5

55 12 4
                                    

"Jadi, itulah sebabnya kau jauhkan diri dari dia?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi, itulah sebabnya kau jauhkan diri dari dia?"


Soojin mengganguk. Lelaki itu, Lee Haechan mengganguk faham.

"Aku faham. Memang betul la apa yang kau buat ni. Tapi aku kesian tengok si Renjun tu, boring je dia takde siapa sebelah dia."

Diam.

"Soojin, aku nak tanya sikit boleh kan?"

"Hm."

"Is Renjun your comfort person?"

Soojin tersenyum.

"Iya. Dia comfort person aku. Bila aku dengan dia, aku rasa calm. Dia sentiasa sedia untuk mendengar segala masalah aku, dia sentiasa memberi kata-kata semangat setiap kali aku meluahkan masalah aku. Dia sentiasa menenangkan aku, dan dia juga sentiasa cuba untuk memberhentikan hujan aku." kata Soojin panjang lebar.

Haechan mengerutkan dahinya.

"Hujan?"

"Ya, air mata seperti hujan, bukan? Turun dengan sangat deras. Dia sentiasa cuba hentikannya dengan membuat aku tersenyum. Aku appreciate gila dia punya existence dalam hidup aku."

Haechan tersenyum kecil mendengar itu. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan berat.

"Aku harap dia pun ada perasaan yang sama pada kau. Sebab kalau korang couple, sumpah cute gila." Soojin tersenyum mendengar itu.

"Iya. Aku tak pernah berhenti berharap untuk itu berlaku."

⎯ ‧₊˚✧⎯

Keesokan harinya, Soojin memberanikan dirinya untuk ke sekolah. Dia perlu berhadapan dengan Renjun untuk menjelaskan perkara sebenar.

Sampai bila dia mahu lari dari lelaki itu?

Pintu kelas diketuk. Park Jihoon, salah seorang pelajar kelas itu segera meluru ke pintu dan memegang erat tangan Soojin.

"Kau ke mana, Soojin? Dah lama kau tak datang. Semua classmates dah rindukan kau, kau tahu? Apa jadi kat kau?" soal Jihoon, jelas kerisauan di nada suaranya.

Soojin tersenyum.

"Aku tak berapa sihat, maaf sebab buat korang semua risau. Aku janji, aku takkan disappear macamtu je lepasni, ya?" Soojin menaikkan tangannya ke kepala Jihoon dan mengusapnya.

Jihoon tersenyum dan mengganguk. Dia duduk di tempatnya semula.

Renjun yang melihat semua itu menggulingkan matanya. Dia merasakan tapak kaki Soojin hampir mendekatinya.

Soojin duduk di sebelah Renjun. Mata Renjun masih menatap ke bukunya, tidak bergerak, sesekali mengusap hidung yang gatal.

Soojin tidak berani membuka mulut apabila melihat Renjun yang sedari tadi mendiamkan diri itu.

Beberapa jam berlalu, dan loceng sudah berbunyi menandakan waktu persekolahan bagi hari itu tamat.

Soojin melihat ke sebelahnya, Renjun sedang mengemas barangannya ke dalam beg. Soojin melepaskan keluhan berat.

"Renjun-ah, aku minta maaf pasal haritu. Tapi aku buat semua tu bersebab. Oh ya, aku juga dah makan makanan yang kau bawa. Gomawo."

Soojin perlahan-lahan meninggalkan kelas itu. Selepas gadis itu keluar, Renjun menghela nafas berat.

Dia keluar dari kelas itu dan segera mengejar Soojin.

⎯ ‧₊˚✧⎯

rain, renjunWhere stories live. Discover now