Mimpi (Part 2)

4 2 0
                                    

Jantung Laili berdegup semakin laju,pintunya diketuk tanpa henti dari arah luar. Laili tidak berani untuk membuka pintu. Malah, dia hanya mampu duduk sambil menggigil ketakutan diatas katilnya. Laili teringat akan pesan arwah atuknya dahulu.

"Kalau rasa takut,kalau rasa tak sedap hati. Baca 3 qul,ayat kursi dan Al-Fatihah. Tiup di dua telapak tangan lepastu sapu dekat muka. Niatkan dalam hati supaya Allah kuatkan hati,ingat Allah tu tuhan sekalian alam. Sekuat atau sehebat mana ciptaannya, Allah lagi kuat"

Laili ikut pesanan arwah atuknya itu dan cuma memberanikan diri membuka pintu biliknya itu. Sebaik sahaja dia membuka pintu, ketukan itu berhenti tetapi tiada sesiapa yang dapat dilihat mengetuk pintunya itu. Laili kemudian mengetuk pintu bilik Aminah. Aminah keluar dengan muka yang mamai.

"Kau kenapa ni Laili? Aku tengah sedap tidur kau kacau tengah-tengah malam ni. Kenapa?"
Tanya Aminah.

"Aku mimpi tak baiklah tadi Aminah, kau tengok lengan aku. Ada kesan calar macam kene cakar. Lepastu tadi aku dengar orang ketuk pintu aku tu,lama pulak tu dia ketuk"
Ujah Laili menjawab pertanyaan Aminah tadi.

Tanpa disedari mereka, pintu rumah mereka diketuk. Kali ini dengan lebih kuat, tetapi tidak berselang-seli. Aminah dengan beraninya membuka pintu, selepas dibuka ada seorang lelaki berjubah hitam dihadapan rumah mereka.

"Assalammualaikum, cik ni tuan rumah ni ke? Nama saya Khadir. Panggil je ustaz Khadir, saya imam surau kawasan flat ni"
Kata lelaki berjubah hitam tadi.

Ustaz Khadir menerangkan bahawa hari sebelumnya ada seorang wanita tua yang meninggal dunia. Anaknya dijumpai mati kerana bunuh diri. Rumah mereka benar-benar berhadapan dengan rumah kedua-dua arwah itu. Mereka terkejut, lalu menanyakan mengapa ustaz itu mengetuk pintu rumah mereka pada waktu sebegitu.

"Sebenarnya awal tadi kawan saya dah datang, nak minta tolong cik berdua jagakan jenazah makcik depan rumah ni sebab kami berdua ada hal yang tak dapat dielakkan. Kami fikir mungkin cik berdua dah balik, jadi kami cuba ketuk lagi tak masih tak berjawab. Dan sebenarnya, saya nampak macam ada seorang lelaki masuk rumah ni tadi. Jadi saya rasa tak sedap hati"
Kata Ustaz Khadir.

Laili dan Aminah terkejut, setahu mereka tiada sesiapa yang ada kunci rumah itu kecuali mereka berdua. Tuan rumah itu adalah seorang wanita janda, jadi mustahil untuk seorang lelaki mempunyai kunci rumah mereka itu.

"Ehh lelaki? Kami berdua je dalam rumah ni Ustaz."
Kata Aminah.

"Hahaha. Sebab itulah saya tak sedap hati. Sebab lelaki tu masuk tak bukak pintu. Faham?"
Kata Ustaz Khadir dengan nada bergurau.

Laili dan Aminah memandang kearah diri masing-masing. Tanpa banyak bertanya, Aminah meminta tolong kepada Ustaz Khadir untuk menghalau 'benda' yang berada didalam rumah mereka itu. Ustaz Khadir memberitahu yang dia tidak mahir dengan perkara seperti itu. Tetapi dia memberi cadangan untuk mereka, mereka tidak boleh tidur didalam rumah kerana risau jika apa-apa yang tidak diingini berlaku. Apatah lagi selepas Laili dikacau oleh sesuatu didalam mimpinya.

Mereka berdua bercadang untuk menumpang rumah ibu Ustaz Khadir yang tinggal 1 tingkat bawah dari mereka. Keesokan harinya, mereka keluar untuk membeli-belah tanpa ada apa-apa gangguan. Pada waktu malam sebaik sahaja Laili dan Aminah pulang kembali ke rumah mereka. Mereka dapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Perkakasan rumah, barang solekan dan baju-baju mereka bersepah di atas lantai. Seperti kapal dilambung ombak, rumah mereka menjadi tunggang-langgang. Laili dan Aminah mengambil masa hampir 1 jam untuk mengemas barang-barang yang berada diatas lantai. Paling tidak masuk akal, duit dan barang kemas mereka tidak terusik. Siapa yang sebenarnya yang telah memecah masuk rumah mereka?

