Tersedar Eva dari lena selepas mendengar bunyi alarm phone yang sudah disetkan. Eva mencapai handphone nya yang berada di atas night stand dan menutup bunyi alarm tersebut.
Dilihat jam sudah menunjukkan pukul 4:30 pagi. Eva perlu ke bawah untuk menyiapkan makanan untuk bersahur nanti.
Berpaling kepala Eva melihat sebelah. Terbit senyuman di bibir Eva tatkala melihat Elya yang tidur di atas dada Firash.
Tangan Eva naik mengusap lembut kepala Elya dan dikucup dahi anak perempuannya dan selepas itu, Eva mengucup pula dahi Firash.
Sesudah itu, baru lah Eva menjatuhkan kakinya memijak lantai bilik dan berlalu keluar dari bilik tidur mereka.
Eva melihat ke dalam peti sejuk. Berfikir dia ingin memasak apa untuk sahur. Selepas itu, dia terfikir untuk memasak nasi goreng sahaja pada pagi itu.
Eva langsung mengeluarkan segala bahan untuk memasak nasi goreng. Ayam yang segar diambil dan dipotong kepada beberapa bahagian kerana ayam itu akan digoreng.
Sedang elok Eva memasak. Tiba-tiba, Eva disapa oleh satu suara dari arah belakang. Eva berpusing dan tersenyum. Ternyata Luthfi.
"Kenapa, sayang?" Tanya Eva dengan menggamit Luthfi untuk mendekatinya.
"Mommy masak apa?" Tanya Luthfi dengan masih mamainya.
"Nasi goreng je. Kenapa bangun ni?"
"Luth bau mommy masak. Sebab tu Luth bangun." Kata Luthfi dan memeluk pinggang Eva. Disembamkan wajahnya di perut Eva.
Tersengih Eva dengan kelakuan Luthfi. Sama sahaja lah bapak dengan anak. Suka tenggelamkan muka dekat perut Eva. Elya tu pun selalu juga buat. Eva pun nak juga tenggelamkan muka dia dekat perut sendiri. Nak rasa juga apa yang best sangat dengan perut dia ni.
"Luth sayangggg mommy." Luah Luthfi.
"Mommy pun sayangggggg Luth." Balas Eva dan mengusap kepala Luthfi.
"Luth pergi naik atas kejutkan daddy dengan adik. Mommy nak hidang dulu. Boleh?" Sambung Eva meminta tolong pada Luthfi.
"Boleh, mommy." Sejurus itu, Luthfi terus membawa langkahnya naik ke tingkat atas semula dan meluru ke bilik tidur daddy dan mommy nya.
Eva melihat pemergian Luthfi dan hilang sahaja kelibat Luthfi. Pantas Eva menghidangkan nasi goreng serta ayam goreng yang dimasak barusan.
Tak lama selepas itu, Firash turun bersama dengan Luthfi dan Elya. Sebelah tangan Firash memegang tangan Luthfi dan sebelah lagi menggendong Elya.
Tersenyum manis Eva melihat tiga orang kesayangan dia yang sedang menuruni tangga. Laki dia ni bangun tidur pun hensem. Mana tak geram Eva. Jatuh cinta berkali-kali sampai tergolek-golek.
"Good morning, hot mommy." Ucap Firash dan mencium dahi Eva.
Elya diletakkan di kerusi dan Luthfi mengambil tempat di kerusi kosong.
"Good morning, spicy daddy." Balas Eva. Sengaja dia menggigit bawah bibirnya dengan niat ingin menggoda.
"Don't do like that, sayang. Tahu kan abang ni tak tahan?" Terletus tawa Eva.
"Tahan-tahan kan lah. Dasar tak kuat iman." Selamba sahaja Eva mengutuk suami sendiri.
"Hey, anak cantik mommy." Eva mencium-cium pipi Elya dan mengambil tempat di sebelah Elya.
Firash turut sama melabuhkan punggung dan mencedokkan nasi ke dalam pinggan Eva dan Luthfi. Satu ketul ayam goreng pula diletakkan di pinggan Elya.
"Sorry tau abang sebab sayang cuma dapat masak nasi goreng je. Tadi dalam peti takda barang sangat." Tutur Eva meminta maaf.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...