Bab 12

421 30 1
                                    

Sudah seminggu Alisa berada di Switzerland ,banyak aktiviti menarik sudah mereka sekeluarga buat. Hari ini mereka hanya duduk di rumah sahaja. Mama dan papa berada di belakang rumah memberi ikan koi makan . Along dan Amsyar berada di ruang tamu bermain game mobile legends.

"Mama papa Alisa nk jalan-jalan jap"

"Hati ii jangan balik lewat ye sayang" Kata Tuan Eriq yang sedang membaca surat khabar.

Alisa ingin mengambil angin di luar kerana cuaca agak cantik harini . Alisa jalan sambil memandang sekelilingnya ,terukir senyumannya apabila melihat kawasan yang cantik dan tenang.

"Hai gorgeous" tegur seseorang di belakang Alisa.

Alisa terus berhenti berjalan apabila mendengar suara yang dia sangat kenal.

'Dia lagi haih memang kerja dia ikut aku aje ke ?' Kata hatinya apabila Tengku Asyraf sudh berada di hadapan.

"Kau dah bisu ke?" Soal Tengku Asyraf selamba.

"Mana ada lah saya terkejut je"

Belum sempat Tengku Asyraf membalas ayat Alisa, terus sahaja Tengku Asyraf menolak Alisa sehingga terjatuh .

"Awak ni kenapa ?!!" Marah Alisa apabila badannya sudah terbaring di tanah. Sakit punggungnya Itu.

"Tengok tu" Tengku Asyraf menunjuk dahan besar yang sudah jatuh. Berderau darahnya apabila melihat dahan itu jatuh tepat tepat di atas kepala Alisa. Nasib sahaja dia sempat.

"Kalau aku tak selamatkan kau ,dh lama kau cedera" ujar Tengku Asyraf.

Alisa terkejut apabila dahan yang besar Itu jatuh di tempat yang dia berdiri tadi.

"Te..terima kasih" ucap Alisa lalu bangun dari duduknya..

"You're welcome gorgeous" Tengku Asyraf membalas sambil tersenyum manis.

Tiba-tiba matanya terbuntang apabila melihat ular sawa batik yang agak besar di belakang Alisa.

"Alisa get out of there now!"

Alisa terus memandang ular sawa batik yang menghampirinya.

"Asyy Please keep it away from me !" Jerit Alisa , dia memeluk belakang Tengku Asyraf dengan erat. Alisa trauma dengan ular dari kecil lagi.

"Don't hug me gorgeous. i can't move"

"So..sorry" Alisa melepaskan pelukannya.

Tengku Asyraf terus mengambil kayu dan menghalau ular itu. Dia tidak akan bunuh ular itu kerana ular Itu tidak menyerang Alisa . ular itu hilang disebalik semak semak.

"Are you okay gorgeous? Are you sick?" soal Tengku Asyraf , dia memeriksa tubuh Alisa takut ada bahagian badannya tercedera..

"I'm okay . Thanks asy" ujar Alisa , dia mengurut dadanya .

"Alhamdulillah. Dah jom pergi jauh dari sini. Sini memang bahaya sikit. Dulu ada budak kecil cedera sebab kena gigit ular nasib selamat" ujar Tengku Asyraf sambil jalan beriringan dengan Alisa.

"Saya pon pernah kena gigit ular ..Dulu kalau ada ular saya terus lari .pernah sekali saya pensan dekat zoo sebab papa letak ular dekat bahu saya" katanya sambil menunduk.

"Saya minta maaf sebab kasar dengan awak sebelum ni. Saya tak selesa dengan lelaki hehe" ujar Alisa lagi apabila Tengku Asyraf hanya memandangnya.

"Tak apa aku faham.. lapar tak ? Jom makan aiskrim" Tengku Asyraf menunjukkan kedai aiskrim di depan sana.

"Jom ! saya nak magnum" ujar Alisa gembira. Sekarang dia rasa selamat apabila bersama Tengku Asyraf.

'Mungkin aku boleh cuba rapat dengan dia' Kata hatinya sambil memandang Muka Tengku Asyraf.

.

.

.
"Kau datang Switzerland buat apa ?" Soal Tengku Asyraf

"Papa saya Ajak bercuti. Dah lama kami tak luang masa bersama semenjak papa busy bantu Abang saya uruskan syarikat, saya pula sibuk dengan belajar" Jawap Alisa sambil menggigit aiskrim magnumnya.

"Oh!  Bila kau balik ?" Soal Tengku Asyraf lagi. Matanya menikam anak mata Alisa. Dia rasa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik iris coklat itu. Dan dia rasa dia tau apa tapi dia tidak ingat.

"Minggu depan" jawap Alisa lalu memandang muka lelaki di sebelahnya.

"Oh!"

Mereka berdua menikmati aiskrim bersama sambil bersembang.

"Awak hari selasa jalan-jalan macam ni lagi nak ?" Soal Alisa apabila aiskrim miliknya sudah habis .

"I'm sorry gorgeous, I want to but I can't" Jawap Tengku Asyraf dengan muka bersalah.

"Oh why?" Soal Alisa lagi

"Malam ni aku dah kena balik Malaysia. Kerja aku dah habis" jawap Tengku Asyraf

"Oh ..ok kalau macam tu kita jumpa di Malaysia sajalah" ujar Alisa dengan senyuman di bibir.

Mereka berdua berlalu pergi. Alisa balik ke rumahnya apabila jam sudah menunjukkan pukul 4 petang.

"Alisa pergi mana tadi?" soal Puan Amira apabila Alisa sudah pun duduk di tepi kolam sambil termenung. Alisa terlupa sesuatu .. dia lupa untuk meminta nombor telefon Tengku Asyraf..

"Jalan-jalan je ma. Amik angin" jawap Alisa sambil memandang Muka mamanya itu.

"Oh. Jom pergi belakang. Minum petang" ujar mamanya lalu menarik tangan Alisa untuk mengikutinya ke belakang rumah . Belakang rumahnya ada kolam ikan dan tempat melepak.

CINTA GADIS LATTE || ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora