Chapter 25

68 2 0
                                    

Haira menyalam tangan tua itu . Inilah satu - satunya ahli keluarga Kaiser dan Rayden selepas kematian umi mereka atau lebih dikenali sebagai ibu mertuanya .

" Assalamualaikum nek , nenek sihat ? " Nek Som tersenyum memandang Haira . Sungguh dia jatuh sayang sejak pertama kali mengenali Haira . Kalau dulu , dia hanya mengenal nama tanpa bersemuka .

" Waalaikumsalam , alhamdulillah sihat . Ni buat apa kat dapur , pergilah rehat . Kan baru sampai " Kuala Lumpur dengan Pahang tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu dekat . Tapi mestilah penat jika difikirkan semula .

" Takpelah nek , lagipun Kaiser yang drive . Haira okay je . Nenek tengah buat kuih ke ? " Haira menjenguk ke dalam besen kecil yang berada di atas meja makan itu .

" Haah , nenek tengah buat karipap untuk kamu berdua . Tak sangka pula sampai awal , kena tunggu lah sekejap " Haira dan Nek Som duduk di meja . Sempat Haira mencuci tangannya sebelum menawarkan diri untuk membuat kuih karipap itu bersama - sama .

" Biar Haira tolong , Haira terror bab bab buat kuih ni " ujar Haira dengan sengihan . Bukan nak berlagak , tapi memang betul . Dia sering belajar dengan arwah mamanya yang juga pandai membuat segala jenis kuih muih .

" Wah dapatlah nenek rasa air tangan Haira " usik Nek Som . Mereka membuat kuih tersebut sambil dihiasi dengan gelak tawa antara satu sama lain . Haira tidak sangka semudah ini dia mesra dengan Nek Som .

★ ۰ ໋࣭   ۰ ໋࣭★ ⋆.

Situasi di belakang rumah pula berbeza . Kaiser dan Pak Deris sedang bersantai di pangkin yang terdapat di belakang rumah tersebut . Di belakang rumah kayu ini terdapat sebuah kawasan yang agak luas . Itulah tempat dimana Pak Deris mengajar anak - anak di kampung ini ilmu silat . Tidak lupa juga Kaiser dan Rayden .

" Macam mana perjalanan tadi ? " soal Pak Deris .

" Alhamdulillah lancar je , lagipun harini kan hari orang bekerja jadi taklah banyak kereta " Kaiser memandang Pak Deris di sebelahnya lalu memandang semula ke hadapan .

" Kamu dah jumpa ayah kandung kamu ? " sejak dulu Kaiser mencari ayah kandungnya tetapi tidak dapat dijejaki . Dia ingin berjumpa dengan ayah kandungnya dan bertanya kenapa ayahnya itu sanggup meninggalkan umi suatu ketika dahulu .

" Haih belum . Ayyan pun dah tak tahu nak cari dia dekat mana lagi " Dia mendongak memandang langit yang mendung itu .

" Takpe , atuk pun ada minta tolong orang orang sini cari dia . In shaa Allah suatu hari nanti kamu dapat jumpa dia " Pak Deris menepuk bahu Kaiser . Satu - satunya anak lelaki dia itu hilang tanpa jejak setelah menceraikan menantunya . Rasa simpatinya terhadap Kaiser semakin menebal kerana sejak berumur 10 tahun dia tidak dapat merasa kasih sayang seorang ayah .

Tiba - tiba ada satu suara menyampuk menyebabkan perbualan mereka terbantut .

" Abang , atuk . Ni ada karipap dengan kopi , panas lagi karipap ni " Haira membawa dulang yang berisi 2 pinggan karipap manakala Nek Som membawa sebuah jag berisi kopi suam berserta 4 cawan .

Haira mengambil tempat disisi suaminya manakala Nek Som disisi Pak Deris . Haira menuangkan air ke dalam keempat empat cawan itu .

" Haira yang buat karipap tu " ujar Nek Som apabila Kaiser mencapai sebijik karipap .

Kaiser memandang Haira disebelahnya dengan pandangan tidak percaya .

" Laa , sayang pandai buat kuih ? Baru tahu , bolehlah abang request sayang buat kuih lepas ni " Kaiser tersenyum nakal .

Kekasih CandraWhere stories live. Discover now