Ruang Pintu

2 2 0
                                    

Aiman adalah seorang pekerja sebuah kafe yang terletak di Kuala Lumpur. Dia tinggal berseorangan disebuah rumah sewa yang berada dekat dengan tempat kerjanya itu. Aiman seorang yang skeptikal dengan perkara ghaib. Baginya, pada zaman moden ini perkara seperti santau,bomoh dan jin adalah tidak relevan. Tambahnya lagi, manusia lebih menakutkan berbanding jin dan iblis.

Rumah sewanya itu adalah rumah terbiar sebelum Aiman berpindah kesitu. Tuan rumah itu memberitahu Aiman, rumah itu adalah rumah peninggalan adik iparnya yang telah meninggal dunia. Adik perempuannya tidak mampu untuk membayar bil air dan eletrik jadi adiknya tinggal bersamanya. Rumah itu telah terbiar hampir 2 tahun,m. Namun, setelah dinaik taraf. Rumah itu terlihat cantik dan seolah-olah tidak pernah ditinggalkan.

Pada suatu hari, Aiman menjemput rakan-rakannya kerumahnya. Pada malamnya, salah seorang rakannya bercadang untuk bermain Ouija Board. Permainan yang sangat dikenali ramai sebagai permainan yang sangatlah bahaya itu adalah hanya permainan karut bagi Aiman. Jadi, rakannya mencabarnya untuk bermain.

Pada mulanya Aiman menolak, tetapi setelah beberapa kali diejek dan dihasut, dia setuju. Mereka mula bermain tepat jam 12.00 malam. Mereka menanyakan pelbagai soalan kepada papan itu tetapi tiada jawapan. Mereka hanya bergelak ketawa sambil mencaci dan mengatakan bahawa hantu itu hanyalah olok-olok sahaja.

"Hahaha! Apebende ni? Mana hantunya? Betul-betul mainan budak-budak lah bende ni"
Kata rakan Aiman iaitu Shahmi.

"Kan aku dah kata. Buang masa je main bendealah ni. Baik kita main game FIFA ke PES ke best jugak"
Tambah Aiman.

Tanpa 'menutup' permainan itu, Aiman dan rakan-rakannya meninggalkan Ouija Bord itu di atas meja dan menuju ke ruang tamu untuk bermain FIFA. Bagi mereka yang tidak tahu, antara syarat bermain Ouija Bord adalah pemain tidak boleh melepaskan jari daripada 'planchette' atau penanda huruf sebelum menamatkan permainan dengan menggerakkan penanda itu kearah 'Goodbye'. Jika pemain tidak melakukan perkara ini, hubungan antara mereka dengan 'spirit' tidak dapat diputuskan.

Aiman dan rakan-rakannya tidak mengendahkan syarat itu dan hanya membiarkan papan Ouija itu. Tanpa mereka sedari, penanda papan itu mula bergerak dan berhenti di perkataan 'YES'. Agak pelik dan janggal, tiada siapa yang berada berdekatan meja itu dan papan itu tidak mempunyai sebarang eletronik untuk menggerakkan penanda itu tadi. Dengan tiba-tiba papan Ouija itu tadi seperti dibaling dengan kuat kearah ruang tamu. Aiman dan rakan-rakannya yang berada disitu terperanjat kerana papan itu hampir-hampir mengenai televisyen. Walaupun dalam keadaan terkejut dan sedikit takut, Aiman menengking rakan-rakannya dan menuduh mereka cuba menakut-nakutkannya.

"WOI!!! Kurang ajar eyh! Sikit lagi nak kene TV aku tau tak!! Sapa buat tu? Jawab cepat!"
Terkah Aiman.

Kawan-kawannya hanya menggelengkan kepala sambil melihat kearah Aiman. Sewaktu Aiman sedang marah, penanda (planchette) itu tadi bergerak dengan perlahan kearah Aiman. Aiman mengangkat penanda itu dan membalingnya ketepi. Dia masih berfikir yang rakan-rakannya itu masih cuba menakutkan dia. Seorang rakannya cuba menenangkan Aiman dan berkata yang mereka tidak melakukan apa-apa untuk menakutkan Aiman. Mereka sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Walaupun dalam keadaan marah, Aiman mulai percaya dengan rakannya itu kerana muka mereka yang tadi ceria berubah pucat.

"Eh? Takut? Tadi bukan main berani korang ehh..Ni baru barang terbang sikit korang dah seram? Alahh ni semua takde benda ni, dia nak acah-acah je. WOI!! Kalau kau berani sangat!! Mehlah datang depan aku!!"
Jerit Aiman mencabar makhluk yang tidak dinampaknya itu.

Selang beberapa saat kemudian, barang-barang disekeliling mereka bergetar dengan sendiri seperti sedang dilanda gempa bumi. Rakan-rakan menjadi terlampau takut dan berlari keluar dari rumah itu. Tinggallah Aiman seorang diri.

