F'ZAY HOLDING
Firash memarkirkan keretanya di garaj yang disediakan di hadapan bangunan pejabatnya. Dia keluar dari perut kereta dengan tergesa-gesa. Sempat dia menekan punat kunci.
Semua yang melihat bos besar mereka berjalan masuk memandang kagum terhadapnya. Apalagi perempuan. Memang bersinar terang mata tu. Dah macam ada lampu spotlight kat dalamnya. Gila tak pandang?! Dah lah hensem, kaya, jutawan, sado dan semuanya lah. Memang akan menjadi tumpuan semua perempuan lah.
Firash masih meneruskan langkahnya menuju ke lif yang dikhaskan hanya untuk orang-orang tertentu. Dia memicit butang di tepi lif. Sementara dia menunggu lif..dia membuka telefonnya. Berderet masuk chat whatsapp dari Kirana. Pembantu peribadinya.
Terbuka sahaja pintu, dengan pantas dia masuk ke dalam lif dan menekan butang tutup dan Firash menekan juga butang untuk ke tingkat 22.
Sampai di tingkat 22, Firash bergerak keluar menuju ke biliknya dahulu untuk meletak semua barangnya. Sesudah itu, baru dia berjalan mendekati bilik meeting.
Masuk sahaja ke dalam bilik..dia meminta maaf kerana sudah terlambat.
"Maaf semua. Saya lambat hari ni. Ada hal sikit."
"Takpe. Baru sekali ni Tengku lambat. Selalunya Tengku orang paling awal." Kata salah seorang pekerjanya.
"Terima kasih sebab memahami. So, we can start now and proceed with everything what you guys want to talk or fix or..whatever. Just do it now and today only. Because after this, saya tak akan layan." Ucap Firash dengan tegas. Bila dia dah masuk mood kerja..semua orang jangan nak ajak bergurau. Memang minta nak kena kaki free agaknya.
Firash meminta pada kumpulan pertama yang hendak membuat pembentangan dahulu. Fokus. Itu lah Tengku Firash. Akan sentiasa fokus pada apa sahaja.
Sampai kumpulan yang terakhir, dia masih tetap fokus, menilai dan mempertimbangkan segala apa yang dijelaskan oleh semua pekerjanya tadi.
Akhirnya, habis juga meeting mereka selama 2 jam setengah ya. Firash menepuk tangan dengan mengatakan 'good job' untuk semua pekerjanya yang sudah membuat yang terbaik pada hari ini.
Mereka beransur keluar dari bilik meeting seorang demi seorang. Yang tinggal hanya lah Firash dan Kirana.
"Kenapa Tengku lambat hari ni?" Tanya Kirana yang sudah berdiri tegak di hadapan Firash.
"Luthfi demam. Tapi, alhamdulillah dah baik." Terkejut Kirana mendengar anak bosnya demam. Kirana dan Luthfi pun boleh dikira rapat juga. Kerana selalu juga lah Kirana datang menjeguk Luthfi.
Tapi, Kirana masih dapat merasakan ada yang tidak kena pada Firash. Kerana sekarang Firash sedang termenung seperti memikirkan sesuatu.
"Tengku ada nak share apa-apa ke dengan saya? Kalau, tengku nak minta pendapat ke apa ke..cakap je."
Firash agak ragu-ragu mahu memberitahu tentang apa yang dikatakan oleh bonda dan ayah.
"Haih. Saya tak tahu lah, Rana. Saya..serabut sikit."
Kirana mula melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia memandang Firash dengan agak kerisauan. Muka muram je. Tak ceria seperti selalu. Memang lah Firash ni dingin tapi, kalau dengan Kirana dia okay je. Lagipun, Kirana dan Firash satu rakan universiti.
"Luahkan je lah. Kalau, saya boleh tolong..InshaAllah saya tolong."
"Bonda dan ayah saya minta saya berkahwin lagi." Luah Firash pada Kirana.
"So? Kahwin je lah."
"Senang lah awak cakap, Rana. Awak tahu kan apa yang saya lalui selama ni. Apa yang bekas isteri saya dah buat pada saya."
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...