Tepat jam 12.00 tengah malam, Laili dan Aminah tidur awal kerana mereka perlu bekerja keesokan harinya. Sekali lagi malam itu pintu rumah mereka diketuk, Laili bangun dan tanpa berfikir panjang membuka pintu itu menganggap bahawa Ustaz Khadir yang mengetuknya. Tertanya tanggapannya itu salah. Seorang lelaki sedang berdiri dihadapan pintu rumahnya dengan belakangnya menghadap ke arah Laili. Bajunya koyak-koyak dan terdapat kesan terbakar diseluruh kawasan badannya yang dapat dilihat. Lelaki itu tidak bergerak walau sedikitpun, Laili dengan pantas menutup pintu dan berlari kepada Aminah.

"AMINAH!! AMINAH!!! ADA BENDE KAT DEPAN PINTU RUMAH!!"
Jerit Laili.

"Ye, kejap kejap"
Balas Aminah.

Laili menceritakan tentang apa yang dilihatnya, Aminah hanya berkata bahawa Laili hanya mengingau. Namun kata-kata Aminah itu dibuktikan salah selepas ketukan yang sama dapat didengari sekali lagi. Namun, kali ini bunyi ketukan itu seperti datang dari arah dalam rumah itu sendiri. Mereka berdua terkejut dan kaku. Aminah yang masih mamai tadi susah kembali segar. Mereka cuba mencari dari mana datangnya bunyi ketukan itu. Ternyata bunyi itu datang dari bilik mandi yang berada diruang tamu rumah mereka itu.

Sebaik sahaja Laili dan Aminah mendekati bilik mandi itu, bunyi ketukan itu berhenti. Tetapi, mereka dikejutkan lagi dengan bunyi tapak kaki yang kuat dan seperti berlari kearah mereka. Mereka menoleh tetapi tiada sesiapa disitu. Aminah cuba membuka pintu bilik mandi itu tetapi ianya terkunci dari dalam. Aminah menendang pintu itu tadi dan sebaik sahaja pintu itu terbukak.

Seekor makhluk sedang merangkak diatas bumbung bilik mandi itu. Ianya kelihatan seperti monyet dengan bulu hitam dan mata yang merah. Badannya yang besar menutupi hampir keseluruhan bilik mandi, baunya yang kuat memenuhi bilik mandi itu. Bau seperti daging mayat yang rentung. Makhluk itu memandang tepat kearah Laili, Laili hanya mampu memandang kembali kearah makhluk mengerikan itu. Aminah menarik Laili keluar dan berlari kearah pintu keluar. Tanpa disedari mereka, makhluk itu sedang mengekori mereka dengan sangat laju.

Laili diterkam makhluk itu dan Aminah seolah-olah ditolak dengan begitu kuat kearah dinding tanpa disentuh oleh makhluk itu. Kepala Aminah terhentak dengan kuat dan darah mengalir keluar dari kepalanya. Makhluk itu tadi menolak Laili kepintu dan berkata.

"JAHID AL'INSAN!!"
"JADID AL'INSAN!!"
"SAYAKHUDHUK ALDIJAL 'IILA ALJAHIM!!"

Makhluk itu bercakap menggunakan bahasa Arab. Laili sedikitpun tidak memahami apa yang dikatan makhluk itu. Tetapi suaranya yang cukup menakutkan sudah cukup menggentarkan hatinya Laili. Pintu rumah mereka kemudian dipecahkan. Ustaz Khadir dan rakannya menerjah masuk lalu membaca beberapa surah hinggalah makhluk itu hilang dan lari.
Ustaz Khadir menyuruh rakannya itu untuk memanggil ambulans. Aminah dan Laili dibawa ke hospital untuk dirawat. Ustaz Khadir masih lagi didalam rumah Laili dan Aminah. Dia cuba untuk memagar dan menghalau apa sahaja yang sedang mengganggu Laili dan Aminah.

2 hari kemudian Laili dan Aminah pulang kerumah, Laili hanya mengalami kecederaan kecil. Aminah hanya luka dikepalanya, dia perlu berehat beberapa hari. Ustaz Khadir memberitahu Laili dan Aminah bahawa makhluk yang menganggu mereka itu sebanarnya telah lama diburu oleh Ustaz Khadir dan rakan-rakannya. Makhluk itu adalah makhluk yang sama yang terlepas dari ditangkap Mat Abu dahulu. Ternyata Ustaz Khadir adalah anak saudara kepada Mat Abu. Makhluk itu berjaya ditangkap 1 hari sebelum Laili dan Aminah pulang, makhluk itu sedang menjilat tong sampah yang diletakkan dibilik Laili. Ustaz Khadir percaya yang makhluk itu terbau kesan darah kotor yang berada didalam tong sampah milik Laili itu.

Sejak dari hari itu, Flat Seri Santi tidak lagi diganggu makhluk itu lagi. Laili dan Aminah mula mendekatkan diri dengan tuhan,mereka lebih aktif membaca Al-Quran dan solat. Dengan izin tuhan, hidup mereka kembali tenang tanpa diganggu.

Malay Short Horror StoriesWhere stories live. Discover now