01| noah for iris

127 11 10
                                    





Noah mengeluh sebaik fail ditutup. Letih betul buat kerja dari pagi sampai petang tak berhenti. Berhenti untuk solat je. Lepas tu, Noah sambung buat kerja balik.

Memang banyak kerja nak kena buat awal - awal tahun ni. Macam - macam promosi, iklan dan edisi awal tahun kena fikir. Walaupun Noah majikan, bukanlah bermaksud kerja dia tak banyak.

Baru je Noah nak lelapkan mata, pintu bilik dia diketuk dari luar. "Masuk."

Ainur, setiausaha Noah menjenguk. "Tuan, Puan Sri datang..." hampir tak keluar je suara Ainur memaklumkan bos dia tentang kehadiran bos dari segala bos itu.

The Chairman of Hawaradzi.

Mata Noah terus segar. Tahu je bila Ainur buat suara tak terkeluar macam tu. "Hm. Bagi dia masuk-"

"Kalau tak bagi pun, memang Mak Tok nak masuk." Puan Sri Hawa mencantas setiausaha Noah itu. Kaki dah masuk dan macam biasa, dia buat muka seriusnya.

Noah duduk tegak. "Duduk la. Jarang Mak Tok datang melawat Noah." Senyum memerli. Bukannya jarang, tapi kalau datang mengejut macam ni- mesti ada hal serius yang tak boleh Mak Tok dia ni nak tunda.

Puan Sri Hawa menjongket kening sambil tarik kerusi dan duduk dengan penuh bergaya. "Tahu pun. Mak Tok nak cakap pasal hal yang dah lama kita cakap dulu."

Dahi Noah berkerut. Dia duduk bersandar. "Hal apa? Pasal syarikat ke ni?" Dekat rumah mahupun dekat pejabat, Mak Tok tetap merupakan orang yang paling berkuasa.

Semua keputusan, Noah wajib ikut.

"Pasal Iris." Ringkas. Tapi Puan Sri Hawa pun tahu Noah tak bengap mana nak faham apa yang dikata. Dia tahu Noah faham makna dibalik dua perkataan tu.

Keras. Noah rasa badan dia dah mengeras. Hampir lupa dah hal ni. "Kenapa dengan Iris? Tak sihat ke?"

"Dah balik Malaysia. Mak Tok nak Noah ikut cakap Mak Tok macam asal. Kahwin dengan Iris." Tegas. Bukan permintaan dah. Tapi arahan dari Puan Sri Hawa.

Noah tertelan air liur sendiri. "T-tapi..."

Mata Puan Sri Hawa tajam pandang Noah walaupun cucu sulung dia tu tak sempat pun nak kemukakan sebab lagi. "Kenapa? Noah tak mahu?"

Kalau Noah bantah pun, ada dia kisah? Dia akan gunakan kuasa veto dia untuk buat Noah terima paksaannya.

Bawah bibir digigit. Noah menghembus nafas perlahan. Tak nak bunyi macam mengeluh sangat. Satgi kena serang dengan mak tok dia, naya je. "Baik. Tapi Mak Tok kena bagi masa untuk Noah putuskan hubungan Noah dengan Amni."

Dengar nama kekasih cucu sulungnya, Puan Sri Hawa buat muka tak senang. "Kan dah lama Mak Tok suruh Noah putus dengan dia? Dia tu tak sama taraf dengan kita!" Geram.

Bagi Puan Sri Hawa, girlfriend Noah tu tak ada maknanya. Datang dari keluarga biasa - biasa sahaja dan kolot. Entah - entah memang nak rampas semua harta keluarga mereka.

Hati Noah sakit. Siapa je suka dengar nama orang yang dia cinta, dikutuk? Tapi depan mak toknya, Noah senyum. "Noah lupa. Noah dah lama tak jumpa Amni, jadi Noah tak ingat."

Tak tipu pun. Memang hakikatnya Noah terlampau banyak kerja sampai selalu abaikan Amni. Jumpa apatah lagi. Noah kena pilih tempat yang jauh supaya Mak Tok dia tak tahu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

daylightWhere stories live. Discover now