"Lahh lari? Lemah korang ni. Tadi bukan main lagi kata itu ini. Akhir-akhirnya habuk pon takde"

"Lantak koranglah nak lari ke nak apa. Baik aku masuk bilik tidur je. Kau hantu, kau main jauh-jauh. Malas aku nak layan"

Aiman mengunci pintu lalu masuk kebilik tidurnya. Sebaik sahaja didalam biliknya, pintu rumahnya diketuk. Aiman berfikir yang mungkin itu adalah rakannya yang tertinggal sesuatu dirumahnya. Jadi, dia membuka pintu tetapi tiada sesiapa yang berada dihadapan rumahnya. Sewaktu melihat diluar rumahnya. Aiman merasakan seperti sesuatu berjalan disisinya masuk kedalam rumah. Angin yang sepoi-sepoi bahasa berlalu ditepi Aiman.

"Main-mainlah korang. Benda ikut korang balik baru korang tau"
Kata Aiman menganggap rakan-rakannya yang mengetuk pintunya tadi.

Aiman menutup pintu dan pergi kebiliknya lagi. Ketika kakinya hampir masuk kebilik, pintunya diketuk lagi. Tetapi Aiman tidak mengendahkannya dan masuk kedalam bilik. Dia terus baring diatas katil tanpa menutup lampu. Sebaik sahaja Aiman menutupkan kedua-dua matanya. Aiman terdengar bunyi tapak kaki yang datang dari luar biliknya.

"Ehh sapa pulak tu? Bukan semua dah lari keluar ke tadi? Seingat aku pintu aku dah kunci depan belakang. Mana pulak datang orang lagi"

Aiman keluar dari biliknya dan memeriksa dari mana datangnya bunyi tapak kaki itu, tetapi gagal. Bunyi itu seperti datang dari semua arah dan berpindah-pindah. Hatinya mulai rasa tidak sedap, dia berlari masuk kebiliknya dan mengunci pintu. Lalu, dia menyarungkan selimut diseluruh badannya dan cuba untuk lelap.

"Aiman!! Aiman!!"
Terdengar jeritan dari luar biliknya.

"Aiman, tolong aku jap Aiman"
Suara yang sama datang dari luar biliknya.

Aiman berasa pelik, suara itu seperti suara rakannya yang datang tadi. Tetapi Aiman ingat dengan sangat jelas yang rakannya itu yang mula-mula sekali lari keluar sebentar tadi. Aiman mengintai pintu biliknya itu daripada dalam selimut. Tiba-tiba pula kedengaran ketukan daripada tingkap biliknya yang menghala kearah depan rumahnya. Aiman pergi menuju kearah tingkap dan membuka tingkap biliknya. Rakannya berada diluar rumahnya. Suara yang didengari dari ruang tamunya itu adalah suara rakannya yang ada didepan tingkap biliknya tadi.

"Aiman,aku pun dengar. Siapa tu? Kenapa suara dia macam aku?"

Aiman mulai rasa seram sejuk. Jantungnya mulai berdegup laju, matanya kaku melihat kearah pintu biliknya.

"Aiman, bukak kejap pintu ni. Aku nak minta tolong ni"

Kali ini Aiman terduduk. Walaupun takut, dia juga masih terfikir suara siapa yang berada diruang tamunya itu? Adakah mungkin rakannya merakam suaranya sendiri lalu meletakkan telefonnya diluar dan membuka suara rakaman itu untuk menakutkan Aiman?

Dari kedudukannya itu, terlihat seperti bayang-bayang yang datang dari bawah pintu biliknya. Dari sedikir ruang dibawah pintu itu, Aiman mengintai keruang tamu. Rakannya ada diluar kelihatan seperti sangat takut sambil bersandar kearah pintu. Aiman terkejut lalu memandang kearah tingkap.

Ditingkap itu bukanlah rakannya, tetapi seekor makhluk dengan tiada mata sedang tersenyum melihat Aiman.

"HAHAHAHHAHA!!! KOLOT? TIPU? TENGOK MUKA AKU!! INI OLOK-OLOK?!"
Jerit makhluk itu kepada Aiman.

Aiman menjerit dan pengsan ditempat kedudukannya tadi. Keesokan harinya Aiman sedar. Dia berada di hospital. Salah seorang rakannya ada ditepi Aiman. Rakannya memberitahu Aiman dijumpai pengsan didalam biliknya dengan penanda (planchette) Ouija Board yang mereka gunakan semalam didalam mulutnya yang sedang berdarah kerana bucu penanda itu yang tajam. Aiman bernasib baik kerana pendarahan itu tidak menyebabkan Aiman tercekik dengan darah kerana rakannya sempat membawa Aiman ke hospital sebelum perkara itu berlaku. Sejak dari hari itu, Aiman tidak lagi berkata buruk tentang perkara ghaib. Dirinya yang sebelum ini berani kini menjadi seorang yang sangat takut dengan hantu.

Malay Short Horror StoriesDonde viven las historias. Descúbrelo ahora