Chapter 32

86 2 0
                                    

Kaiser turun ke tingkat bawah dan terus melangkah menuju ke dapur . Sebenarnya dia sedang mencari isterinya , kot lah berada di dapur . Hari ni merupakan hari Ahad , dia terfikir untuk membawa Haira meronda - ronda .

 Sangkaannya tepat , kelihatan Haira sedang mencuci pinggan - pinggan yang belum dicuci . Kaiser terus melingkarkan tangannya pada pinggang Haira dan melabuhkan dagunya diatas bahu isteri tercinta . 

" Ya Allah abang ! Terkejut Haira " Laju sebentar degupan jantungnya . Bunyi tapak kaki takde apa takde tiba tiba ada orang memeluknya dari belakang , siapa tak terkejut .

Kaiser ketawa kecil kemudian dia beralih ke sebelah Haira dan bersandar pada kabinet dapur itu sambil menyilangkan tangannya di dada .

" Ye abang , nak air ke ? " soal Haira apabila dari tadi Kaiser merenungnya . Kaiser hanya balas dengan gelengan . Makin hairan Haira memandang suaminya .

Sebenarnya Kaiser ingin mengajak Haira meronda bandar dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi miliknya , dia menunggu Haira menyiapkan tugas mencuci pinggan itu . Mahu ditolong , awal awal sudah dilarang oleh Haira .

Apabila selesai mencuci pinggan , Haira mengelap tangannya sehingga kering lalu diambil air kosong dan dituangkan kedalam cawan . Cawan itu dihulur kepada Kaiser . Kaiser hanya menyambut huluran itu walaupun dia tiada niat untuk minum air . Ambil jelah , nanti Haira merajuk dia jugak yang takde bantal peluk nanti .

" Sayang , do you have something to do today ? " soal Kaiser kemudian dia meneguk air di dalam cawan itu tadi kemudian dibasuh cawan itu dan diletakkan di tempat asalnya .

Haira berfikir sambil mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuknya .

" Hmm rasanya takde , kenapa ? " wajah polos untuk memandang Kaiser . Suami siapa lah tinggi sangat ni sampai dia terpaksa mendongak memandang Kaiser .

" Wanna go for a ride ? " Kaiser menjongketkan kedua - dua belah keningnya . Dia belum pernah mengajak Haira menaiki motosikal berkuasa tinggi miliknya selama mereka berkahwin . Harini dia ingin mencuba nasib memandangkan dia pernah melihat Haira teruja apabila ternampak motosikal berkuasa tinggi dimana - mana .

Membulat mata Haira , jelas riak wajahnya teruja . Tiba - tiba senyumannya mati .

" T-tapi saya takde baju yang sesuai " Haira mencebikkan bibirnya . Bajunya kebanyakannya oversize , tak ke bila dia pakai lepastu naik motosikal itu nampak macam nak terbang ?

Kaiser tersenyum , dia menyulam jari jemarinya dengan jari jemari Haira dan melangkah ke tingkat atas . Walaupun Haira berasa hairan , dia hanya mengikut sahaja .

Apabila tiba di dalam bilik mereka , Haira di dudukkan di birai katil manakala Kaiser pergi ke bilik wardrobe mereka . Selepas beberapa minit , Kaiser tiba dengan sebuah paper bag dan diserahkan paper bag itu kepada Haira .

Haira memandang Kaiser dengan wajah yang tertanya - tanya .

" Buka sayang "

Haira mengeluarkan isi yang ada dalam paper bag itu . Terdapat sebuah jaket kulit berwarna hitam , tengok sahaja materialnya sudah tahu harganya mencecah beribu - ribu ringgit .

" For you " Kaiser berkata sebelum Haira bertanya apa - apa .

Haira mencebikkan bibirnya lantas memeluk Kaiser erat sehingga dia tidak sedar yang dia sudah berada di atas peha suaminya .

" Bila awak beli ? Mesti mahal kan ? " wajah Haira kelihatan serbasalah .

" Mahal ke murah ke , abang tak bankrup pun . Lagipun kalau kita belanja isteri , lagi luas rezeki tau " Kaiser mencuit hidung Haira . Dan akhirnya wajah itu dihiasi dengan senyuman yang paling manis .

" Now sayang pergi siap - siap "

Haira mengangguk lantas masuk ke ruang wardrobe . Sempat dia mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Kaiser .

