Seperti yang dijanjikan oleh Firash. Selepas sahaja habis membeli barang-barang dapur, Firash, Eva, Luthfi dan Elya pergi ke pavilion mall pula.
Sekarang mereka berada di butik Prada untuk membeli handbag Eva.
Membulat mata Eva sekali nampak harga handbag yang dipegang. 25k?! Boleh beli sebijik kereta cash.
"Sayang suka yang tu ke?" Tanya Firash dari belakang.
"Suka tu suka. Tapi, mahal lah abang."
"Berapa mahalnya tu?"
"Ini hah." Eva menunjukkan harga tersebut kepada Firash.
"25k? Je? Murah sayang. Tak mahal mana pun. Sayang nak, ambil je. Pilih lagi 2 ke 3 handbag yang mana-mana sayang berkenan. Pastu bayar pakai kad abang ni." Firash menghulurkan dua black card nya pada Eva.
"Serious lah abang?" Tanya Eva tidak percaya.
"Yaaa. Ambil nah. Sayang pilih je handbag mana yang sayang nak. Abang jaga anak." Eva mengambil dua black card yang dihulur Firash.
"Okay. Tapi, jangan menyesal kalau nanti habis duit abang."
"Takkan habis. Don't worry about that. I make millions everyday." Kata Firash dengan penuh lagak.
Dia langsung membawa Luthfi dan Elya untuk memberi ruang pada Eva membeli dan memilih handbag yang dia ingin beli.
Setelah hampir 1 jam di dalam butik Prada, Eva melangkah keluar dari butik itu dan berjalan mendekati Firash serta dua orang anaknya yang sedang seronok bermain dan bergelak ketawa.
"Abang." Tegur Eva dengan ceria.
Firash melihat isterinya yang berjalan ke arahnya sambil memegang 3 paper bag berjenama Prada. Ceria betul muka Eva.
"Hai, sayang." Sahut Firash.
"Sorry lama." Ucap Eva sambil tangannya menggapai tangan kanan Firash.
"Takpa. Jom kita pergi Dior pula."
"Buat apa pergi Dior?"
"Sayang cakap tadi nak handbag dari Dior juga kan? So, let's go." Ajak Firash dan menolak baby stroller yang dinaiki Elya. Sebelah lagi tangan memegang tangan Eva.
Luthfi disuruh untuk jalan di hadapan. Tangan Eva tidak dapat memegang tangan Luthfi kerana penuh.
**********
Eva merenung semua paper bag yang berjenama Prada, Dior, Chanel dan Burberry yang terletak di atas lantai.
Banyak sangat barang yang dibeli tadi. Padahal dia cuma minta Prada dan Dior sahaja. Chanel dan Burberry tu pula Firash yang paksa dia untuk beli.
Ada handbag, heels, perfume, dress dan macam-macam lagi. Semua pilihan Firash.
"Sayang.." Firash memeluk Eva dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Eva.
"Abang..banyak sangat lah." Kata Eva manja dengan tangannya memegang tangan Firash yang ada di pinggang.
"Apa yang banyak?" Soal Firash.
"Barang ni semua."
"Abang beli khas untuk sayang. Lagipun abang dah lama tak belikan barang-barang macam ni untuk sayang. Kita dah lama tak shopping."
"But, this is too much."
"Nope. Untuk isteri abang takda istilah too much."
"Terima kasih." Ucap Eva dengan memusingkan badannya dan memeluk tubuh suaminya dengan erat.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...