itu, setiap kali pandang Haira mesti tersenyum. Jatuh cinta lah katakan.

" Apa benda lah kau mengarut ni. Aku suka dia pun , tak tetiba nak kahwin " Rayyan hanya menggelengkan kepalanya bila mendengar cadangan terlebih merepek itu.

" Oh yelah, dah tak suka nak buat macam mana kan. Kalau macam tu aku ambil si Haira ni jadi isteri aku okay jugak kan bang? Cantik pun cantik, rajin pula tu. Comel pu- " Tak jadi dia hendak meneruskan ayatnya apabila melihat renungan tajam abangnya itu. Muka macam nak telan orang sahaja gayanya.

Rayden terus tersengih sambil mengangkat dua jarinya menjadi 'peace'. Dia hanya mahu mengusik abangnya itu. Rindu mahu usik si abang. Baguslah kalau Rayyan sudah jumpa seseorang yang tepat untuk berkongsi kasih, suka dan duka bersama.

Rayyan telah banyak berkorban untuk dia setelah mereka kehilangan syurga mereka buat selamanya. Seorang insan yang bergelar umi . Dia hanya mahu melihat abangnya itu bahagia dengan orang yang dicintai. Dan orang itu ialah Haira. Dia pasti akan hal itu.

" Tak tak. Hehe. Aku gurau je. jangan serius sangat, takut aku " Eleh dah suka tak nak mengaku. Ego betul. Aku ajak kahwin betul betul baru tahu.

" Tapikan bang, satu je aku nak cakap. Kalau suka tu bagitahu cepat cepat. Takut nanti melepas. Masa tu nak menyesal dah tak ada guna. "

" Takpe lah bang, aku masuk dulu. Daaa " Pergi Rayden apabila melihatkan abangnya itu tidak berminat mahu melayan dia. Rayden berlalu ke dapur. Misi utama mahu mencari Mak Pah. Mahu kacau wanita paruh baya yang sudah dianggap sebagai ibu.

Rayyan melihat langkah adiknya itu sehingga hilang disebalik dapur. Tahu apa yang ada difikiran Rayden. Mesti mahu mengacau Mak Pah. Kaiser menggeleng kepala melihat perangai adiknya yang satu itu.

Pandangan dihalakan ke hadapan semula. Memandang figura yang telah membuat tidurnya tidak lena disetiap malam. Memikirkan cadangan dan kata kata Rayden itu membuatkan dia menghela nafas lemah. Dia bukannya apa, dia cuma takut.

Takut kehilangan lagi. Sungguh, dia tidak kuat jika perkara itu terjadi sekali lagi. 

★ ۰ ໋࣭  ۰ ໋࣭★ ⋆.

Malam itu Kaiser dan Rayden duduk di ruang tamu bermain Saidina . Ya , mereka jarang bermain permainan video . Tak minat mungkin .

Haira yang baru sahaja selesai berbual bersama Mak Pah datang kepada mereka dan duduk di sofa yang kosong . Sebenarnya dia ingin berkata sesuatu kepada Kaiser dan Rayden .

Kekasih CandraWhere stories live. Discover now