Kaiser tersenyum lebar . Dia suka apabila melihat isterinya gembira kerana kegembiraan isterinya merupakan kebahagiaannya .

" Abang harap lepas ni sayang akan lebih bahagia walau apa pun yang terjadi " gumam Kaiser . Entah mengapa hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku tetapi dia tidak pasti sama ada perkara baik atau buruk . Dia hanya mampu berdoa sahaja kepada yang Maha Esa .

★ ۰ ໋࣭ ۰ ໋࣭★ ⋆.

Kini Haira kelihatan sangat berkarisma apabila mengenakan baju t hitam dan jaket kulit yang dihadiahi oleh Kaiser . Pakaiannya harini sama seperti Kaiser , matchy matchy gituw .

Mereka melangkah ke garaj dan disitu terdapat 2 biji motosikal berkuasa tinggi . Haira melihat Kaiser melangkah kearah Ninja Kawasaki H2R yang berwarna hitam itu .

" Treat your mama nicely okay , my baby " Kaiser menepuk - nepuk 'baby'nya itu .

Ternganga Haira dibuatnya , adakah dia diduakan ?

" Awak menduakan saya ke wahai suamiku ? " Haira mencekak pinggang . Bukan marah betul pun , saja nak mengusik suami tercinta .

Kaiser tertawa kecil , dengan motosikal pun boleh cemburu eh .

" You'll always be my number one in my heart , my dear wife "

Membahang muka Haira , kan dah keluar mode sweet si Kaiser ni .

Kaiser mencapai helmet AGV full face berwarna hitam lantas menyarungkan ke kepalanya . Kemudian dia mencapai sebuah lagi helmet yang sama dengannya , kemudian dia menyarungkan helmet tersebut di kepala Haira . Haira hanya memandang Kaiser disebalik visor yang gelap itu .

Tiba - tiba Kaiser menyelak visor helmet Haira , terkelip - kelip Haira memandang Kaiser .

" Let's go my dear . Before that , baca bismillah dulu okay ? "

Haira mengangguk dengan senyuman lebar , hanya matanya sahaja yang mengecil akibat tersenyum kerana mulutnya sudah dilindungi dengan helmet tersebut .

Kaiser menolak motosikal berkuasa tinggi tersebut sehingga ke luar garaj . Dia naik keatas motosikal tersebut lantas menepuk seat belakang , meminta Haira untuk naik .

Dengan berhati - hati dia naik dengan memegang bahu Kaiser bagi menyokongnya unuk naik keatas motosikal itu .

Tanpa disuruh , Haira terus memeluk Kaiser erat dengan melingkarkan tangannya pada pinggang Kaiser . Mujur Haira memakai bag galas saiz sederhana di belakang badannya , tidaklah nanti orang mengusyar dirinya .

Kaiser tersenyum disebalik helmetnya , looks like he got a new backpack .

Kaiser menghidupkan enjin lantas memulakan perjalanan . Cuaca baik sahaja waktu pagi sebegini , eloklah nak bawa bini jalan jalan .

★ ۰ ໋࣭ ۰ ໋࣭★ ⋆.

Kaiser memberhentikan motosikalnya apabila lampu isyarat bertukar kepada warna merah . Tiba - tiba Haira membuat isyarat tangan seperti hendak memulas handle motosikal itu .

Kaiser yang faham dengan isyarat yang diberikan oleh Haira terus menundukkan sedikit badannya agar tangan Haira dapat mencapai handle tersebut .

VROOM

Kuat bunyi enjin motosikal tersebut apabila Haira memulas , tertawa Haira dibuatnya . Haira lantas memeluk leher Kaiser , tangannya dilingkarkan pada leher Kaiser . Teruja dia harini kerana dapat menaiki superbike .

Haira kembali melingkarkan tangannya pada pinggang Kaiser apabila lampu isyarat telah bertukar kepada warna hijau .

Sesekali Kaiser mengusap tangan Haira yang berada di perutnya . Selalunya perempuan tidak suka menaiki motosikal , tapi lain pula isterinya . Harini dia berasa seperti ingin meluangkan masa bersama Haira sahaja . Mungkin pada masa akan datang dia sudah tidak dapat meluangkan masa bersama , kita tidak tahu takdir apa yang tertulis . Walau apa pun yang terjadi , Kaiser dan Haira sentiasa berdoa agar rumahtangga mereka berkekalan sehingga ke syurga .


Continued

Kekasih CandraWhere stories live. Discover now