6

58 12 1
                                    

Cuaca hari itu sangat buruk, malangnya, Soojin mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cuaca hari itu sangat buruk, malangnya, Soojin mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki hari ini. Jadi, pemandunya tidak mengambilnya, hanya mengambil Jisung.


"Aigoo, kalau aku tahu weather harini macamni, lebih baik aku balik dengan Jisung je tadi. Sudahlah payung tak bawa, haish nasib kau la Park Soojin." rungut Soojin sendirian.

Dia meneruskan perjalanannya sendirian, dengan air hujan yang mengenainya sedari tadi, dan juga dengan angin kuat yang mengenai pipi mulusnya.

Dia berpeluk tubuh sambil menggigil kesejukan. Angin menderu dengan sangat kuat, membuatkan dia berasa takut.

Tiba-tiba, dia terlihat suatu makhluk berada di hujung jalan yang dilaluinya itu. Dia menelan air liurnya.

Makhluk itu, hanyalah seekor kucing. Soojin amat takut pada haiwan itu, dan hanya Renjun yang tahu.

"Aaaaa, Renjun-ah..tolong la aku.." rayu Soojin sendirian.

Haiwan itu semakin menghampirinya, dan Soojin berundur. Dia semakin berundur dan akhirnya...

"PARK SOOJIN!"

Belum sempat gadis itu menoleh, dia dapat merasakan yang ada seseorang memeluknya dari belakang.

Soojin tersentak apabila melihat lelaki itu. Jantungnya yang berdegup kencang apabila melihat kucing tadi bertambah kencang apabila melihat susuk tubuh yang memeluknya.

"Kau hampir terjatuh, Soojin, nasib aku ada." kata lelaki itu, Huang Renjun.

"Beginilah kau, selalu buat aku risau." sambungnya.

Mulut Soojin terkunci. Tetapi bibirnya menggeletar hebat. Kerana kesejukan dan ditambah lagi dengan rasa takut dan terkejut dengan kehadiran Renjun.

Renjun yang melihat Soojin sedang menggigil itu segera memeluknya.

"Sudah hangat semula, bukan? Sudah, jom balik. Nanti demam pula lama-lama kat sini." Renjun tersenyum sambil membuka payungnya.

Dia kembali memeluk gadis itu dan mereka berjalan bersama di kedinginan itu.

Soojin melirik ke arah Renjun.

"B-boleh..boleh kita duduk sekejap?"

"Kenapa? Kau penat, ya? Tapi tengah hujan lagi ni."

"Takpe. Sekejap je ni. Kau boleh kan duduk berehat sekejap time hujan ni?" soal Soojin. Renjun tersenyum.

"Untuk kau, apa-apa pun boleh."

Jujur, pipi Soojin yang basah kerana air hujan itu mula memerah.

Mereka duduk di bangku di taman di situ. Renjun menatap gadis di sebelahnya itu.

"Apa yang kau nak cakapkan?"

⎯ ‧₊˚✧⎯

rain, renjunWhere stories live. Discover now