Belum Pulang

17 2 1
                                    

Aiman adalah seorang pelajar tingkatan 5. Aiman mempunyai 2 orang adik dan seorang kakak, adiknya yang pertama berumur 5 tahun manakala yang kedua berumur 3 tahun. Kakak Aiman bekerja di sebuah kilang kotak yang tidak jauh dari rumahnya.

Pada suatu hari, Aiman pulang ke rumah sedikit lewat kerana latihan bola sepak. Jam menunjukkan pukul 6.45 petang namun Aiman masih belum lagi sampai kerumah. Ibu dan bapa Aiman mula berasa risau kerana Aiman tidak memberitahu kedua ibu bapanya tentang latihan bola sepak pada hari itu. Bapanya cuba untuk menelefon guru jurulatih Aiman iaitu cikgu Alim jika Aiman masih ada disekolah,tetapi gurunya memberitahu aiman sudah pulang beberapa minit yang lalu. Ibu bapanya merasa sedikit lega kerana Aiman mungkin masih dalam perjalanan kerumah.

Selang beberapa minit kemudian, Aiman berjalan di dalam sebuah ladang kelapa sawit. Ladang itu merupakan jalan pintas untuk Aiman pulang kerumah.

" Haih kenapa rasa mcm jauh pulak aku berjalan ni? Rasanya dah dekat 20 minit aku berjalan tapi masih tak sampai sampai lagi."
Keluh Aiman dengan rasa yang hairan.

Dengan tidak disedarinya langit sudah mulai gelap. Aiman lihat pada jam tangan G-Shock nya yang dibelikan kakak pada ulang tahunnya beberapa hari yang lalu. Jam menunjukkan pukul 7.15 malam, Aiman mulai berasa takut dan gelisah kerana kebiasaannya perjalan dari sekolah ke rumahnya melalui jalan itu hanya akan mengambil masa selama 10 ke 15 minit sahaja. Namun setelah 30 minit berjalan, dia masih tidak sampai ke rumahnya.

" Ehh? Aku salah jalan ke? Setahu aku betul je jalan aku ikut ni? Dah 30 minit aku berjalan masih lagi kat dalam ladang kelapa sawit ni lagi."
Kata Aiman dengan nada yang gelisah.

Aiman mula lihat sekelilingnya dan perasan yang seolah-olah dia telah melalui tempat yang sama berulang kali. Aiman cuba jalan kearah lain namun dia tetap rasa seperti dia masih ditempat sama. Dengan rasa takut Aiman mengambil sebatang ranting dan menyucuknya ketanah sebagai penanda bahawa dia pernah lalu disitu. Sekali lagi dia berjalan kearah lain. Alangkah terkejutnya Aiman setelah melihat ranting yang sama sekali lagi dihadapannya.

" Ehh?! Macam mana ranting tu boleh ada dekat situ? Ya Allah, apa yang berlaku ni?" Aiman mula merasa sangat takut.

Walaubagaimanapun, Aiman masih ingat kata-kata ayahnya yang manusia tidak perlu takut kepada jin atau syaitan. Mereka hanya  suka mengusik manusia, berdoa saja pada Allah dan dengan izinnya jin dan syaitan akan berhenti mengganggu kita.

Aiman mula membaca ayat kursi lalu meniup kearah depan dan belakang. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Dia cuba sekali lagi jalan kearah lain namun tetap berulang ke tempat yang sama. Sementara itu dirumahnya, bapa dan ibu Aiman telah merasa takut kerana Aiman masih tidak kunjung pulang. Bapanya cuba menelefon kakak, tetapi kakaknya masih sibuk ditempat kerja.

" Ya Allah, mana anak aku Ya Allah? Selamatkanlah dia ya rabbi" Doa ibu Aiman dengan nada gelisah.

" Jangan awak risau, mungkin dia pergi rumah kawan agaknya. Kita tunggu sampai kaklong balik, nanti kita minta je dia cari Aiman. Awak jangan pandai-pandai pulak nak pegi keluar cari dia, dah malam ni" Kata bapanya sambil membaca surat khabar.

Aiman mula berasa buntu. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Dia cuba menjerit meminta tolong tapi usahanya itu sia-sia. Kawasan ladang sawit itu luas dan tidak mungkin sesiapa akan mendengar suaranya walaupun dia menjerit sekuat hati. Sekali lagi Aiman melihat jam tangannya, namun jam tangannya itu sudah berhenti berfungsi. Jarum kecil jamnya tidak lagi bergerak dan jarum besar masih lagi menunjukkan jam 7.20.

Malay Short Horror StoriesWhere stories live. Discover now