8

61 12 14
                                    

Sudah beberapa bulan berlalu dan Haechan mula berasa hairan melihat Renjun dan Soojin semakin rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah beberapa bulan berlalu dan Haechan mula berasa hairan melihat Renjun dan Soojin semakin rapat.

Dia menoleh melihat Jaemin di sebelahnya.

"Jaemin-ah, nak tanya sikit."

"Hm."

"Renjun dengan Soojin tu..aku tengok makin rapat." bisik Haechan.

"Itulah tu. Aku pun pelik tengok diorang. Dah macam couple." kata Jaemin. Haechan mengeluh.

Disangkanya Jaemin tahu tentang hubungan Renjun dan Soojin itu, rupanya, sama sahaja seperti dirinya.

Haechan bangun dan bergerak ke arah Jihoon.

Kelihatan Jihoon sedang tertunduk. Haechan mendengar esakan dari lelaki itu. Dia segera memegang lengan teman baiknya itu.

"Jihoon? Kau kenapa ni? Kau menangis ke?" soal Haechan, terpancar jelas riak wajah risaunya.

Jihoon mendongak sambil mengesat air matanya.

"Ikut aku." Jihoon bangun dan berjalan meninggalkan kelas itu. Haechan mengerutkan dahinya tetapi mengikut sahaja langkah lelaki itu.

Mereka sampai di rooftop sekolah. Jihoon duduk di situ sambil memeluk lututnya.

"Ada apa, Ji?"

"Kau tahu kan, aku pun crush kat Soojin?" Haechan mengganguk.

"Well, crush kita dah taken."

Haechan tersentak. Jadi, itulah sebabnya Renjun dan Soojin rapat?

Air mata Haechan menitis jua. Dia duduk di sebelah Jihoon. Dia menggosok-gosok belakang lelaki itu, tanda semangat.

Haechan dan Jihoon. Dua lelaki yang menyukai Park Soojin. Mereka berdua mula menjadi rapat semenjak tahu yang mereka berdua menyukai gadis yang sama.

Dan bila mengetahui yang gadis yang mereka sukai sudah diambil orang, ianya sangat sakit untuk diterima.

"Kenapa kau tak bagitahu aku selama ni?"

"Aku pun baru tahu, Chan. Tapi takpelah, tak baik kita nak meratapi orang punya. Dia memang ditakdirkan untuk Renjun. Kita sepatutnya tak boleh macamni, dah Haechan, wipe your tears. Kita kena kuat!" kata Jihoon sambil sedaya upaya mengukirkan senyuman sedangkan air matanya mengalir laju.

Haechan tersenyum pahit.

"Demi dia, aku akan cuba untuk kuat."

⎯ ‧₊˚✧⎯

rain, renjunWhere stories live. Discover now