Mana Nenek?

3 2 0
                                    

Kisah bermula pada tahun 1979. Pada waktu itu, kampung Kebun Serai masih tidak banyak lagi penduduk. Hanya beberapa biji rumah sahaja yang dapat dilihat, selebihnya berada jauh didalam hutan dan terpencil daripada kawasan perkampungan yang lain.

Afikah adalah seorang anak gadis yang tercantik didalam Kampung Kebun Serai. Semua penduduk kampung memuji kejelitaan Afikah. Bukan sahaja cantik, akhlaknya juga sangat disegani penduduk kampung. Afikah tidak mempunyai adik beradik, ibunya meninggal dunia setelah melahirkan dia. Dari kecil ayah kepada Afikah ini telah menjaganya hinggalah dewasa. Ayahnya merupakan seorang pekebun getah, walaupun dengan pekerjaannya yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Namun dia mampu memberikan tempat tinggal dan kemewahan kepada anak gadisnya itu disebabkan kebolehannya untuk bertukang.

Pada suatu hari, seorang lelaki dari kampung yang tidak jauh dari situ datang ke kampung tempat tinggal gadis jelita itu. Lelaki itu dikatakan dihantar oleh seorang Dato untuk mencari gadis yang cantik untuk dijadikan isteri kepada anaknya. Mendengar berita itu, ayah Afikah memberitahu lelaki itu bahawa dia mempunyai seorang gadis yang sesuai dengan kehendak Dato itu dan segera membawa lelaki itu kerumah untuk ditunjukkan anak gadisnya itu.

Alangkah terkesima lelaki itu melihat Afikah.

" Cantik sungguh anak encik! Ya! Saya pasti, bos saya mesti akan suka dengan anak encik. Saya akan datang balik kesini esok." Ujar lelaki itu dengan gembira.

Keesokan harinya Dato itu datang membawa anaknya berjumpa Afikah dan ayahnya. Mereka bersetuju untuk mengahwinkan Afikah dan anak Dato itu. Mereka bercadang untuk mengahwinkan mereka secepat mungkin. Kerana kononnya lelaki itu perlu tinggal dia luar negara untuk beberapa bulan, jadi dia perlu dijaga oleh seorang mahram disana.

Sewaktu di luar negara. Afikah sering didera dan dimaki suaminya. Suaminya itu sebenarnya seorang yang panas baran, kaki minum dan kaki perempuan. Afikah berasa tidak tahan lagi dan merayu kepada suaminya untuk dihantar pulang. Namun suaminya tidak benarkan. Sebaik sahaja sampai ke tanah air setelah 6 bukan di negara asing, suami Afikah mengungutnya untuk tidak memberi tahu sesiapa tentang apa yang berlaku sewaktu mereka diluar negara. Walaupun tahu suaminya seorang yang kejam, namun Afikah tetap berdiam diri kerana dia berfikir bahawa suaminya pasti akan berubah.

Sehinggalah suatu hari Afikah didapati mengandung dengan anak kembar. Beberapa hari selepas itu, suaminya menceraikan dia dengan talak 3. Walaupun sedih, namun Afikah juga merasa bersyukur. Tetapi dia tetap berfikir, bagaimanakah anaknya nanti tanpa seorang ayah.

Selang 30 tahun kemudian, anak Afikah sudah dewasa. Afikah hidup dengan sangat gembira selama membesarkan anak-anaknya itu. Walaubagaimanapun, selama 30 tahun membesarkan anaknya. Pelbagai cabaran yang telah menimpa Afikah. Ayahnya meninggal dunia sebaik sahaja anak-anaknya yang berumur 8 tahun. Sejak itu, pelbagai kisah seram yang dihadapinya juga.

Pada suatu malam, Afikah dikejutkan dengan suatu bunyi dentuman yang kuat datang dari dapur rumahnya. Sewaktu dia sampai ke dapurnya itu, Afika terkejut melihat pinggan dan mangkuknya bertaburan diatas lantai. Meja dan kerusi berselerak. Afikah tidak terlalu menghiraukan perkara ini. Kerana dia sudah biasa. Anaknya yang sekarang sudah berkeluarga, tidak lagi tinggal bersamanya. Walau begitu, dia tetap kuat menjaga diri.

Sewaktu perjalanan pulang ke bilik, terlihat seperti susuk tubuh seseorang yang berdiri di bucu katil biliknya itu. Biliknya yang gelap tanpa disuluhi cahaya tidak membantu Afikah untuk melihat siapa didalam biliknya itu. Afikah lalu berkata.

"Woi! Siapa kau? Ini rumah aku!! Keluar!!"

Dengan tiba-tiba jelmaan itu menghilang tanpa jejak. Afikah dengan beraninya masuk ke bilik dan menyambung tidurnya. Fikiran Afikah semakin serabut, gangguan yang dialaminya semakin teruk. Dia telah cuba untuk memanggil ustaz untuk menghalau gangguan itu, tetapi setiap usahanya itu sia-sia. Ada beberapa ustaz yang mengatakan bahawa gangguannya itu dihantar oleh seseorang. Bukan sahaja seekor, tetapi jin yang dihantar itu telahpun beranak-pinak. Afikah hanya mampu bertahan dan mengabaikannya. Oleh kerana itulah Afikah tidak membenarkan anak-anaknya tinggal bersamanya. Jika anak-anak dan cucu-cucunya ingin melawat dia, mereka perlu pulang pada hari yang sama. Kerana gangguan itu lebih aktif pada waktu malam.

Malay Short Horror StoriesDonde viven las historias. Descúbrelo ahora