Chapter 18

64 3 0
                                    

Sudah beberapa minggu berlalu sejak Kaiser melamar Haira menjadi permaisuri dihatinya , kini mereka sibuk mencari barang-barang hantaran sebelum tarikh yang dinantikan tiba . Tinggal sebulan sahaja lagi mereka akan diijabkabulkan . Tidak lupa juga Rayden dan Fasya yang turut sama menemani bakal raja sehari mencari barang perkahwinan . Macam mana mereka turut serta ? mestilah Kaiser dan Haira yang mengheret . 

Barang hantaran belah lelaki sudah selesai dibeli , hantaran belah perempuan sahaja yang mereka sedang cari . Kini mereka semua berada di mall untuk mencari barang hantaran bagi pihak perempuan . Kaiser dan Haira berada di depan manakala Rayden dan Fasya berada di belakang . Malas mahu kacau pasangan di depan jadi mereka jalan di belakang . Apabila pasangan itu masuk ke kedai , mereka juga sama masuk. Rayden yang sudah penat mengekori mengambil keputusan untuk berjalan sendiri di sekitar mall . Hanya Fasya , Haira dan Kaiser yang masuk ke dalam kedai tersebut .

Sedang dia berjalan seorang diri dengan aman , tiba-tiba terdengar seseorang memanggil namanya . Suara yang sumbang memanggil namanya yang sedap . Rayden memusingkan badannya untuk mencari manusia yang telah memanggil namanya .

" Rayden ! " Rayden memutarkan matanya ke atas . 'nenek ni rupanya ingatkan siapalah tadi' desis hati Rayden .

" Eh Medina buat apa dekat sini ? " ramah Rayden yang dibuat - buat .

" Saja jalan-jalan . You sorang je ke ? Rayyan mana ? " tanya Medina seraya meliarkan matanya mencari kelibat si buah hati.

" Takla bertiga . Malaikat kiri kanan ni haa " Dia cukup menyampah dengan perempuan bernama Raysa Medina yang berada dihadapannya ini . 

" Ish you ni . I tanya elok elok tu jawablah elok elok " Rayden yang menyampah dengan Medina, mengajuk semula dengan lenggok yang gedik .

" Kaiser mana ? Tak ikut ke ? " Medina hanya membiarkan sahaja Rayden mengajuk dirinya . Kalau dilayan dia juga yang sakit hati jadi dia biarkan sahaja . Rayden kalau dengan dia mana pernah nak elok . Ada sahaja perkara yang Rayden buat untuk sakitkan hati dia.

" Eh kau ada nampak dia dengan aku ke sekarang ni ? Tak kan ? Dia tu sibuk dengan bakal bini dia . Yang kau sibuk pahal ? " Senafas Rayden memberitahu . Penatlah nak jawab soalan perempuan ni . 

" HAH !? Bakal bini ? What do you mean ? " Merah padam muka Medina , panas hatinya .

" Belajar je tinggi bakal bini pun tak tahu ke ? Bakal bini la bakal bini tahu tak ? Bakal isteri . Future wife . Kena kahwin salam tok kadi lepastu kepak kepak ayam " Bukan Raydenlah namanya kalau tak serius.

" Siapa future wife dia ? Kenapa I tak tahu dia nak kahwin ? " Medina merengus . Sakit hati , geram semua ada .

" Sekarang kau dah tahu kan ? By the way nah kad " Rayden menyerahkan kad pernikahan Kaiser dan Haira kepada Medina . Mana dia dapat kad ? Heh ini Rayden . Apa je yang dia tak ada . Smirk .

" Jemput hadir ya . Ciao " Rayden mengukirkan senyum jahat seraya menjeling Medina . Rayden berjalan meninggalkan Medina yang terkebil-kebil . Masih menghadam perkataan Rayden mungkin . Puas hatinya .

Apabila susuk tubuh Rayden sudah tidak kelihatan , dengan cepat Medina membuka kad yang bersampul . Medina membulatkan matanya . Tidak percaya dengan apa yang dibacanya sebentar tadi .

Impossible

How ?

Why ?

★ ۰ ໋࣭ ۰ ໋࣭★ ⋆. 

Ketika ralit Haira dan Kaiser memilih barang untuk dijadikan hantaran , Fasya disebelah Haira meliarkan mata mencari susuk tubuh Rayden . Dari tadi menghilang , tak nampak batang hidung . Haira yang perasan Fasya seperti tidak senang duduk , bertanya .

" Sya , kenapa ni ? " berkerut dahi Haira .

" Tak , Encik Rayden ni entah hilang kemana "

" Tayah risaulah , dia tu kalau dalam mall lagi suka jalan sorang - sorang . Kejap lagi muncul lah tu " Kaiser bersuara .

" Ehem ehem , ada orang mengumpat Rayden Khareef ke tadi ? " tiba - tiba sahaja muncul menayangkan muka tidak bersalah .

" Mengelat je kerja kau kan " ujar Kaiser seperti bapa memarahi anak .

" Eh kerja aku tolong bawa barang aje " selamba Rayden menjawab . Takpela , berguna lah juga . Tengoklah tangannya itu , penuh dengan barang yang dibeli tadi .

Selesai membuat bayaran , mereka bergerak pulang . Mereka terpaksa membeli sendiri barang hantaran kerana mereka sudah tiada ibu dan bapa , tiada orang lain yang dapat membantu selain diri mereka sendiri .

Kaiser dan Rayden menghantar Haira dan Fasya pulang , mereka menaiki satu kereta . Semenjak Haira sibuk menguruskan barang untuk majlisnya , Fasya menginap di rumah sewa Haira untuk membantu . Memandangkan Haira pernah bekerja sebagai penggubah hantaran , kerja ini menjadi mudah untuk mereka . Kaiser dan Rayden pula dibantu oleh Mak Pah . Mak Pah kan otai , mestilah tahu . Mereka mengguna konsep ' hidden hantaran ' berwarna silver . Biarlah barang hantaran yang diberi menjadi rahsia .

★ ۰ ໋࣭   ۰ ໋࣭★ ⋆.

Selesai membaca al-Quran , Kaiser terdengar seseorang mengetuk pintu biliknya . Kaiser menyimpan rehal dan al-Qurannya lalu membuka pintu . Terjengul wajah Rayden yang sedang tersengih . Dari segi pakaian macam baru siap solat dengan kain pelikatnya , t shirt jerseynya .

" Aku nak cakap sikit ngan kau boleh ? "

" Masuklah " Kaiser meluaskan pintu biliknya memberi ruang kepada Rayden untuk masuk .

" Ada apa ni ? " Kaiser memandang pelik kepada Rayden .

Rayden duduk di sofa yang tersedia di dalam bilik abangnya , begitu juga Kaiser.

" Siang tadi masa aku tengah jalan sorang - sorang dalam mall , aku terserempak dengan Medina " Rayden memulakan cerita .

" Okay , lepastu " balas Kaiser dengan nada biasa .

" Dia sibuk tanya kau mana kau mana , aku geram sangat aku kata lah yang kau tengah sibuk cari barang hantaran dengan bakal bini . Lepastu aku bagi kad kahwin korang . Apa lagi ? Terjegil biji mata dia " terbahak - bahak Rayden ketawa . Dari dulu lagi dia tidak suka dengan Medina , perangai tak berubah dari dulu sampai sekarang . Gatal !

" HAHAHA bagus kau ni . Tak payah aku nak kena jumpa dia semata - mata nak bagi kad " Kaiser menepuk bahu Rayden . Ikutkan hati dia tidak mahu Medina tahu tentang ini . Tetapi memandangkan Dr Linda banyak berjasa kepada keluarganya , jemput sahajalah .

Dia juga tidak suka dengan perangai Medina yang tidak tahu malu dengan lelaki . Harap sahaja bertudung dan berpendidikan tinggi . Mereka sekeluarga terpaksa berbaik dengan Medina kerana tidak mahu Dr Linda berkecil hati . Kaiser juga tahu yang Medina sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya . Harap - harap majlis akad nikahnya nanti tidak dikacau oleh Medina .


Continued

Kekasih CandraWhere stories live. Discover now