Mimpi

9 1 0
                                    

Flat Seri Santi dibina pada tahun 2008. Flat ini dibina diatas sebuah tapak tinggalan sebuah keluarga.Namun, disebabkan tiada waris yang menuntut tanah itu, ianya digunakan sebagai tapak kerajaan untuk rancangan perumahan.

Pada tahun 2012 terjadinya sebuah tragedi yang melanda 23 keluarga yang tinggal di salah satu banggunan perumahan itu. Kebakaran telah berlaku dan memusnahkan hampir keseluruhan banggunan itu. Salah satu keluarga yang tekorban merupakan keluarga yang amat dikenali penduduk Flat Seri Santi kerana ketua keluarga itu yang dipanggil Mat Abu.

Mat Abu ini adalah seorang bomoh yang telah membantu ramai penduduk kawasan itu. Malah, ramai yang datang dari jauh untuk berjumpa dengannya. Mat Abu mahir dalam mematikan santau, membuang saka dan 'membersihkan' mana-mana rumah yang diganggu makhluk halus.

Pada satu hari, Mat Abu telah melakukan upacara membuang saka untuk seorang wanita. Wanita itu tanpa sengaja telah menerima saka yang jatuh dari neneknya iaitu saka penggerun. Saka ini dilupakan, menyebabkan dia mengacau dan merosakkan keluarga wanita itu. Walaupun dengan kemahiran Mat Abu, dia gagal menyimpan saka itu dan saka itu terlepas.

Ramai yang mengatakan peristiwa yang melanda 23 keluarga itu adalah disebabkan kegagalan Mat Abu, ini kerana api yang menyambar banggunan itu bukanlah disebabkan khianat atau 'short circuit'. Tetapi punca kebakaran itu tidak dapat dijumpai hingga ke hari ini.

Pada tahun 2017, banggunan itu telah dibaik pulih dan kembali beroperasi semula. Namun, setiap keluarga yang menetap didalam banggunan flat itu sering diganggu oleh makhluk yang tidak dapat diketahui asal usulnya. Ada yang mengatakan mereka diganggu oleh roh mereka yang tekorban semasa tragedi yang lepas. Namun, ramai yang menangkis desas-desus ini dan mengatakan bahawa itu adalah jin saka yang tidak dapat ditangkap Mat Abu sebelum ini.

Lot rumah B-3-18, salah satu rumah yang keluarganya tekorban ketika tragedi tahun 2012 itu kini didiami oleh 2 wanita yang kedua-duanya berumur 21 tahun. Mereka adalah pekerja sebuah pejabat berdekatan flat itu. Aminah dan Laili, menetap di lot rumah itu baru berpindah kesitu beberapa hari. Mereka tidak tahu akan keluarga sebelumnya itu.

Suatu malam, Aminah sedang menonton cerita seram diruang tamu. Manakala Laili sedang berehat di atas katilnya setelah penat bekerja. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk, Aminah menjawab ketukan itu dan membuka pintu.

"Hai dik, saya jiran sebelah rumah. Ni ada sikit kudap-kudap. Saudara akak datang tadi, tapi banyak kuih ni tak habis. Makanlah ya. Kamu sorang je ke? Bila pindah sini? Akak baru tadi perasan masa kamu balik".
Seorang wanita melayu yang berumur dalam lingkungan 30-an memberikan Aminah sebekas kuih keria.

"Terima kasih kak, nama saya Aminah. Sorang lagi kawan saya ada dalam bilik tu. Nama dia Laili. Kitorang baru je pindah sebab kerja dekat-dekat sini. Ni nak panggil apa?"
Kata Aminah menjawab pertanyaan wanita itu.

"Panggil je kak Lin. Akak dah lama tinggal flat sini. Adalah dalam 2 tahun. Okaylah, akak balik dulu nanti bising pulak abang kau tu".
Kata Kak Lin kepada Aminah.

Kak Lin lalu pulang kerumahnya dan Aminah menutup pintu dan memanggil Laili. Mereka duduk dihadapan television sambil memakan kuih keria pemberian Kak Lin tadi. Tepat jam 12:00 tengah malam, pintu rumah mereka sekali lagi diketuk. Namun, ketukan itu sedikit pelik kerana setiap ketukan sangatlah kuat dan jarak masa antara setiap ketukan agak panjang. Aminah pergi ke pintu dan melihat siapa yang mengetuk pintu mereka pada waktu tengah malam itu. Seorang lelaki berjubah hitam dengan janggut yang putih sedang berdiri dihadapan rumah mereka.

"Siapa tu?"
Kata Aminah tanpa membuka pintu.

Lelaki itu tidak menjawab kemudian berlalu pergi tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Aminah berasa hairan, namun sambung menonton televisyen bersama Laili.

Malay Short Horror StoriesTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang