3

73 12 7
                                    

"Soojin,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Soojin,"


Soojin menoleh, dilihatnya Renjun sedang menatapnya risau.

"Wae?"

"Kau..kau menangis ke semalam?" soalan itu membuatkan Soojin terdiam.

"Nangis? M-mana adalah." nafinya.

"Ya? Kenapa mata kau sembab? Macam baru lepas menangis."

"Eish, takde apalah. Mata aku memang macamni kot. Tak ada apa yang perlu dirisaukan, Renjun, aku okay je."

Renjun tersenyum nipis.

"Kalau macamtu, baiklah. Kau, kalau ada apa-apa masalah, bagitahu aku, ya?" kata Renjun sambil menatap gadis itu dalam-dalam.

Dan tatapan itu berjaya membuatkan jantung gadis itu berdegup dengan kencang.

"Ya."

⎯ ‧₊˚✧⎯

Sudah beberapa hari berlalu, dan Renjun perasan dengan perubahan Soojin.

Gadis itu semakin pendiam dan tidak bercakap dengan Renjun lagi. Dan itu membuatkan Renjun tidak senang duduk.

"Park Soojin,"

Soojin yang sedang mengelamun itu tersentak. Dia menoleh melihat lelaki itu.

"Ya?"

"Apa jadi pada kau? Kenapa kau macam dah taknak berkawan dengan aku?"

"Taknak berkawan? Mana ada."

"Tipu. Dulu, memang kau pendiam, tapi takdelah sampai macamni. Ini aku tegur pun, kadang-kadang tak dengar. Ada apa sebenarnya dengan kau, Soojin?" soal Renjun, terpancar wajah penuh kerisauan di wajahnya itu.

"Aku dah kata, aku okay je. Aku tak perlukan bantuan sesiapa. Kau tak perlu nak risaukan aku, Renjun." kata Soojin tegas.

"Bagaimana aku tak risaukan kau, Soojin? Kau kawan aku, kita kena jaga satu sama lain. Kenapa kau cuba elak aku?"

Air mata Soojin menitis mendengar itu. Dengan tidak semena-semena, dia bangun dan terus berlari ke tempat yang dia selalu kunjungi semasa bersedih, rooftop sekolah.

Pelajar di kelas itu terpinga-pinga melihat gadis itu. Renjun yang melihat itu hanya mendengus kasar dan duduk di tempatnya.

"Renjun, kau buat apa kat dia?" soal Lee Haechan, ketua kelas itu.

"Aku tanya kenapa dengan dia sebab lately dia macam nak jauhkan diri dari aku je. Aku suruh la dia bagitahu je masalah yang dia ada kat aku, pastu dia lari."

"Kau tak kejar dia ke? Pujuk la, maybe dia terasa dengan kau." gesa Haechan.

"Biarkan lah dia. Nak tegur sikit pun tak boleh." Renjun menggulingkan matanya.

"Kalau macamtu, biar aku pergi tengokkan dia. Takut dia buat apa-apa yang bahaya je."

"Eh t-tak payah. Biarkan je dia sorang."

"Hmph, jealous la tu." kata Haechan sambil tersenyum nakal.

Renjun menggosok lehernya sambil memandang ke tempat lain. Haechan menggelengkan kepalanya melihat itu. Dia duduk di tempatnya semula.

"Aku harap, kau tak buat apa-apa yang bahaya, Park Soojin."

Detik hati Renjun.

⎯ ‧₊˚✧⎯

rain, renjunWhere stories live. Discover now