Bab 46 (end)

1K 29 3
                                    

Siapa sangka selama 9 bulan berbadan dua. Alisa rupanya mengandungkan anak kembar tetapi seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Mana satu yang lahir dulu" soal Amsyar.

"Ni yang lelaki" jawap Tengku Asyraf yang sedang mengendong bayi lelaki.

"Nama dah ada bang ?" Soal Alisa. Gembira bila dapat anak kembar.

"Abangnya Tengku Mohd Asy Luqman . Adik dia Tengku Nur Asya Farhana" Tengku Asyraf tersenyum lalu mencium kedua anaknya.

"Iskandar sini sayang , Cium adik " Alisa menarik Iskandar.

"Omellllnyee. Hye adik " Iskandar tergelak kerana gembira. Dia mengucup dahi adiknya Itu.

"Mata asya ikut kamu. Mata Is dengan luq ikut Asyraf" Papa Alisa berkata .

Cantik mata bayi perempuannya Itu. Biru seperti Alisa. Rambutnya pun perang sama macam mamanya.

"Thank you sayang" Tengku Asyraf mengucup dahi Alisa lembut.

.

"Mama jagakan mereka jap tau. Asy nak bawa Alisa keluar"

"Boleh ii. Lagi pon anak kamu dah besar"

Ya Iskandar sudah 6 tahun dan anak kembarnya Itu 3 tahun. Keluarga Tengku Asyraf pun ada di rumah Itu boleh jagakan anak-anaknya. Xiong, Xian dan Danish juga ada sama. Mahu bermain dengan anak buah katanya..

"Kita nak pergi mana bang?" soal Alisa

"Ke suatu tempat"

Alisa hanya diam. Ikut sahajalah.

Sampai sahaja di tempat yang dibawa oleh suaminya . Mereka berdua jalan bersama-sama. Tangan kecil Alisa digenggam kemas.

"Kita buat apa kat atas ni bang?" soal Alisa apabila sudah berada di atas. Tempat yang terbuka . Nampak langit. Sungguh cantik. Hanya mereka berdua sahaja di situ.

"Kita dah lama tak dinner Kan ?" Tengku Asyraf menyoalnya kembali.

Alisa cuma senyum . Ya semenjak mereka mempunyai cahaya mata memang jarang mereka berdua pergi dating ataupun dinner . Nasib Iskandar dan anak kembar duanya Itu rapat dengan Danish ,Xian dan xiong . Anaknya pun tidak selalu menangis . menangis apabila mahukan susu ataupun dah mengantuk sahaja.

"Jom makan" Tengku Asyraf menarik sebuah kerusi untuk Alisa duduk.
Ada dua orang pelayan lelaki yang membawa makanan dan minuman. Ada Spaghetti carbonara , dua pinggan chicken Chop . Air pula ada bermacam jenis jenis. Jus tembikai , teh lemon ,latte dan juga matcha.

"Banyaknya!!" Alisa sudah tidak sabar. Sapa saja tak suka makan !!.

"Makan sampai meletop perut tu okay" Tengku Asyraf tersenyum melihat Alisa yang gembira Itu.

"I love you latte girl" Tengku Asyraf memegang kedua tangan Alisa lalu menciumnya.

"Latte girl ?" Alisa ketawa . Comel pula nama tu .

"Ya abang save no Lisa gadis latte dari kita bertukar nombor sampai lah kita khawin . Iyelah my wifey ni kan suka minum latte" Tengku Asyraf tersenyum.

Alisa hanya ketawa. Comel pula suaminya Itu . "Cinta Gadis Latte!"

"Cinta Gadis Latte. Bersama Tengku Asyraf dan Nurul Alisa" ujar Tengku Asyraf lalu mengucup tangan isterinya.

Mereka berdua makan bersama sama sambil bersembang. Tidak lama lagi Majlis perkhawinan Amsyar dan Tengku Alya. Tak sangka mereka berdua Itu jodoh.

Alisa sangat bahagia. Dia harap perkhawinannya dengan Tengku Asyraf sehinggalah ke jannah.

"Sayang, Taknak tambah anak lagi ? Luqman dengan Hana dah besarkan" Tengku Asyraf tersengih nakal.

"Nantilah Abang ! Bagi la Alisa rehat" Alisa melentokkan kepalanya di bahu suaminya. Mereka berdua sedang melihat pemandangan dari tingkat enam Itu.

Tengku Asyraf memusingkan badan Alisa untuk memandang ke arahnya.

"So ... Sayang memang nk anak lagi ?" Soal Tengku Asyraf

"Nak tapi nanti dulu sekarang taknak"

"Okay nanti abang nak triple" Tengku Asyraf ketawa apabila muka Alisa sudah merah. Marah campur malu.

"Sini sayang kita duduk sini" Tengku Asyraf membawa Alisa duduk di atas rumput Itu. Taman di tingkat 6 . Tempat khas untuk pasangan kekasih.

Alisa duduk bersama Tengku Asyraf. Dari situ jelas kelihatan bangunan ,hutan ,jalan raya yang sesak dan bermacam macam lagi.

"Cantikkan bintang tu" Tengku Asyraf mendongak memandang Bintang.

"Bulan tu pun sama" Alisa tersenyum.

"Bulan dan bintang seperti kita sayang" Tengku Asyraf memandang muka Alisa. Mereka berdua berpandangan sebentar.

"Maksud Abang?" Soal Alisa dengan wajah polosnya.

"A moon cannot shine without star . And I can't live without you" Tengku Asyraf tersenyum manis. Dia berdiri bersama Alisa.

"If you're the moon ,I am the star , because I'll always light up your life" Alisa memadah pula. Dia merangkul leher suaminya lalu hidung mereka bersentuhan.

"You are the only star in my own sky" Tengku Asyraf mengucup bibir isterinya.

"Nurul Alisa, I promise to always be with you, Until Jannah"

"Me too Abang. I love you" Alisa melentokkan kepalanya di bahu Tengku Asyraf.

"I love you more sayang. Hanya Alisa dan anak kita yang abang perlukan" Tengku Asyraf mengucup lembut dahi Alisa. Dia sungguh sayangkan isterinya Itu. Walau apa pun yang terjadi . Alisa dan anak anaknya tetap nombor satu.

Banyak ujian di dalam rumah tangga mereka. Betul lah orang cakap. Di dalam rumah tangga kita perlu percaya dengan kedua pihak. Jangan terlalu memikirkan ego sendiri sahaja. Begitulah dengan Alisa dan Tengku Asyraf. Mereka sudah berjanji untuk saling percaya di dalam rumah tangga.

Semoga cinta mereka tidak akan terpadam. Biarlah kematian yang memisahkan mereka.

Tamat..

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now